Ragam orang kita ..

by - Isnin, Januari 09, 2012

 

Semalam aku layan bola kat kedai mamak setelah bertahun-tahun lamanya tak tgk .. Tu pon sbb ada ngan kengkawan. Kalau tak , haram la nak tgk ..

Yang mencuri tumpuan aku ialah sekumpulan budak-budak yg menonton kat situ .. Aku rasa sekolah lagi tu.. Mak aih.. Boleh pulak mak bapak dia kasi keluar eh ? Heh .. Kecik kecik melepak tgk bola ..Tak pe la, bukan anak aku pon ..

Kedudukkan menjadi 3-0 sehinggalah abis separuh msa pertama . Masuk separuh masa kedua , rentak permainan berubah. pasukan lawan yang kena tadi , mula menyerang dan akhirnya berjaya mendapat 2 gol , menjadikan kedudukan semakin genting.

Bila dah jadi gitu , maka ada la suara-suara sumbang .. “ Pengadil itu ini la.. Dah macam kena jual je game ni .. “. Nampak tak ? Hehe.. Antara sebab aku malas tengok bola sepak , sbb inilah.. Bolasepak adalah antara perniagaan yg terlaris sekarang ni..

Kedua , kenapa bila masa ‘diorang ‘ , segalanya ok ? Tapi bila keadaan berubah maka ada cerita pulak ? Kenapa tak leh terima keadaan itu ?

Sebabnya , KITA ! Kalau MEREKA , segalanya akan jadi tidak adil .. Kenapa tak boleh terima bahawa manusia ini tidak akan berlaku adil selagi ada kepentingan tersendiri ?

Ada kawan tadi tanya aku kenapa aku perli orang yang beri nasihat pada aku . Jawapan aku mudah .. Jika aku perli dia , nasihatlah semula kat aku .. Aku bukan maki hamun pon ? Bukannya aku buat demo ke apa ? ‘Ketuklah’ kepala aku dengan kebijaksanaanmu .. Jika ada kebenaran terhadap kata-kata itu , aku terima dengan hati terbuka. Kalau tak , takkan aku boleh delete byk entri yg dah terima teguran ramai.. Aku pon tak nak ke nereka ..

You May Also Like

10 comments

  1. malam tadi subuk siapkan report untuk dihantar hari ini

    BalasPadam
  2. saya pun minat bolasepak jg ... tp tkde la nak cakap2 sampai mcm tu, kengkadang rasa bengang kalau team yg disokong kalah tu mmg ada, tp biasalah game mesti ada menang dan kalah ... dsh kalah, kalahlah ... nk buat apa lg kan

    BalasPadam
  3. huh huh.. entri mane yang di delete tuh?

    BalasPadam
  4. kalau cerita diri sendiri, diri sendiri la hero. haha.

    kalau cerita orang lain, orang lain la hero...

    selalu gak tengok budak-budak tak reti diam, tengok je la diam-diam, masing-masing nnak tunjuk hebat dalam memberi pendapat. layankan je , hehe

    cmmt here :)

    BalasPadam
  5. Itu pasal saya malas lyn bola, buat sakit hati je.......tp rasa nk lonjak2 pulak kalau gol belah yg kita sokong.

    BalasPadam
  6. masuk bab bola terus jadi sensitif.. tu yang malas nak layan..
    bila tegur, kena kutuk...

    anyway. mekasih pada kawan2 blogger yang join segment saya. _tiru otai buat segment . haha.

    BalasPadam
  7. Kita selalu rasa kita betul. Kalau orang tegur baru kita sedar. Cuma kadang kita sebagai manusia mungkin tak reti nak tegur.

    BalasPadam
  8. ye..perli bkn maki hamun.kadang2 perlu kias utk smpikan nasihat.tp bila org baca kena batang hidung mereka kata perli.klu silap dan kasar mmg kita mengaku salah.

    BalasPadam
  9. kecewa bila team pilihan kalah memang ada, tp terima seadanya...:)

    BalasPadam
  10. Masa mula2 tgok bola,terkejut dan takut bila dgr maki2an..skrg takda dgr lg dah..
    Walaupun kalah smlm,tp ada rasa sikit lega sbb tak kena sampai 8 mcm meriam....:D

    BalasPadam