Qhaliff jatuh katil jugak akhirnya !!

by - Selasa, Oktober 02, 2012

 

 

IMAG3872-2

6.30 petang. Bersiap nak ke Pizza Huts Kota Damansara atas tiket jemputan .. Aku naik atas mandi dan wife ditugaskan mandikan Qhaliff ..

Selepas mandi , aku terdengar Qhaliff meraung kuat. Sangat berbeza dari kebiasaanya .. Aku rasa macam ada tak kena . Cepat cepat aku turun ke bawah ..

“ Qhaliff jatuh katil ! “ .

Wife dalam keadaan antara percaya atau tidak kejadian tu berlaku depan dia . Aku lagi la tak percaya. Macam mimpi berita tu masuk ke telinga aku ..

Menurut wife , Qhaliff yang dah nak dimandikan yang mana baju semua dah dibuka , dia letak di atas katil dan jauh dari bahagian tepi dan dia ke tandas yang cuma selangkah dari katil tu untuk siapkan air dia ..

Mata dok pandang Qhaliff .. Tapi macam aku pernah cerita dalam entri ni dulu , budak kecik ni pantas benar tindakan dia ! ( Samada dia pantas atau aku yang semakin slow ?? )

Dan .. Tu diaaa .. Bedebuk jatuh tersembam ! Nasib baik ketinggian katil tu tak sampai paras lutut aku pun.. Dan ada tikar mengkuang dilantai .. Kalau simen atau tiles semata ??

Aku g ketuk ais batu dan demah kepala dia dengan secepat mungkin untuk surutkan lebam di dahi dia tu .. Qhaliff menangis sekuat hati tapi pada masa sama , wife menyusukan dia terus .. Dia diam dan hisap susu.. Aku demah dahi dia.. Dia diam ..

Tak sampai 5 minit dia menangis tapi aku tetap macam tak percaya benda ni boleh berlaku memandangkan wife lebih alert bab keselamatan berbanding aku ni !

Malang tak berbau dan perkara dah mmg nak terjadi ! Tak boleh nak tuding antara satu sama lain. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Antaranya aku fikirkan kalau aku mandikan dia seperti kebiasaan yang mana kalau kejadian tu berlaku pada aku , kereta pun takde dan aku keseorangan dirumah .. camana tu ? Atau kitorang ke  Damansara dan berlaku sesuatu yang tak diingini .. hurm..

Aku tak nak kata wife salah .. Aku pun salah gak sbb mungkin patutnya kitorang gilir jaga Qhaliff tapi memandangkan sebelum ni ok je Qhaliff , tu yang kami lalai !

Letak dia kat tilam ? Memang pun ! Kitorang tidur atas tilam ( lembek) yang atas lantai jer ..  Cuma bila nak mandikan Qhaliff tu baru letak atas katil untuk tempoh 1 minit jer !!!! Sapa sangka dalam tempoh tu , kitorang abiskan masa 2 jam di hospital !

Ok .. nanti sambung apa cerita di hospital ..

You May Also Like

48 comments

  1. eee shian2x anak abg Ben ..
    tapi Qhaliff Iman kan kuat ^^,

    BalasPadam
  2. assalam, Qhaliff jatuh katil? kesian dia...harap2 tak de apa2....

    BalasPadam
  3. Lepas nie kene hati-hati... Malang tidak berbau

    BalasPadam
  4. malang tak berbau. Qhaliff tu budak jenis kuat semangat, lelaki la katakan. InsyaAllah xde apa2 tu kesan smpingan. Petanda d usia genap 6 bulan. Petanda akn jd HERO nnti bila besar :-)

    BalasPadam
  5. itu kisahnya.. sian Qhaliff, ada juak pengalaman begitu~~

    BalasPadam
  6. ye la kan..bende nak jadi..positifnya..lepas nih kite akan lebih hati2..

    BalasPadam
  7. tu antara sebab2 sy x pernah letak anak saya atas katil.. dlm x letak atas katil pun tersungkur sana sini.. baby2 yg baru nk lasak ni la plg merisaukan. memang kdg2 x smpai seminit pn kita paling muka dorang dh blh buat aksi bahaya.. Apapun benda yg jd tu anggap sbg peringatan utk masa depan.. Syukur la cuma benjol jer..

    BalasPadam
  8. cian Qhaliff... nasib baik xtggi sgt pcb...sepupu awin dulu dlm pantang, tido jatuh katil...katil pulak yg pesen lama, tinggi... xtau mcm mana boleh jatuh budak msih dlm pantang....bwk pi hospital mlm2 buta tu, kalo xsilap tulang ape ntah retak...tp alhamdulillah, skrg budak tu dh besar, sihat walafiat...

    BalasPadam
  9. Ciannye...

    (1st time komen blog kamu =p)

    BalasPadam
  10. alahai siannya Qhaliff, moga lebih berhati2 pasni ya Ben Zla, benda kalau nak berlaku tu, sekelip mata je...mungkin Qhaliff nangis lagi sebab terkejut je...moga takde yg lebih serius...

    BalasPadam
  11. ala kesiannya Qhaliff jatuh katil~~

    BalasPadam
  12. anak aku pun penah jatuh , doktor tanya dia muntah tak ? aku cakap tak , so doktor kata tak muntah tak pa , kalau muntah , kena datang balik ,takut pendarahan dalaman , sejak dari itu , anak aku dah umur 5 tahun , tak dibenarkan lepak atas katil sampai sekarang , anak kedua , terus tidor atas tilam , katil tu letak bilik lain , sabar Ben dah nak jadi , beringat2 je lepas ni ...ada hikmah tu dari Allah

    BalasPadam
  13. Huuhuu. Sian qhalif. Oni dah 3 tahun pon tido tilam je. Tak brani sbb dia tido buas.

    BalasPadam
  14. terok sangat ke sampai ke sepital ni?semoga x de pape yang buruk kat qhaliff comel ni.

    BalasPadam
  15. kesiannya... dalam tempoh seminit je boleh jadi macam tu..

    BalasPadam
  16. alahai.. sian dia.. xpe qhaliff kuat.. ank laki kne lasak sket kn qhaliff.. :)

    BalasPadam
  17. Biasala tu... Kita alert cemana skali pun bnda nk jd ttp jadi. Leh bilang dgn jari brp ramai bdk x prnah jatuh katil.. Sian qhalif boy.. Syukur x teruk.

    BalasPadam
  18. Hope xde pape ye...cian Qhaliff...

    P/s:my lil Qhaliff da dkt 5x jatuh,nasib xde pape..bibir je yg pecah

    Qhaliff da 6bln ye..mngu dpn my Qhaliff plk 6bln...

    BalasPadam
  19. salam encik ben... sy ni silent reader je, nak tumpang komen. sila google tentang glasgow coma score. ianya cara bagaimana kita nak menilai tindak balas akibat dari head injury. ianya amat berguna kerana penilaian yg diberikan adalah utk semua peringkat umur. sy menjadikannya panduan utk anak2 bila mereka jatuh atau terhantuk kepala.

    BalasPadam
  20. salam encik ben... sy ni silent reader je, nak tumpang komen. sila google tentang glasgow coma score. ianya cara bagaimana kita nak menilai tindak balas akibat dari head injury. ianya amat berguna kerana penilaian yg diberikan adalah utk semua peringkat umur. sy menjadikannya panduan utk anak2 bila mereka jatuh atau terhantuk kepala.

    BalasPadam
  21. sy ni silent reader dan nak tumpang komen. encik ben... cuba google tentang glasgow coma score, ianya panduan yg berguna utk menilai tindak balas akibat dari head injury utk semua peringkat umur. sy gunakan panduan ini utk anak2 bila mereka jatuh dan kepala terhantuk.

    BalasPadam
  22. maaf encik ben... kalu utk baby panduannya ialah peadiatric glasgow coma score ianya utk kanak2 dibawah usia 36 bulan. anak2 saya umur dah 4 tahun keatas semuanya.

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah. Nasib baik x teruk. Nk jadi hero kene lasak.Qhaliff masih comel.





    BalasPadam
  24. arghhh!!! Memang tensen bile kenang anak jatuh katil... Silapnya atas diri sendiri..

    BalasPadam
  25. salam en ben..
    buat pengetahuan en ben kak ilah pun masa anak pertama..jiha 23 tahun sekrang nie..jatuh katil jatuh kerusi jatuh tangga berkali2 bukan lalai..tapi itulah andaian sedetik ditinggalkan mmg tak selamat.. sejak itu kak ilah tak lalai lagi.. harap2 baby Q tak apa2.. cuma kak jiha asyik sakit kepala sejak dewasa... kesian..sbb lebih 5 kali jatuh..

    BalasPadam
  26. Takpe, jadikan ini sebagai pengajaran..Budak2 sekarang ni ligat dan pantas tanpa kita sedari. Tak salah nak letak atas katil pun tapi make sure ada yang memantau..

    BalasPadam
  27. alahai cian... nmpak dahi dia bengkak.

    BalasPadam
  28. itu makne nyer dh tak boleh letak qalif atas katil lg...

    bdk dh setat lasak la bg ben...anak sy 2 org.. dua-dua jatuh katil..hehee..

    jgn gelabah semua tu biase dh...mesti jatuh punyer...

    BalasPadam
  29. moga dak Qhaliff takde pape..
    apa yang dah berlaku, jadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati lepas ni.. ---> peringatan bersama..

    BalasPadam
  30. nenek pernah cerita..dulu mase pakcik2 saya masih bby, atuk betul2 jaga..even tido atas katil, tinggal kejap dia akan letak kusyen atau bantal lembik kat abwah, sma gak kalau bby tido dalam buaian, atuk akan penuhkan lantai bawah tu dengan bantal...

    BalasPadam
  31. MashaAllah... memang kena perhati betul2 la anak2 ni.. mereka memang pantas dalam setiap tindakan mereka.. saya dah pernah alami macam ni.. anak saya jatuh dari katil...sedangkan saya dekat jer dengan dia.. nak ambik tuala dia jer.. tgk2 dah bedebuk kat lantai.. nasib baik masa tu masih lagi lantai kayu..

    BalasPadam
  32. alaaa...cian Qhaliff..xpe abg Ben lepas ni kena lebih alert...baby Ammar pun dah tak leh nak tinggal sebab dah makin aktif...

    mandi ke siapkan dia ke semua kat luar bilik jer...letak atas toto senang dia nak golek2...

    tu pun kdg2 dah block dgn bantal terlepas gak atas lantai...mmg kena 300% alert klu baby umur mcm Qhaliff dgn Ammar ni..

    Anyway moga Qhaliff takde apa2...

    BalasPadam
  33. alooo.. kesiannya qhaliff.. harap takde apa2 yg teruk, cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  34. no more katil after tiz no matter what, hindari punca insyaAllah ok..akak doakan baby Q baik baik aja dan tambah cerdik lps jatuh ya sayang, lps ni x mo jatuh lagi ya, jatuh berlari dah beso main bola ok :))

    BalasPadam
  35. hati2..ibu bapa jgn cuai..letak jer kat bawah...lebih selamat
    hish...kalau ada mak/mak mentua kat umah mesti kena berleter dah tu...

    BalasPadam
  36. En. Ben,

    Kesian baca apa yng terjadi pad qhalif nie..apa-apun dgn baby don't take it for granted, kalau dia dah boleh bergerak kena always take precautions, kalau letak atas katil mesti hadang hujung kati ngan bantal2, kalau dia dah pandai tarik bantal..maknernyer tak selamat tinggalkan atas katil..takpun sediakan baby cot yg selamat, kalau nak kemana2 boleh letak dlm cot, lebih selamat setidak-tidaknya sampai dia blh memanjat..ramai orng guna cot utk keselamatan baby, bila wife masak pun blh letak cot dekat kitchen senang... satu lg, biasanya suami lebih berjaga2 drp isteri dlm segi mnjg anak kerana mrk by nature lebih bersikap overprotective..

    BalasPadam
  37. Cian Qhaliff.. cepat sembuh ye bambam..

    BalasPadam
  38. semoga takde pape ye bro ben...insyaAllah takde apa. budak nak mmbesar mmng byk ujian dn cabaran kan

    BalasPadam
  39. Ya allah.nsib x jdik apa2...glad everythng ok...

    BalasPadam
  40. hopefully qhaliff xde pape la ye. wat suspense je ni. huhuhuhu

    BalasPadam
  41. kesimpulannya tak payah guna katil saya guna tilam je..jadi la untuk keselamatan anak..mmg tak cantik janji selamat..

    BalasPadam
  42. before this saya penah bagitau... budak seusia Qhaliff ni akan lasak.... jangan letak dia tempat tinggi walaupun sekejap... macam2 bleh berlaku...saya dah ada pengalaman... sedih sangat memang silap saya juga... so lepas ni en.ben alert la pasal keselamatan ni... cukup la setakat sekali dia jatuh jangan bagi dia jatuh lagi lain kali.. sekarang ni otak dia tengah berkembang... hati2 ye en.ben

    BalasPadam
  43. tu la lainkali letak terus je atas lantai..selamat..ben, esok2 bila dia dah pandai merangkak...memapah..lagi haru tau..so jangan lepa lagi ok!

    BalasPadam
  44. Shian Qaliff..tapi Qaliff budak kuat semangat..nangis kejap pastu dh sengih..hehehe

    Btw mmg fobia klu dengar jatuh katil, anak aku dulu berkali2 jatuh sampai demam..huhuhu

    Hati2 ye Qaliff..

    BalasPadam
  45. comeiiinye muke qhaliff monyok camtu...hehe..

    qhaliff...qhaliff..
    tgk..betapa risaunye daddy ngan ibu bile qhaliff jth katil..
    Bile qhaliff besar nnt kne jaga ibu n daddy baik2 ye.

    semoga qhaliff cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  46. assalamualaikum en.ben ...alorr cian nyer Qhaliff macam mana boleh jatuh ni ...kesian mama n papa die dah risau...:)

    BalasPadam
  47. moga qhaliff sihat2 sahaja..

    qhaliff kuat... hero.. nangis kejap jer kan

    cik Ayu y risau semalam

    BalasPadam