Ramai yang keliru apa itu domain dan apa itu hosting. Untuk entry kali ini aku ingin berkongsi lah sedikit apa maknanya domain dan apa maknanya hosting.
Domain:
Domain merupakan url atau link sesebuah website seperti domain.com, benashaari.com, namaanda.com. Domain ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan manusia untuk mencari dimana lokasi web anda berada. Untuk lebih jelas tentang ini sila baca sampai habis.
Hosting:
Hosting merupakan tempat simpanan data untuk web anda, gambar, video, lagu dan sebagainya untuk web anda. Setiap hosting mempunyai satu ip address seperti 192.168.1.1 . IP Address seperti ini sangat susah untuk diingati oleh manusia. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia senang mengingati perkara yang senang disebut berbanding huruf yang ntah pape itu.
Untuk membina satu laman web, Hosting dan domain saling memerlukan. Berikut merupakan sedikit contoh untuk mudah faham.
Ada Domain Tetapi Tiada Hosting?
- Tidak mungkin terbentuknya sebuah web. Ibarat Ada Nama Tapi Tiada Jasad. Walau bagaimanapun. Sekiranya korang blogger yang menggunakan blogspot. Anda boleh Guna Domain untuk Hostkan Pada Blogspot. Rujuk Entry aku yang lepas .. Klik SINI ..
Ada Hosting Tetapi Tiada Domain?
- Web dapat dionlinekan. Tetapi untuk memasuki web anda, pengunjung perlu memasukkan ip address blog anda seperti yang dinyatakan sebelum ini. Contoh 192.168.1.1 untuk masuk ke web. Bukankah itu merumitkan?
Ada Hosting dan Ada Domain?
- Web dapat dionlinekan dan pengunjung boleh memasuki web anda dengan menaip nama domain seperti namadomain.com
Untuk mendapatkan domain dan hosting layari www.mtasolutions.com.my