Mana satu betul ? Saman AES ??

by - Jumaat, Februari 08, 2013

 

Pagi tadi dengar berita kat SURIA FM .. Kata pembaca berita tu , saman AES tetap kena bayar walaupun prosiding mahkamah masih dibekukan .. Waduhh.. Camana tuu ???

Sampai rumah mak aku , terus aku bukak page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR dan baca status terkini .. ada tak ? Hurmmm

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Ada lebih kurang 100 email yang belum dijawab... Kebanyakannya berkaitan perlu hadir atau tidak ke Mahkamah... Jadi kami ingin maklumkan bahawa semua saman AES tak perlu ke Mahkamah kerana telah dibekukan dari dibawa ke Mahkamah oleh Peguam Negara.. selagi tiada sebarang pengumuman berkaitan penarikan balik pembekuan oleh Peguam Negara maka semua penerima saman AES tak perlu ke Mahkamah. Saman ialah perintah ke Mahkamah, bukan perintah untuk bayar denda.

Jadi Saman tidak perlu dibayar. Ada yang mengatakan bahawa perlu ke Mahkamah untuk merekodkan kehadiran - itu hanyalah sandiwara JPJ sahaja krn jika anda tidak hadir pun tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh JPJ krn Saman AES tidak dibacakan di dalam Mahkamah. Jadi kami nasihatkan supaya tidak perlu ke Mahkamah. Jika kompaun dalam Saman AES tidak dibayar sekali pun, JPJ tidak boleh menghalang transaksi samada pembaharuan lesen kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu... “ ..

Tensen kan ?  Hurmm .. Berkali dah aku up pasal ni di blog . Bukan apa , kalau laju sekali pun .. berhati perut la skit .. Bukan terus bagi RM300 !! Giler ke apa .. kalau satu saman tu , boleh la gak .tapi kalau tak sampai sebulan dapat 2 saman , tu mengarut laaa.. bukannya bawak Ferrari pon … Laju mana sangat laaa boleh gi kat Putrajaya dengan jalan yang tak bengkang bengkok dan tak comel tu .. haihhh ..

Dan peliknya , papan besar tapi kameranya mana ? Jap ada jap takde ?

Bagi 500 amik 300 .. ni yg buat aku nak daftar BRIM ni ..

You May Also Like

9 comments

  1. saya pun pernah kena. masa tu otw dari melaka. kuar kt sg besi. time subuh2 gajah kalau bwk kurang dari had laju yg diorg tetapkan, mmg ke laut la jawabnye. siyes, mcm x masuk akal. bwk slow2 confirm la mengantok, lg mengundang bahaya kalau kita dok ting tong ke kiri kanan. huhuhu

    BalasPadam
  2. daftar je BR1M tu. dah doran bagi, ambil je.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    BalasPadam
  3. sistemnya masih kabur2 lagi.tp kat tv bukan main hebat iklannya...utk keselamatan kononnya.mungkin ada baiknya, tapi kalau saman 300 memg tak patutla.300 tu boleh makan seminggu.kesianla kt penduduk msia.asyek kena 'cekau' je.sy nk mintak br1m pun tak layak.huhu~

    BalasPadam
  4. saya pon dah kena baru2 ni kat area sg besi tuh..tp yg muskil nye saya bawak 80 je kt depan kamera tuh..tapi still kena snap jugk..kelip-kelip je AES tu... pada masa sama tgh pegang HP..pegang je pon bukan taip..AES ni mende sebnarnye? sume dia nak snap.. da la BR1m tu tak layak nak apply =_="

    BalasPadam
  5. Bro sy baru kene tembak dgn jpj tgh hr smlm kat area bro kene gak putrajaya. Arah ke kajang. Jpj duk bwh fly over yg ke alamanda. tggu mangsa. Selama ni duk tgk kiri kanan mn la kameranye.signboard sebesar alam.Agak2 nk bayar ke?

    BalasPadam
  6. @Muhammad Nizam Shaharuddin bro,samela.. sy pun kena mgu lepas tmpt yg sama.. limit 80. sy bwk 94. tadela laju mana pun.. tup2 dpt surat saman.. 300 plak tu..adooii

    BalasPadam
  7. Mr bro..

    Saya nak tanya pengalaman ar...pasal AES..
    patutkah bayar ke?
    betol ke lau xbayar roadtax pon xakan dpt dibayar?
    Saya tgh buntu ni....
    1/7/2013 dorg pggl suruh hadirkan diri ke mahkamah..tu pe cter...
    boleh ulas sikit x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk pe.. gi .. nanti kat mahkamah buat rayuan . Dr apa yg saya tau prosiding mahkamah ditangguhkan .. tp utk kepastian , gi je .. dr buta buta byr gitu je ..

      Fyi , saya sendiri akan gi gak nanti .. hehe..

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam