Berkata memang mudah terutama sebelum memiliki .. Bila dah dapat baru tau , bukan mudah mengemudi bahtera di lautan yang tidak tentu keadaannya. Jika damai , cantik sekali permandangannya.. Jika ribut , terasa mati jalan penyelesaiannya.
Tapi itulah dugaan dari Allah . Masalah yg datang , perlu bijak ditangani . Jika berkata manis , lautan api tidak dapat pisahkan kita sewaktu bercinta , inilah masanya untuk membuktikannya.
Sayangnya , ramai gagal . Baru berdayung , dah mengaku kalah. Alasan tiada jodoh atau sampai sini saja jodoh ibarat kata cinta sewaktu saat manis dulu ..
Perkahwinan bukan semudah itu. Walaupun ianya mengelakkan zina tapi jika didirikan atas kerana nafsu , maka runtuhnya pon pasti kerana nafsu. ..