Ahaaa .. Tak sabar wife nak balik tengok cerekarama minggu ni . Aku pun lepak sama la teman dia layan sambil gigit peha Qhaliff ..
Memula cerita dia agak mendatar .. Tapi macam boleh agak la jalan cerita dia sedikit namun tetap aku tengok kerana ada isi yang baik .. Cuma aku tak berkenan sangat lakonan Ifa yang over gitu sebab isteri pada orang kaya gitu . Macam budak budak pulak perangai haa ..
Yang lain , mantap .. Berjaya membawa watak tu dengan ok .. Harapnya setiap baris skrip tu mereka jiwai dan fahami .. Kira jangan sekadar jadikan untuk drama jer .. Kalau faham dan gunakan , mmg terbaik laaa mereka ..
Apa pun , drama ini aku tak menyesal menontonnya… Kira terisi gak la malam minggu aku . Dari tengok citer bomoh bomoh pailang paliang .. Buhsan weh ..