Berhenti di RNR Gua Musang yang baru tu .. aku lupa dah apa nama dia .. Malas nak ingat sbb tak masuk exam untuk Lesen Kapal Terbang aku ..
Solat dah .. Makan jap .. Sapa nak makan dulu ?? Aku ? Wife ? Sapa nak jaga Qhaliff ? Tak kira sapa dulu, masa yang diperuntukkan cumalah 5 minit ! Sebabnya ? Qhaliff dah bijak nak melarikan diri dari dukungan ! Nak tak nak , bukan boleh kunyah dah .. kena telan je makanan tu .. Takde istilah nak menikmati makanan dah skang ni .. Bukan ngeluh , saja habaq kat korang ..
Bayangkan bila dah boleh berjalan n berlari ? Aku tak yah gi gym dah .. kuruuusss !
Ok.. sambung perjalanan ke Kok Lanas ..
Sebab apa ?? Sebab pakai telekung ni ke ?? Tak lerrr …
Sebab dapat port baru untuk melepak ! Adehhh .. Abis dok ketuk ketuk .. Tapi tak la seteruk dulu sbb dia tak leh nak berdiri kat situ.. heeeee … leh ketuk ketuk jer ..
Harijadi makcik aku dan ayah aku disambut serentak oleh adik beradik aku dan juga anak anak makcik aku.. Berapa banyak aku daaa ..
Kesempatan menghadiri perkahwinan sepupu aku di Gombak sememangnya memberikan segala kesempatan ini untuk mengumpulkan semua adik beradik terdekat , di rumah baru aku .. heee..
Terima kasih kerana sudi hadir… Memang best sbb aku bedal nasi lemak sampai 4 bungkus .. Ayam goreng KFC tidak menarik minat aku kerana … aku diet abisan ari tu .. bila nampak nasi lemak , hancurrr..
Dan hari ni , kejap lagi … balik Kelantan lak .. hee.. Doakan keselamatan kami yer.. Terima kasih kerana sudi pembaca , rakan setia di blog ini …
Wowww ! Tu je aku leh kata .. Nampak dalam gambar , cam biasa biasa jer .. Tapi bila dah siap ?? Tu diaaaa …
Mula-mula … heee… kosong je ..
Kebersihan rumah tetap mereka jaga .. Bagus , bagus ..
Kerjasama serta ketelitian yang menarik minat aku .. Memang teliti laa..
Dan akhirnya ….
Amacam ? Tertarik ? Harganya jauh lebih murah dari IKEA yang aku tengok ari tu .. Harga termasuk pemasangan dan penghantaran ! Ikea yg aku tengok ari tu , lain lain woooo ..
Untuk mereka yang berminat untuk ubahsuai rumah , nak tambah perabut , atau apa saja la melibatkan rumah korang , sila hubungi En.Ayie di :
125 & 126, Jalan Nilai 3/14,
Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
email : ayie@perabut-unggul.com / www.perabut-unggul.com
Kalau korang tanya aku , puashati tak ? Terus terang .. aku puashati ! Kita tanya mereka jawab.. Mereka bincang dan beri pendapat ! Terbaik ! Sangat bekerjasama ..
Puashati !!
“ Tak pe.. atuk ada .. Gi pukul pak ngah tuuu .. “..
Terkedu aku .. walaupun mungkin dia nak bagi tunjuk ajarku sifu pada cucu dia yang berjalan pon masih terhoyong hayang tu ,untuk menjadikannya lelaki kental .. itu bukan caranya ! Kena tau mana satu untuk bermain dan mana satu perlu dihormati ..
Bila bersuara , terasa pulak orang tua tu .. Diam , jadi mengarut.. Dah tu nak kata apa ? Bila terjadi gini , ayah sendiri pun tak leh kata apa sbb tu ayah mertua . Kalau ayah sendiri , ok gak .. Leh jer cakap ..
Hurm.. tah laa.. Nak ajar , baik ajar yang baik baik .. Tak semestinya pukul orang mampu membuatkan anak cucu kita berjiwa Hulk Hogan !
Perghh .. mmg nampak melecehkan dan sememangnya aku tak mampu wat kerja kerja gini .. Walaupun aku minat dalam bidang interior ni tapi .. hehe.. kurang sabar skit ..
OK.. siap dah backdrop dia.. Pasni nak pasang untuk bahagian bahagian lain la.. heeeee… tungguuuuu ….
Dan ada tetamu pagi ni .. Orang jauh dari Kedah .. heee ..
Tajaan Perabut Unggul Sdn Bhd… Seperti yang pernah aku ceritakan dulu , akhirnya dah menjadi kenyataan. Wakil dari Perabut Unggul , En.Ayie dan pekerja Perabut Unggul sampai tepat pada waktunya.. Janji kul 10 pagi tapi sampai 9.30 pagi ..heeee.. Awal ..
Dan pemasangan bermula .. Ops , tarikh di gambar ni sila abaikan yer .. heeee ..
Dan pemasangan pun bermula … Menurut ketua pemasangan , mungkin pemasangan memakan masa selama 2 jam .. huuu … Lama gak eh ? Yelah , melibatkan pendawaian elektrik gak.. Bukan pasang macam pasang almari tu je …
Camana rupa selepas siap ? Tungguuuu selepas ini !!
Hurm.. Aku tahu .. Aku faham .. Bila pasangan dah lama menikah tapi belum ada apa apa rezeki .. Maksudnya ialah buah hati cinta .. Hurm.. Sabarlah ..
Aku dan wife dulu .. lebih kurang 3 tahun gak la menunggu .. 3 tahun ke ? Ke 2 tahun ? Lebih kurang gitu laa .. Semuanya boleh korang baca dalam blog ni .. Aku dah luahkan segalanya termasuk segala usaha dilakukan ..
Sekadar satu nasihat . Buat mereka yang dah menikah lebih 6 bulan tapi belum ada apa apa tanda , sila rujuk pada pakar .. Jangan kisahkan soal duit .. Rujuk dan dapatkan nasihat dulu .. Duit , bila dah jumpa punca .. baru start pening .. kalau ada duit , lagi senang kan ?
Jangan tunggu bertahun baru nak rujuk. Memang benar ada yang usahakan cara tradisional tapi apa salahnya cuba yang moden gak kan ? Jangan ego dan jangan segan ..
Dan paling penting , jaga emosi ..
Tak lama lagi , nak masuk setahun.. Bulan April.. Yeke April ? Sat nak cari MyKid Qhaliff …
Haaa.. confirm.. 2/4/2012 dia lahir .. Kena buat alarm 10 kali ni.. Kalau tak confirm aku lupa .. Huhu.. Aku mmg lemah bab angka ni .. Susah nak ingat kecuali kalau orang hutang aku .. Tang tu aku ingat ! Setakat ni , alhamdulillah .. orang yang hutang aku semua tak bayar sbb tak de sapa yang nak pinjam dari aku yang takde duit ni.. heee..
Aku dok ingat laaa Qhaliff macam mula mula lahir.. Kiranya belum mampu berfikir lagi .. tapi aku selalu tersilap.. Semalam , sewaktu bermain kejar kejar dengan dia .. dia lagi bijak dari aku .. Aku merangkak bagi dia kejar aku .. Dia merangkak kejar aku dan aku merangkak mengelilingi playpen tu haaa.. Sambil menyorokkan diri.
Aku berenti .. dia berenti .. aku diam .. Dalam perlahan aku merangkak berlawanan arah ! Dia pun buat begitu ! Hahahahhaha.. Aku tak sangka dia boleh pk gitu ..
Best part ! Dia bosan dok ikut aku , dia terus masuk ke dalam playpen tu haaa .. ikut shortcut untuk ‘dapatkan’ aku ! Aku gelak besar.. Dia pun ikut gelak.. Amboi.. cam tau tau jeeee..
Patutlah kita , anak kecil pada ibu bapa kita sampai bila bila. Mereka belum boleh lepaskan kita kerana beranggan kita masih kecil walaupun tak sepatutnya begitu ..
Hurmm .. bayangkan mak ayah yang ‘dibuang’ anak mereka setelah berjaya menjadi manusia berpangkat mahupun berharta .. Haih ..
Gara-gara permohonan BR1M dibuka sehingga Mac ( kot ) dan saman AES kecoh semula ( paksa bayar walaupun tak perlu bayar ) , aku tekad .. Tekadkan diri dan tolak tepi segala perasaan bersalah kerana geram dengan kamera AES yang tak hapa hapa tu ( confirm ilang satu undi )..
Aku gi ke https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk daftar .. Isi punya isi punya isi .. sampai part no ic isteri .. Aku whatsapp wife bertanyakan no ic dia ..
Dia bagi pastu tanya wat per .. Aku kata la aku nak apply BR1M walaupun tau takkan lepas .. Aku pelik lak dia tanya semacam jer.. Rupanya .. dia risau aku nak isi borang nikah lagi .. Heeeee …
Apadaaaa .. Kalau nak isi borang nikah , tak yah mintak direct .. Cari je kat kad kad sedia ada dalam wallet aku ni.. Lesen memandu yang dah expired pon ada haa.. Tak yah susahkan diri .. hahaaha..
Ok , sambung.. Bila dah isi semua.. Sampai part gaji .. Tadaaaa.. “ Anda tidak layak !! “.. Hahahaha ..
Perlukah aku berbohong untuk RM500 itu ? ALLAH nampak !
Tayang je kamera kat dia , automatik senyum .. Tak tau la dia ikut sapa .. Nak kata ikut aku , hampeh aku nak senyum depan kamera .. Kena paksa pun susah aaaa.. Keras je gitu .. huhu ..
Comel cam daddy dia je kan ? Lalalalala … Ok , nak g gymm .. nak kasi tambah lagi comel .. heeee …
Pagi tadi dengar berita kat SURIA FM .. Kata pembaca berita tu , saman AES tetap kena bayar walaupun prosiding mahkamah masih dibekukan .. Waduhh.. Camana tuu ???
Sampai rumah mak aku , terus aku bukak page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR dan baca status terkini .. ada tak ? Hurmmm
“ Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Ada lebih kurang 100 email yang belum dijawab... Kebanyakannya berkaitan perlu hadir atau tidak ke Mahkamah... Jadi kami ingin maklumkan bahawa semua saman AES tak perlu ke Mahkamah kerana telah dibekukan dari dibawa ke Mahkamah oleh Peguam Negara.. selagi tiada sebarang pengumuman berkaitan penarikan balik pembekuan oleh Peguam Negara maka semua penerima saman AES tak perlu ke Mahkamah. Saman ialah perintah ke Mahkamah, bukan perintah untuk bayar denda.
Jadi Saman tidak perlu dibayar. Ada yang mengatakan bahawa perlu ke Mahkamah untuk merekodkan kehadiran - itu hanyalah sandiwara JPJ sahaja krn jika anda tidak hadir pun tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh JPJ krn Saman AES tidak dibacakan di dalam Mahkamah. Jadi kami nasihatkan supaya tidak perlu ke Mahkamah. Jika kompaun dalam Saman AES tidak dibayar sekali pun, JPJ tidak boleh menghalang transaksi samada pembaharuan lesen kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu... “ ..
Tensen kan ? Hurmm .. Berkali dah aku up pasal ni di blog . Bukan apa , kalau laju sekali pun .. berhati perut la skit .. Bukan terus bagi RM300 !! Giler ke apa .. kalau satu saman tu , boleh la gak .tapi kalau tak sampai sebulan dapat 2 saman , tu mengarut laaa.. bukannya bawak Ferrari pon … Laju mana sangat laaa boleh gi kat Putrajaya dengan jalan yang tak bengkang bengkok dan tak comel tu .. haihhh ..
Dan peliknya , papan besar tapi kameranya mana ? Jap ada jap takde ?
Bagi 500 amik 300 .. ni yg buat aku nak daftar BRIM ni ..
-Entri iklan ini disediakan oleh pengiklan sendiri-
Soalan yang sering ditanya oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak:
Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti ALSD2 selamat untuk ibu yang menyusukan?
Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan.
Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana.
Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.
Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun.
Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.
Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.
Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil ALSD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebih kurang 100g karbohidrat sehari.
Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-
Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.
Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.
Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila menggunakan ALSD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.
Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet ALSD2, ramai yg risau kadar protein yang terlalu tinggi akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protein di dalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protein yang cukup iaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protein, tidak seperti zat makanan yang lain, ia tidak boleh disimpan di dalam badan ibu.
Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil ALSD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.
Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet ALSD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan.
Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.
Berminat PM/SMS/Whatsup 019-4511649
http://www.facebook.com/teratakniagaku
Sama tapi tak serupa ? Ke serupa ? Hehehehe .. Best part ? Cer tengok tangan Qhaliff.. Hahahaha .. Dia mmg akan pegang kat situ sehinggalah dia rasa dia selamat duduk atas kerusi atau mana mana tempat yang dia dilandingkan ! Hahahahah ..
Biar rupa cam bapak .. jangan ikut perangai bapak .. contohi perangai Rasulullah s.a.w .. Ok, Qhaliff ?