Yelah , blog aku bukan blog agama tapi inilah kesedaran namanya ..
Tapi cuba kita fikir kembali eh .. Segala dosa yang ada di depan mata kita sekarang ni sebenarnya kita menyokong dalam diam .. Tak percaya ? Bukan semua la yang sokong .. Ada yang dah tau dan lama dah menolaknya ..
Buka mata eh ! Paling mudah ialah hiburan ! Filem .. Dalam tu ada yang tak menutup aurat .. Berpegangan tangan atau bersentuhan antara satu sama lain yang pastinya bukan halal bagi mereka .. Betul ? Kita tengok je ? Eh ? Yelah , mereka yang dapat dosa .. Kita tengok yang baik jer .. Betul ? Tapi kalau kita g tonton , bukankah kita sokong gak ?? Seperti menonton lumba kereta di jalanan .. Polis kata tu dah salah ! Tapi kenapa bab ni , tak salah lak ?? Sedangkan dalam agama terang terang dah kata salah ?
Kita sebenarnya mengalakkan mereka lagi ! Cuba kita tolak ! Pakat tak nak tengok selagi ada unsur unsur gini … Beb , kita nak besarkan anak kita dalam dunia camana ?? Kalau sekeliling kita penuh dengan unsur-unsur gini , kita nak sorok anak kita dalam rumah je ?
Memang benar kita bagi didikan .. Jangan lupa dugaan Allah.. Kita bendung dari sekarang sebelum dugaan yang amat mencabar turun pada anak kita .. Kita sendiri pun ada yang gagal walaupun punya dinding yg kuat (kononnya la) ..
Fikirkan kembali .. Kita sokong mereka berpelukan dalam filem.. Bergaduh dan banyak lagi unsur-unsur yg tak patut ditonjolkan .. Beb , budak sekarang tak tau apa itu nasi kangkang .. Tapi bila dah tengok kat tv/filem , baru mereka tau , ‘ ohh… itu rupanya .. Dari tak tau , mereka dah tau .. Rupanya ada cara nak menundukkan orang lain.. Walaupun tau itu dosa besar , apakah gerenti mereka tidak akan lakukan seperti mana dah bagitau berpegangan tangan yg bukah mahram itu haram hukumnya ? Membuka aurat itu haram .. Tapi mereka tetap buat kan ?
Fikirkan kembali .. Apakah yang kita nak untuk anak cucu kita di masa depan ? Inilah masa untuk membetulkan kembali .. Kita mulakan dari diri kita.. Mereka takkan buat untuk kita sebaliknya , kita mulakan perang dulu.. Tolak hiburan yang tidak berlandaskan ISLAM !