Alhamdulillah . Lega hati aku ! Tak payah dah blogging untuk ‘bekerja’ lagi . Penat ari ari nak berblog. Aku pon nak g shopping beli ikan kaloi kat Jepun . Nak g tengok itik berenang kat Paris. Nak g main wau kat New York malah teringin nak berguling guling kat Kashmir !
Pelik ? Rileks ar .. Apa nak pelik . Ni namanya rezeki terpijak ! Pasni boleh la aku declare aku salah seorang lelaki terkaya di Malaysia ! Yeargh ..
Nak tau kenapa ? Korang janji jangan culik aku dah la yer .. Culik kucing aku tak pe.. Aku tak kisah sangat. Dia kuat makan n tidur . Tikus lalu pon dia leh main ‘ gimme five’ lak ..
Semua ini gara-gara ..
Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak Ј2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.
Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.
Amacam ? Rezeki baby kan ? Tu laa ..Rajin rajin la buat solat Dhuha. Sapa tau kan ? Pergh.. Aku dapat 2 juta pound ! Kalau tukar ke Malaysia , tak cukup Bank Negara nak bayar ni !! Sapa nak skit ??
Diorang ni ingat aku ni mangkuk bertingkat cap Idaman Suri ke ?