Memang sangat menakutkan !

by - Isnin, November 05, 2012

 

Tak tidur lagi aih.. Dari lepas subuh , aku terus buat kerja aku. Kalau Sabtu Ahad tu , mmg aku sambung tidur sampai kul 10 .. Hehehe.. Wife ada.. leh amik alih jaga Qhaliff.. Tapi hari biasa , tak leh la…

Jadi , aku terus update blog cam biasa .. Godek sana sini akhbar online dan .. Tadaaa .. Aku update dan memberi pandangan .. Hurmm.. Tapi tu la , berita yang disiarkan ada yang menyayatkan hati dan mengeramkan jiwa .. Contohnya ? Hurmm …

Di Utusan Malaysia , seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.

Tak ke bangsat sungguh manusia yang buat kerja tu ? Ini mmg cukup menakutkan terutama mereka yang di kawasan yang sunyi ataupun kawasan yang buat hal sendiri .. Kalau kawasan tu meriah , potensi nak kena samun rumah tu , mmg tipis la.. Bukan tak boleh tapi tipis laa berbanding yang sunyi sepi .. hurmm ..

Dalam artikal yang lain lak ,  dua penyamun bertindak kejam apabila menumbuk seorang wanita warga emas di dahinya dan menyumbat mulutnya dengan tuala mengakibatkan mangsa mati lemas dalam kejadian awal pagi ini.

Kedua-dua kes ni penyamun masuk melalui pintu dan tingkap belakang dapur .. Hurmmm .. Jadi , mulai hari ni .. korang kena pastikanlah , tingkap dan dapur tu dipertingkatkan lagi keselamatannya ..

Kalau nak cerita lagi pasal menda menda gini , jawapnya sampai ke esok tak abis .. Nak tinggal anak bini memalam pon risau gini aih ..

You May Also Like

7 comments

  1. sekarang ni, dimana-mana sahaja ada bahayanya.. adoi..

    BalasPadam
  2. Kejamnya.... Bertambah lah kerja polis... Sebab tu kes2 yg profil rendah macam kes kete Ain hilang ari tu "Dikemas Untuk Disimpan Sehingga Perkembangan Yang Terbaru" - Camtulah ayat dalam surat polis yang Ain dapat Sabtu lepas.

    BalasPadam
  3. Yang samun sampai nak pegi bunuh dorang tu apasal... Memang lahanat betul la dorang ni.

    BalasPadam
  4. mmg menakutkan.. simpati betul dengan mangsa..mesti isteri dia tu trauma seumur hidup..

    BalasPadam
  5. Astagfirullah..bab samun2 ni yg saya seram sangat ni.nauzubilahiminzalik

    BalasPadam
  6. nape makin x takot penyamun skarang ni.. dah jd macam ni pon undang2 still mcm apa.. dibiarkan sgt penyamun ni.. eee geram..

    BalasPadam
  7. Ada dengar ceramah ustz ismail kamus.. Ustaz sarankn kte sllu bca "Allahumma antassalam, waminkassalam.......tabaroktarobbana wata'alaik...". Doa supaya sentiasa selamat. Contohnya...jika naik kenderaan, pas bc doa naik kenderaan @ bc bismillah...sambung dgn doa "Allahumma antassalam..." ni.. Kita sentiasa berhati2, tp Allah yg akn selamatkan kita. Cthnya org nk lintas jln baca bismillah & berhati2 semasa lintas jln,tp dah lintas jln lepas, boleh pulak kereta yg terbabas langgar org tu.. Sama jg kes kita dh psg alat safety kat rumah then sempat jg penyamun menyelinap masuk rumah kita.. Alat safety & sntiasa berjaga2 adalah usaha..Doa ni pulak supaya kita minta selamat di samping kita berusaha/berjaga2 ni.. So, dgn doa ni, di mana jua kita selamat dlm lindungan ALLAH..
    Moga bermanfaat utk semua..:)

    BalasPadam