Terbaca di satu artikal di akhbar harian negara berkisarkan dunia maya yang mana aku selalu dok luangkan masa dan mencari rezeki .. Heh ..
Aku rasa semua orang tau dah isu ni kan ? Dah macam satu kebiasaan seolah tak wujud dosa pahala .. Hurm .. Macam ada satu pertanyaan kat twitter aku smlm berkenaan mengumpat.. Dia kata aku tulis baik je pasal umpat ni tapi aku umpat Yuna dan Norlia Ghani tu tak pe eh ? Aku tulis terang terang di situ mengenai kritikan. Aku bukan caci maki atau menjatuhkan maruahnya tapi sebaliknya sebagai salah seorang yg punya medan untuk menulis , maka aku tulis dalam bentuk berhemah .. Itu yang aku rasa sbb aku sendiri meminati lakonan Norlia Ghani .. Yuna tu , tak la minat cuma sbb saudara seagama , aku punya hak untuk menegur. Dan takkan teguran begitu dah buat maruahnya tercemar kan ? Tiada caci maki atau umpat keji. Cuma pandangan aku sebagai seorang lelaki dan paling penting , aku tak sembunyi identiti .. Kalau mintak cakap depan depan pon aku berani. Bukan tak pernah lakukannya pon ..
Ok , balik pada isu yg aku baca ni .. Pendapat Timbalan Dekan Akademik Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia ( UPM ) , Prof Madya . Dr. Arba’e Sujud , mengatakan segelintir pengguna internet gemar meninggalkan komen komen ‘kosong’ dan bertujuan melaga-lagakan para pengguna lain adalah perbuataan tidak bertanggungjawab sama sekali ! Tak salah nak bagi pendapat tapi jangan la sampai terkeluar dari batasan kesopanan , nilai budaya dan agama , kan ?
Ni best part !
Yang ni mmg berlambak ! Serius .. Bila jumpa depan , alahai .. diam seribu bahasa .. Malu la pulak ! Dalam internet , siap nak balik lembing mahupun nuklear lagi ! Adeh ..
Kita masing masing punya kesilapan dan tugas kita adalah sama sama mengingatkan .. Dunia maya ni kalau digunakan dengan betul , pergh .. memang menarik sekali .. Tapi apa nak buat kan ? Dalam kelas seramai 45 orang tu pon boleh berpuak atau dalam pejabat yg punya 10 kakitangan pon leh ada pelbagai parti dalam tu ..
Oh dunia ..
Sumber Berita : Kosmo