Blog ? Yang aku tau batu block la.. Amenda blog tu ? Setelah diceritakan kelebihan blog ni , barulah dengar ‘aaaaa’ .. Malangnya yang menarik perhatian dia ialah DUIT saja .. Part lain tak berminat .. heheh ..
Seterusnya , mulalah tanya camana nak jadi blogger sedangkan apa itu blogger dan tujuan berblog pun tak diambil entah kecuali bab pendapatan bulanan ..
Yer , mmg sedih dapat kawan gitu. Bila berbicara, mereka yang kurang berpengetahuan mengenai dunia maya ni , mulalah perli kawan kawan yang aktif berblog . Malah ada kawan siap perli kawan dengan mengatanya ‘tin kosong’ .. Hehehe .. Kelakar kan ? Tin kosong inilah yang bersuara dan suaranya ‘dibaca’ secara senyap oleh pihak tertentu .
Tu belum lagi bila kita ‘meletup’ hingga keluar akhbar atau tv . Bila dapat tau , soalan pertama ialah ,
“ Bila nak open table ? Blogger kan masyukkkk .. “.
Sedangkan dari mula kita merangkak hinggalah kita berlari , siapa pun tak amik endah ..
Benda benda begini mmg meyedihkan terutama ianya datang dari rakan sendiri yang sebangsa dan seagama sedangkan rakan rakan lain yang tidak langsung mengenali kita ini , memberi sokongan tanpa berbelah bagi .
Sedih ? Pada mulanya mmg terasa begitu . Tapi lama kelamaan , kita tau sememangnya ada manusia ini menyedihkan sikapnya. Membantu tidak langsung, malah menjatuhkan lagi ada ..
Seperkara yang aku belajar sejak aku berblogging ini , aku perolehi pendapatan dari apa yang aku teringin nak sangat buat sejak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan menulis dan bercerita .. Aku bukan bangga tapi aku rasa berbaloi sekali .. Disamping itu aku dapat membuat amal jariah dan punya ramai kawan kawan yang jauh educated dan berpandangan jauh serta berfikiran terbuka. Satu-satunya yang aku seronok sekali..
Apakah aku bangga aku jadi blogger ? Tidak pun .. Tapi aku bangga kerana aku sendiri bos , dan aku sendiri kuli … Alhamdulillah dan terima kasih pada rakan rakan yang menyokong serta mengetahui keperitan yang aku lalui ini ..
Sapa kata jadi blogger senang ? Taip dan post ? Hehehe ..