Nyaris mati nafsu !

by - Khamis, Februari 21, 2013

 

Aku gi Low Yatt semalam untuk amik handphone aku .. Ada insiden yang nyaris membuatkan aku mati nafsu untuk guna handphone tu ! hurmm ..

Parking kereta di basement Low Yatt Plaza seawal pagi untuk elakkan terpusing pusing cari parking dan terus naik ke Ground Floor. Tapi sewaktu berjalan tu , aku terdengar sesuatu jatuh !

Aku harap harap bukan apa yang aku sangkakan ! Tolonglaahh jangan ‘menda’ tu.. Tapi naluri berkata , menda tu sbb bunyinya halus jer !

Aku bukak bungkusan yang berisi casing hp aku dan dalam tu ada acknowledgement letter yg perlu aku bawa untuk dapatkan kembali hp aku .. Di dalam tu juga ada sim kad broadband celcom aku ! Dah la sim tu dipotong kecik ! Pasti susah nk carik punya ..

Yup .. mmg sim tu jatuh ! Jatuh kat mana pun tak tau .. Orang semakin berduyun datang .. Takkan aku nak tahan sorang sorang untuk elakkan dari orang tu sepak atau pijak ! Arghhh ..

Dalam kepala aku dah set ..

  1. Call wife dan mintak dia tolong tengokkan mungkin aku terjatuhkan di rumah .
  2. Kalau betul jatuh , aku perlu gi Celcom segera dan wife perlu batalkan terlebih dahulu sim . Seterusnya kena dapatkan sim baru .. Pastinya melecehkan dan makan masa ! Aku tak sabar nak guna dah hp tu ..
  3. Beli je la prepaid yang baru. Abis cerita !

Tapi aku tamooooo .. Aku nak gak sim tu ! Aku ulang mencarinya 3 kali sambil berdoa pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya ..

Alhamdulillah .. Hati aku berbunga kembali ! Bayangkan microcip yang di sim kad korang tu jatuh atas lantai berwarna putih ! Haaa.. Dah la Celcom pun belakang kad tu warna putih.

Legaaaaa sangat sangat sangatttt …

You May Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah jumpa juga. Tapi nak share ni,skrg kalu batalkan simcard celcom, pergi celcom centre, dpt sim baru on the spot (haritu pergi branch kajang, tak yah ambil no giliran.cuma isi borang, hantar je kaunter pertanyaan, dapat sim. Kemudian,lepas 30minit, terus bole guna.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Hebat blog tuan...saya sedang kumpulkan smua blog2 hebat utk diletak pada satu paparan yang mudah dan shakiddo antara yang terbaik dan di letakkan dalam bahagian personal blog.

    Boleh lihat di http://bagaimana.com.my/popular/personal/

    Jika tidak ingin disenaraikan beritahu sy ye supaye saya boleh remove.

    Time Kasih ye Tuan.

    BalasPadam
  3. fuh nasib baik.. kalo tak satu keje lg nak kena buat,,

    BalasPadam
  4. syukur2.. pernah mengalami gak situasi seperti ini

    BalasPadam
  5. Kalo dah jodoh tak kemana... hehehe.... sib baik jumpakan...

    BalasPadam
  6. salam abg ben..suspen..igatkan nafsu ape td.ehhhhh..

    mmg panik kalo simkad ilang woo...

    BalasPadam
  7. suspen betul... nasib baik jumpe.. hehehe

    BalasPadam
  8. hilang sim x pe lagi abg ben...kalo hilang sim dgn hp sekali mcm sy lagi haru...sebak giler...huhuuhu...

    BalasPadam
  9. as salam bro. kalo aku jadi ko, terus aku sujud syukur time tu gak. kita tidak akan tahu nilai sesuatu sehingga kita kehilangannya. lagi kecik mende tu macam cips, lagi le susah nak dapat balik, lagi berharga! toksah le beli /ganti baru, pasti tak sama. ada rasa camtu?

    BalasPadam
  10. syukur gak jumpa balik , kelmarin saya nak makan cendol pulut , baru nak buka masukkan dalam mangkuk , terjatuh bersepai atas lantai , mmg takde rezki

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah....
    Jumpa jugak....
    BA, sekarang ni AJ pulak yang mati kutu hp rosak... huhuhu..

    BalasPadam