6 Set LEGO–FERRARI idaman ramai …

by - Rabu, November 28, 2012

 

clip_image002

Kumpul je tak guna kan kalau tak tau apa jenisnya kan kan ? Heheh .. Jom baca sedikit mengenai kereta LEGO-FERRARI yang korang kumpul tu ..

  •  Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.
  •  Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.

  • Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.
  • Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.
  • Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.

  • Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.

Amacam ? Menarik ? Heheh ..

You May Also Like

4 comments