Tak tidur lagi aih.. Dari lepas subuh , aku terus buat kerja aku. Kalau Sabtu Ahad tu , mmg aku sambung tidur sampai kul 10 .. Hehehe.. Wife ada.. leh amik alih jaga Qhaliff.. Tapi hari biasa , tak leh la…
Jadi , aku terus update blog cam biasa .. Godek sana sini akhbar online dan .. Tadaaa .. Aku update dan memberi pandangan .. Hurmm.. Tapi tu la , berita yang disiarkan ada yang menyayatkan hati dan mengeramkan jiwa .. Contohnya ? Hurmm …
Di Utusan Malaysia , seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.
Tak ke bangsat sungguh manusia yang buat kerja tu ? Ini mmg cukup menakutkan terutama mereka yang di kawasan yang sunyi ataupun kawasan yang buat hal sendiri .. Kalau kawasan tu meriah , potensi nak kena samun rumah tu , mmg tipis la.. Bukan tak boleh tapi tipis laa berbanding yang sunyi sepi .. hurmm ..
Dalam artikal yang lain lak , dua penyamun bertindak kejam apabila menumbuk seorang wanita warga emas di dahinya dan menyumbat mulutnya dengan tuala mengakibatkan mangsa mati lemas dalam kejadian awal pagi ini.
Kedua-dua kes ni penyamun masuk melalui pintu dan tingkap belakang dapur .. Hurmmm .. Jadi , mulai hari ni .. korang kena pastikanlah , tingkap dan dapur tu dipertingkatkan lagi keselamatannya ..
Kalau nak cerita lagi pasal menda menda gini , jawapnya sampai ke esok tak abis .. Nak tinggal anak bini memalam pon risau gini aih ..