Semalam aku layan bola kat kedai mamak setelah bertahun-tahun lamanya tak tgk .. Tu pon sbb ada ngan kengkawan. Kalau tak , haram la nak tgk ..
Yang mencuri tumpuan aku ialah sekumpulan budak-budak yg menonton kat situ .. Aku rasa sekolah lagi tu.. Mak aih.. Boleh pulak mak bapak dia kasi keluar eh ? Heh .. Kecik kecik melepak tgk bola ..Tak pe la, bukan anak aku pon ..
Kedudukkan menjadi 3-0 sehinggalah abis separuh msa pertama . Masuk separuh masa kedua , rentak permainan berubah. pasukan lawan yang kena tadi , mula menyerang dan akhirnya berjaya mendapat 2 gol , menjadikan kedudukan semakin genting.
Bila dah jadi gitu , maka ada la suara-suara sumbang .. “ Pengadil itu ini la.. Dah macam kena jual je game ni .. “. Nampak tak ? Hehe.. Antara sebab aku malas tengok bola sepak , sbb inilah.. Bolasepak adalah antara perniagaan yg terlaris sekarang ni..
Kedua , kenapa bila masa ‘diorang ‘ , segalanya ok ? Tapi bila keadaan berubah maka ada cerita pulak ? Kenapa tak leh terima keadaan itu ?
Sebabnya , KITA ! Kalau MEREKA , segalanya akan jadi tidak adil .. Kenapa tak boleh terima bahawa manusia ini tidak akan berlaku adil selagi ada kepentingan tersendiri ?
Ada kawan tadi tanya aku kenapa aku perli orang yang beri nasihat pada aku . Jawapan aku mudah .. Jika aku perli dia , nasihatlah semula kat aku .. Aku bukan maki hamun pon ? Bukannya aku buat demo ke apa ? ‘Ketuklah’ kepala aku dengan kebijaksanaanmu .. Jika ada kebenaran terhadap kata-kata itu , aku terima dengan hati terbuka. Kalau tak , takkan aku boleh delete byk entri yg dah terima teguran ramai.. Aku pon tak nak ke nereka ..