“ Awat la pendek sangat entri abang ben neh ??? “
Ada orang tanya gitu kat aku .. Heh .. nak jawab lagu mana ya ?? Nak jawab lagu tu ka.. lagu ni ??
Bagi yang dah lama ‘kenal aku ‘ , entri aku ni mengikut keadaan semasa .. Ada kalanya perlu panjang , maka berjelalah .. Kalau pendek tu , dalam erti kata lain silalah fikir sendiri .. Sbb yang pendek itu memerlukan pemahaman tersendiri dan yang panjang tu , aku dok puas terangkan la tu.. hehe..
Tak kisah panjang atau pendek , yang penting tercapai apa yang nak disampaikan tu .. Kalau tak tercapai tu , mesti ada something wrong somewhere lah .. Samada aku yang gagal atau yang baca tu yang gagal .. Hehehe..
InsyaAllah .. untuk akan datang ni , aku akan terus perbaiki mutu tulisan aku .. Maklumlah , yang baca blog ni pelbagai golongan dah .. Cam majalah gossip je skang ni.. Nak beli majalah pon tak laku dah .. Semua carik dalam blog je !! Kan kan ?
Lama aku tak post lagu feveret .. Malam ni entah apa gila , tetiba teringat zaman persekolahan .. Huhu .. Mmg bantai melalak lagu ni dalam bas sekolah.. Kira geng bas sekolah la aku nih.. Hahaha
Aku pasti lagu ni membawa sejuta kenangan buat mereka yang sama batch ngan aku ni kan ? Hahahahah .. Apatah lagi yang tengah hangat bercinta dengan berbaju sekolah .. Hahahahampehh..
Jom layaannn ..
Maya Percintaan : U-Topia
Kasih sayang cinta terhalang
Alam indah hanya sementara
Mengapa ini harus terjadi
Aku kesepian
Sampai bila harus begini
Janji manis hanya di bibir
Kau persendakan cinta yang suci
Aku kau tinggalkan
Maya percintaan ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Renda hatiku dah terluka
Merentasi rindu membara
Apakah ini sudah suratan
Untukku oh sayang
Hehehe.. best kan ? Rock kapak wehhh …
Macam kenal jeeee no 20 ribu tu eh ? Hahahah.. Bukan ari tu dah ada ke ? Hahahaha.. Tak kisah la bro.. janji no 20 ribu eh..
Sebenarnya , berapa sekali pon jumlah yang follow blog kita tu tak penting , tapi yang penting adalah apa yang kita sampaikan .. Bila apa yang kita sampaikan tu ‘bagus’ kandungannya, secara automatik mereka akan follow kita ..
Seperkara lagi .. Kita bukan di udara .. Tetap di darat.. Tetap masuk tandas dan buang air .. Bererti kita ini manusia biasa .. Yang membezakan kita adalah keimanan kita pada Allah serta sikap kita pada sesama manusia ..
Teruskan berblog dan berikan yang terbaik buat pembaca kita .. Terima kasih pada korang yang sudi singgah dan baca di blog aku ini .. InsyaAllah , aku akan terus berikan yang terbaik di masa masa akan datang ..
Buat Syarifah Nornazrah Al-Yahya , terima kasih atas entri anda yang bertajuk ♥ Colours Of Life ♥: Follower : 20,000 Waahh! Kelas You Abg Ben ini..
Masih aku ingat lagi , sewaktu aku mula masuk keje … nak tinggal dompet atas meja pon takut .. Setelah bertahun , nak tinggal jantung pon confirm selamat !
Tapi sejak pertukaran kakitangan , mak aih.. Ada saja menda hilang .. Pelik .. Nak tuduh sapa ? Semua ok je dalam tu .. Semua kawan .. Haaa .. camana tu ??
Susah zaman skang ni .. Yang muka cam gorilla tu la kawan kita .. Yang manis cam kucing frieskies tu silap silap buaya yang menunggu mangsa.. Sapa tau kan ?
Berhati-hati .. Jangan sehari dua kenal terus ajak tidur sebilik … Maksud aku sama jantina laaaa ..
Best part ... Dia tanya sapa kita ? Aiyoyo .. Sapa yg patut perkenalkan diri dulu eh ???
Lawak gak bila terjadi menda gini ..
Hurm .. kecewa .. Tu saja yang mampu aku luahkan .. Aku boleh pentingkan diri tapi aku tak nak .. Apa guna pentingkan diri sendiri ? Kita hidup bermasyarakat .. Mati kita nanti , masyarakat jugak yang akan uruskan mayat kita ..
Aku pernah borak dengan seorang kawan aku yang mana dia juga boleh dikategorikan genius dalam dunia IT ni .. Seringkali dia luahkan rasa kecewanya kerana masalah masalah di dunia IT .. Dah buat yang terbaik namun ada jugak saja saja gatal tangan untuk ‘usik’ ..
Gurau .. ada caranya .. Sebelum melakukannya , bermuhasabahlah .. Fikirlah tentang perasaan orang lain .. Kita masing masing berkiblatkan Kaabah.. Menyembah Allah yang satu .. Kalau benar nak mengajar , buat cara yg betul ..
Wallahualam ..
Sebuah lagi web lelong untuk membeli barang dengan murah telah wujud di internet.. Aku dah daftar.. Hehe.. Saja try … mana tau dapat barang murah kan ?
Website ni dari Singapura dan ianya sah .. Maksudnya tulin la bang .. hehehe..
Nak daftar , senang je … Terus klik pada REGISTER NOW ini .. Kemudian isi je semua data data yang diperlukan … Kemudian satu sms akan dihantara pada hp korang dalam tempoh beberapa saat .. Masukkan kod ke dalam kotak di page yang meminta kod tersebut. Siap !
Jom g usha ... Heheh.. tengok mana yang berkenan , try la.. mana tau la kan ? Aku pon baru nak try ni.. Ada 50 token pada aku..
Hurm.. Camana nak buat eh ? Ni lelong.. Apa yang korang berminat , korang leh try bid atau tawarkan dengan harga yang korang nak .. Bentuk tawaran dibuat dalam token .Setiap token bernilai RM1.50.
Kemudian , klik BID .. Dalam tempoh 15 saat akan ada yang tawarkan harga lain. Korang kena tawar lagi la.. Sapa yang tawar last sekali , dia la dapat barang tu.. Hehe.. lebih kurang gitu la..
Utk pengetahuan korang , ada dah kawan aku yang dapat barang bila membuat tawaran kat sana .. Tapi kena bijak skit la guna strategi dalam membuat tawaran ni .. Jangan main buta tuli je.. hehe..
Nak tau dengan lebih lanjut , korang leh ke web atau laman sosial milik mereka … Jommm klik SINI
Jalan pertama ..
Dan jalan ke dua ..
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi - Sumber
Berkata sebahagian ulama: “Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis”.
Berdekah dekah ketawa setelah berjaya ‘menyakiti hati orang lain’ dengan menggunakan kebijaksanaan mereka.. Wow .. Teruja abis .. Alhamdulillah .. Terbukti tidak sia-sia ilmu yang diperolehi dari cikgu sekolah dulu yang telah mengajar kita mengenal huruf .
Aku hanya tersenyum .. Bangga dengan pencapaian bangsa aku sekarang .. Bangga kerana mereka berjaya membuktikan mereka lebih bagus dari kaum mereka sendiri . Mengangkat tangan menunjukkan merekalah jagoan setelah memijak saudara mereka sendiri.
Tapi tidakkah mereka terasa , sebenarnya mereka memecahbelahkan perpaduan atau persaudaraan yang telah wujud sebelum itu ? Banggakah ?
Seperti yang aku kata dulu , bila bangsa kita berpecah belah , ianya bukan berpunca dari luar sebaliknya kita sendiri yang menghancurkannya ..
Dulu aku pelik .. tapi sekarang tidak lagi .. Kenapa ? Itulah bangsaku .. Tahniah.. Anda telah berjaya menambah saham akhirat anda. Cuma tak tau samada ke syurga mahupun neraka. Dan ianya wujud. Pembalasan yakni sebelum kita menutup mata dan selepas kita menutup mata..
Blogging dah menjadi trend masa kini untuk semua orang selain daripada aktif di jaringan sosial seperti facebook, twitter, mahupun forum. Yang paling best bila dapat berforum sambil berblogging. Macam mana tu?
Di sini, aku nak perkenalkan korang pada sebuah laman Forum terbaru yang menghimpunkan semua blogger-blogger yang mesra di alam maya iaitu Forum Syoknyerblogging yang beroperasi di http://www.syoknyerblogging.com/.
Macam aku sendiri, berforum merupakan aktivitiku sebelum menyertai dunia blogging ni. Dan dari forum la aku mula berblog dan memang tak dinafikan, forum ni memberi impak yang cukup baik untuk blog dan diri sendiri!
5 Sebab kenapa Blogger perlu Join Forum Syoknyerblogging @ SB…
1. Forum SB menghimpunkan blogger yang senior, mesra, dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada semua.
2. Dengan menyertai Forum SB, jaringan persahabatan anda akan lebih bagus. Anda akan dapat lebih ramai kawan!
3. Di SB, anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan di samping mengetahui isu-isu terkini.
4. Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan blog anda kerana kesemuanya memang mesra dan sedia membantu.
5. Menambahkan pelawat ke blog anda. The more the merrier! Semakin ramai anda ajak kawan-kawan anda join, semakin bertambah bilangan pelawat blog, meningkatkan pendapatan blogging anda!
Sokonglah Laman Forum keluaran rakyat kita! Kalau bukan kita, siapa lagi? Jom join sekarang! Klik link dibawah
http://syoknyerblogging.com/
http://www.benashaari.com/2011/11/iklan-promosikan-blog-anda-di.html
Aku bukan seorang pengkritik filem mahupun drama . Bila aku mengeluarkan pendapat , maka itulah yang aku rasa . Aku bukan anti dunia hiburan.. Apa yang aku mahukan ialah satu kelainan yang membuka minda serta keinsafan dari mula aku duduk hinggalah aku berdiri.
Mengenai drama Tentang Dhia yang aku beri ulasan ringkas semalam , walaupun aku tengok baru 10 minit seterusnya membuatkan aku bangun , dan terus meninggalkan television , sebenarnya drama yang bagus cuma ianya tidak lagi menepati citarasa aku dah ..
Bukan apa , sekarang ini adalah zaman yang kita tau ianya zaman haru biru .. zaman yang mana akhlak manusia seperti kembali ke zaman jahiliyah (bukan semua la ) .. Apakah peranan pembikin filem/drama untuk membantu memberi kesedaran pada ‘penggunanya’ ?
Mereka ada medium untuk menyampaikan ‘idea’ mereka sebagai mana aku ada blog untuk menyampaikan apa yang aku rasa tika ini .. Maka satu cabaran untuk mereka membuat satu produk yang mana mampu buat penonton duduk menonton sambil berfikir .. SETIAP SAAT ..
Janganlah ada yang kata .. “ Ben , kalau tak suka .. kamu buatlah drama kau sendiri yang kamu suka .. “ .. Apakah itu satu komen yang datangnya dari orang yang mampu berfikir dengan baik ?
Zaman ini , manusia semakin bijak .. Bila semakin bijak , mereka akan menganalisa segalanya .. Bila begitu , maka akan ada yang berjaya meneruskan kehidupan dan ada yang terus terbabas ..
Satu cabaran buat kita semua ..
Serius , aku dah tak larat nak tonton cerita cerita yang menunjukkan sikap orang kita .. Dari drama ke filem , segalanya hampir sama .. Moral cerita tu , di penghujung cerita .. Kuasa Allah .. Apakah itu moral ? Balasan dari Allah ?
Apakah tiada filem atau drama yang mendidik penonton dari minit pertama hinggalah ke pengujung ? Yang mana mampu membuatkan penonton terus bangkit lalu mencari sejadah untuk solat taubat ?
Bila tv aku tutup .. laptop aku buka .. sama je ‘dunianya’ .. Aku hampa..
Alhamdulillah ... Ari ni tambah 2 kenalan baru. Dua dua keje kat kementerian kesihatan .. Ore Golden Sand n Rantau Panjang ..
Otomatik aku kecek kelate .. hahaha..buruk benor bunyi aku , wife aku kata .. Maklumlah , aku kan slang utara .. hahaha..
Okeh..balik dlu deh..
Yang wife kalut nak tgk drama Tentang Dhia .. Entah apa yg best pon tak tau ... Solat pon mekap !! Malam nak tidur lak tu ... Huhu..
Best ke drama tu ??? Huh..