Heh .. Telah berlalu 11.11.11 .. Ada yang kata mereka yang taksub atau dok pikiaq apa la sangat best pada nombor ni , bagi aku mudah jer .. Masing masing punya hak .. Walaupun sekadar tarikh atau nombor ianya tetap satu yang unik .. Contoh la kan .. bagi mereka yang menikah semalam ;
“ Bila kau menikah ? “
“ Oh , 11.11.11 ..”
Senang nak ingatkan ? Cuba tanya aku atau mak bapak korang atau jiran sebelah rumah .. Bila mereka menikah ? Mesti tergaru kepala punya.. Tapi bila buat pada tarikh yang unik , sepantas kilat ingat seperti harijadi atau kali pertama kereta kena calar .. Perghh..
Ada yang kaitkan dengan agama .. Pleaselah .. Jangan cari isu murahan .. Tarikh kemerdekaan .. Tahun baru .. Maulidur Rasul .. Maal Hijrah , semua itu sekadar tarikh .. Tapi yang penting adalah apa yang berlaku pada tarikh tersebut ! Sama juga 11.11.11 .. Bila kita tak mengisinya dengan sesuatu yang menarik dan juga unik pasti ianya cuma tarikh tarikh biasa yang lain ..
Bezanya ialah , 11.11.11 mudah diingati dan takkan dapat nombor tu dah pada kalendar lumba kuda tu lagi sampai bila bila .. Ianya dah berlalu ..
Mereka bukan taksub pada angka bagi aku .. Mereka nak mengisi peristiwa pada tarikh itu kerana angkanya yang unik .. Sekadar angka jer .. Tu je .. Tak salah pon kan ?
Walaupun angka , ianya pasti bernilai jika kita mengisinya dengan perkara berfaedah dan bermakna ! Lainlah ada yang menghabiskan hari dengan membuta jer pada 11.11.11 atau g dating mahupun nak berkapel pada tarikh ni .. Yang ni betul la kata ustaz tu … Hehe.. Apa dia kata ? Tu korang kena cari sendiri..