PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.
“Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan...tengok pun tidak nampak seperti Persona.
“Sebaliknya ia memang kereta baru dengan reka bentuk baru...tetapi namanya tidak boleh didedahkan dulu buat masa ini. Ia dalam proses dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir .
- Bharian
Hurm … Enjin turbo .. terbaboom la neh nanti .. Tapi !!
Nak laju laju g mana kat Malaysia ni ??? Kira turbo tu wat eksesori je la eh ?
Terbaboooooo ..