Gambar contoh je
Sesuai tak pakaian di atas ni untuk perempuan g kerja ? Sesuai kan ? Cantik dan elegan gitu .. Bagi mereka yg kejanya deal dengan client , pasti akan tertarik dengan penampilannya dan berjaya pikat client dia tu .. Itu sudah bagus kan ?
Hurm .. Kalau persekitarannya adalah sama jantina , aku rasa takde masalah.. Kalau bukan ? Aku pasti akan mengundang masalah , akan datang ! Bukan berfikiran negatif tapi berfikiran mengelakkan masalah !
Ianya kenyataan .. peratus yang ‘ok’ sangatlah rendah berbanding yang ‘tak ok’nya dengan berpakaian yg ranggi ke pejabat. Ranggi ni , bagi aku yang sememangnya boleh membuatkan mata lelaki tak berkelip 10 saat .. Lama tuu .. Atau paling tidak pon jadi segan nak pandang…
Aku tak nak la bebel lebih .. tapi bagi mereka yang reti berfikir , fikirlah mengenai dosa pahala , maruah keluarga , maruah suami , maruah orang tuanya bila nak berpakaian yg .. korang pon tau la kan maksud aku ..
Fikir fikirkan .. Ini bukan nasihat tapi sekadar bual kosong . Dan jika suami tak kisah , bermakna dua dua tanggung dosa .. Suami tak tegur , isteri pulak tak kisah padahal memasing tahu akan hukumnya .. kan kan ? Jangan ingat isteri terlepas gitu je bila suami wat dek ..