Dan juga pihak berkuasa yang lain seperti JPJ dan banyak lagi .. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan kelancaran lalulintas sewaktu Aidilfitri yang lepas ..
Walaupun angka kematian dan kemalangan lebih tinggi berbanding tahun lepas , bagi aku , kita perlu ambil kira juga jumlah pemandu-pemandu yg baru dapat lesen serta yang baru beli kereta .. Ini bermakna penambahan kereta di atas jalanraya sewaktu Aidilfitri hari tu ..
Ini dapat dilihat dengan logik di mana tiada lagi kes-kes tak dapat balik kampung akibat takde tiket bas atau sebagainya walaupun pihak bas ekspress menyediakan bas tambahan .. Aku rasa ramai lebih suka balik dengan kereta sendiri ..
Kesimpulannya , ini sekadar pendapat aku .. Kereta bertambah , ramai pakat balik naik kereta dan sikap pemandu yang tidak berdisplinlah menyebabkan angka kematian bertambah setiap tahun ..
Buatlah apa saja operasi , selagi pemandu di negara ini tidak berdisiplin ( bukan semua ) , selagi itu statistik kematian akan bertambah.
Seperkara lagi , buat penunggang motorsikal ( bukan semua ) , tolonglah hormati pengguna jalanraya yang lain .. Tau korang boleh cilok cilok , tapi bila berlaku kemalangan , walaupun salah korang , tetap nak tuding jari pada pemandu lain .. Maaf , tapi inilah hakikatnya .. Sekali lagi , buat semua ..
Dan buat anggota polis di Malaysia dan pihak terbabit yang bertugas sewaktu Aidilfitri , jutaan terima kasih kerana berkorban masa demi negara dan penduduknya ..
Rasanya , apa yang dibuat sewaktu operasi Sikap ke 24 tu dah ok .. Mungkin boleh diperkemaskan lagi dengan meletakkan anggota di tempat tempat strategik ( kawasan kemalangan ) , agar mereka lebih takut DISAMAN dari malaikat maut !