Tak kira la samada ada budak yang saja nak memain atau pun mmg benar kejadian ini kerana aku memang percaya dah pada kekuasaan Allah ! Setiap hari aku melafazkan tanda kebesaran Ilahi apabila melihat langit , pengerakkan baby dalam perut dan banyak lagi ..
Dan aku percaya , kita bukan keseorang atas dunia ini. Ada lagi makhluk lain yang tercipta lebih awal dari manusia yang dah lama menghuni dunia ni.. Segalanya dah ditulis dalam Al-Quran .
Al-Quran sendiri adalah keajaiban Allah yang mana kita sendiri pon malas nak kaji ! Tapi bila tgk benda pelik gini , dan dan mulut kata SubhanaAllah .. Tapi apa yang kita faham ? Suruh solat ? Al-Quran suruh lama daaahh … Takkan nak tunggu sejadah suruh kot ?
Kelmarin aku tengok Halaqah dan panelnya adalah Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin . Isunya , alam semesta .. SubhanaAllah .. Yang ini betul betul buat aku ternganga bila dia bercerita berdasarkan Al-Quran.. Kerdil betul aku bila dengar dia bercerita ..
Entah laa .. Kita ni lebih suka sesuatu yang pelik dari yang nyata .. Ingat lagi kes ayat-ayat Al –Quran hilang ?