Tudung Syria Corak yang baru. Hot Selling !!
Hanya RM27 sahaja (satu set inner dan outer). Hanya di http://www.asteriskboutique.com/
Tudung Syria Corak yang baru. Hot Selling !!
Hanya RM27 sahaja (satu set inner dan outer). Hanya di http://www.asteriskboutique.com/
Ada lebih 200,00 blog di Malaysia ni .. Dan dari jumlah tu , berapa ramaikah yang aktif ? Tu belum kira yang dah bersawang mahupun dah tutup kedai .. Tapi , setiap hari juga ada saja blog blog baru dibuka. Menarik kan ? Macam satu kehidupan lak ..
Apakah kita kenal blog blog tersebut ? Ok , tolak tepi blog yang berbahasa selain bahasa melayu .. Ada berapa banyak ? Pergh.. Ramai siuttt… Dan dari jumlah tu , berapa ramai yang korang dah blogwalking ?
Hehe .. Aku percaya , skittt jer !! Kenapa ? Sbb bila aku dedahkan dengan blog blog yang genrenya berlainan , ada yang seolah hairan ? Macam tak percaya wujudnya blog tersebut sedangkan blog begitu dah berlambak di pasaran dan lama dah wujud pun ! Malangnya mereka tak didedahkan ..
Aku pernah wujudkan satu cara untuk berkenalan dengan blog blog yang berlainan genre melalui segmen malangnya ada yang kata aku amik kesempatan .. Hehe.. Maka , sekarang kita ‘bermain’ di taman perumahan sendiri je la .. Kita tak tau apa yang wujud di taman lain kecuali ada orang yang memberitahu.. kan ?
Selain dari tu, aku buat cara pertukaraan FEED atau RSS .. Kalau korang perhatikan , blog Mat Gebu dengan dunia masakan yang mana pembacanya pasti tergolong dari umur diatas 25 tahun ..
Lyssa Secret yang kaya dengan tutorial doodles , yang aku confirm pembacanya di bawah 23 tahun .. Blog Jiwa-Jiwa milik Angah yang penuh dengan bahasa puitis dan pembacanya terdiri dari mereka yg punya taman dalam hati .. Manakala Prince , blog yang berjaya memikat ramai anak dara dengan gayanya yang tersendiri ! Heheh ..
Jadi dengan cara tu , aku berjaya mempelbagaikan pembaca di blog aku dan juga mereka .. Dalam erti kata lain , aku wujudkan port pertukaran pembaca di sini secara tidak langsung . Ini akan berkekalan sekurang-kurangnya 2 tahun . Sambil itu aku perlu mantapkan lagi penulisan aku di dunia blog ini untuk memikat mereka yang ‘tersinggah’ di blog ini .
Itu strategi aku.. Mungkin akan ada yg fikir negatif.. Sekurang-kurangnya aku ada inisiatif untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dari dok menghabiskan masa mencari salah orang !
Kan kan ?
“ Mak , kita nak ke mana ni ? “
“ Oh .. kita ke kedai jap jer .. Mak nak beli kismis istimewa untuk kamu berdua .. Nak kasi otak kamu tu bijak ! Haaa.. Nanti senang la nak belajar .. Boleh dapat 9A dalam PMR ! Kan ? “
“ Wah .. bestnyaa .. Mak , nak tanya laa .. Kenapa bumi ni bulat yer ?? “
“ Iskh kamu ni .. tanya soalan merepek jer … “
Jeng jeng jeng … Jangan banyak tanya ! Ikut je apa yang dah diajar dari kecil hingga besar.. Anggukan saja walaupun kita punya otak yang pintar ! Jangan persoalkannya ..
Aku dapat jemputan dari Mydin semalam , malangnya tak dapat nak tunaikan sebab wife nak kena wat check up hari ni .. Jadi , sebagai balasan atas jemputan mereka tu , aku update sedikit la sebagai info buat mereka yang berada di Kulai Jaya dan berhampiran dengannya ..
MYDIN bakal melebarkan sayap perniagaannya melalui pembukaan pasar raya besar (hypermarket)yang ketujuh (7) di Kulai Utama, Kulai Johor yang akan bermula seawal jam 8.30pagi , yang juga merupakan pasar raya MYDIN yang pertama di Negeri Johor Darul Takzim.
AKTIVITI DAN PROGRAM
Pelbagai aktiviti dan program yang meriah bakal berlangsung selama 3 hari bermula dari (Jumaat), 23 Disember sehingga hari Ahad, 25 Disember 2011.
Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah :
Bagi yang berminat tu , boleh la pergi ke sana .. Nah.. amik alamat !
MYDIN Wholesale Hypermarket, Lot 1.18A, Kulai Hypermarket, Jalan Anggerik 8, Taman Kulai Utama, 81000 Kulai, Johor Darul Takzim
Selamat bershopping !!
Pernah dengar Syoknyerblogging.com ??
Tak penah tengok ? Ok ok.. Tak pe… Klik SINI .. Segala cerita ada kat situ ! Enjoy !!!
Pengacara televisyen Dato’ Mizal Zaini atau AC Mizal (kiri) bersama kawanya Dato’ Idris Md Yusof atau Eizlan Yusof menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Dato’. Ia disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Khamis. - Foto: Bernama
Senyum je la eh .. Sapalah aku nak pertikaikan semua ni kan ? Bukan hak aku .. Hehe… Aku cuma seorang rakyat jelata yang hidup di bumi bertuah milik ALLAH SWT..
Tkde sapa nak buat cerita DATUK GHAIRAH KE ? Lupa lak .. pasni Datin mesti mengelabah punya .. Yelah , mesti ramai nak ngorat Dato kannnn … hehehe ..
Cool kan Hahahah .. nanti aku nak letak muka anak aku gak la.. Erk.. nak letak ke ? Tak nak la.. biar rahsia.. Hurm.. tak best la pulak nak sorok kan ? Ke nak sorok ala ala retis gitu ? Tamo laa.. nanti orang kata berlagak .. Takpe tak pe .. tunggu dia besar nanti , dia sendiri letak kat blog dia .. ok ? Hahaha ..
Ok ok .. Aku suka header blog kawan aku neh .. Rumah dekat tapi tak berpeluang nak lepak sama .. Maklumlah , dia bz jaga anak.. Aku nak ajak lepak sama pon , sogan den ni haa.. Hahaha ..
Jom g ke blog ayah kepada anak kembar 3 ni .. Klik SINI ..
Korang rasa korang punya header blog comel tak ? Tinggalkan link.. Nanti aku singgah sana eh ..
“ Alahai .. romantiknya … " ..
Terdetik dalam hati aku bila mendengar kata-kata pemanggil tersebut di dalam sebuah radio popular tempatan ..
“ Papa , semoga hubungan kita ini berkekalan hingga akhir hayat yer .. Mama rindukan papa .. “
Kemudian , dj radio ada menyebut sesuatu yang mana ianya membuatkan aku terasa loya terus ! Aku memandang wife sewaktu memberhentikan kereta di hadapan traffic light.
“ Belum kawin lagi kan ?? “ . Tanya aku untuk kepastian.
“ Belum “. Jawab wife .
“ Papa mama .. “
Iyewwwww … Tolong laaa …
SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil
BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.
Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.
Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.
Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.
Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.
Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.
“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.
“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.
Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.
“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.
Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.
Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.
Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. – Agensi ( Hmetro )
Antara cerita lain mengenai manusia berkepala dua ..
SubhanAllah .. Klik SINI untuk lebih lanjut ..