Baru balik dari event di The Curve .. Ramai blogger gak tadi g sana .. Sempat gak la berbual dengan dua tiga orang .. Nak borak ramai ramai , segan lak aku .. Maklumlah , kita ni blogger biasa biasa jer ..
G tadi kul 1030 dengan kawan blogger yang tinggal berdekatan dengan aku .. Jadi g sekali la.. Que Achmad ..
Dalam kereta , macam macam dibualkan kitorang .. Antaranya pasal sakit hati dengan manusia lain .. Hehehe .. Tersenyum je aku .. Inilah lumrah dunia maya ni .. Berani bila pakai topeng .. Tapi tak kisahlah .. selagi manusia punya hati dan nafsu , maka itulah yang kita ‘rasa’ setiap saat ..
Aku sendiri cerita kat dia mengenai asam garam aku selama aku berblogging ni . Macam macam karenah ada .. Tapi aku terus lalui juga kerana ‘dah biasa’ dengan semua ni walaupun di dunia nyata sekali pon ..
Berpegang pada ‘ Rasulullah s.a.w sendiri pon ramai punya musuh sedangkan baginda mempunyai akhlak yang mulia , inikan pulak aku .. Jadi , persetankan saja mereka yang tak suka kita tu selagi kita tak buat kesalahan atau dosa .. ‘
Sesampai je rumah , terus cari Qhaliff ..Layan Qhaliff lagi best !