Promo NONA esok , aku masih tak sempat nak tengok kat TV3 .. Tapi ramai rakan dah mula sok sek bercerita mengenainya. Sebenarnya , aku risau gak la menanti hari esok .. Yelah , takut ada yang tak faham intipati sebenarnya segmen tu ..
‘House Hubby’ sempena Hari Bapa .. Itulah sebenarnya segmen yg melibatkan aku dan anak aku , Muhammad Qhaliff Iman esok .. Berkisarkan aku sebagai seorang suami yang bertindak sebagai suri rumah atau lebih tepat lagi duk rumah , jaga anak dan uruskan hal hal rumah .. Bukan 100% yer .. Masih ada pembahagian tugas dan ini melibatkan perbincangan bersama ..
Opss .. jangan salah sangka.. Aku masih lagi suami dan juga bekerja tapi pejabat aku , di rumah .. Jangan ingat pulak aku makan duit hasil titik peluh isteri yer ..
Sebenarnya apa yang berlaku adalah lebih pada nak jaga Qhaliff sendiri.. Kami sepakat untuk membesarkan Qhaliff tanpa pembantu rumah atau letakkan di di nursery .. Kira nak jaga dia hingga dia layak masuk ke taska .. Haa.. gitu laa ..
Tindakan kitorang terdorong dari rasa yang tidak beberapa yakin dengan keadaan nursery yang ada sekarang ni.. Nak yang bagus , harganya amatlah tinggi. Kira penat je la keje siang malam tinggal anak tapi dapat gaji , bagi kat nursery… Tu pendapat aku yang aku bagitau kat wife yang mana akhirnya aku yang buat tindakan untuk jadi blogger sepenuh masa dan ini adalah permulaan kepada cita cita aku untuk jadi penulis yang bukan bertaraf profesional. Hehe ..
Alhamdulillah .. kami tak la bercita-cita nak hidup kaya raya hingga perlukan pendapatan berangka angka .. Apa yang kitorang nak , nilai nilai kekeluargaan ada dalam sewaktu pembesaran anak anak .. Aku dpat lihat contoh yang bagus dari rakan rakan blogger yang mana anak anak mereka berjaya di besarkan dengan baik sekali. Dan aku nak contohi mereka .. InsyaAllah ..
Kenapa aku dan bukan wife yang amik keputusan ini ? Yang pertama , rugi rasanya sbb wife punya masa depan yang jauh lebih cerah berbanding aku .. Tak salah aku akuinya kan ? Sapa kata lelaki ego ? Maaf la yer .. Dan , wife suka dengan profesion dia sekarang ini berbanding aku yang kerap kali diserang hypertension .. Jadi sebelum aku mati kerana hypertension , baik aku undur diri.. Dan , syukur pada Allah , aku ok skang ni.. Walaupun aku bisa tension ngan Qhaliff tapi dia anak aku .. heheh ..
Dan selebihnya , korang boleh tengok esok di NONA,TV3 jam 2 petang .. Hurm.. Tak sempat nak mekap pon kitorang .. Er , kitorang ???
Mengapa lelaki tak boleh amik tempat wanita sedangkan wanita berebut untuk amik tempat lelaki ? Yang penting , jangan lupa tanggungjawab dan tugas tugas hakiki seorang lelaki yang bernama suami .