Aku terpaksa akui ..

by - Isnin, Februari 18, 2013

 

Aku cium pipi Qhaliff .. Dia pandang aku dan kembali lakukan pada aku , sebagaimana aku buat pada dia tadi ! Terharu sungguh .. Baru aku tau camana perasaan anak cium pipi ayahnya .. Huhu.. Nampak kecil tapi impaknya sangat besar !

Walaupun baru nak menjengah 11 bulan tapi aku rasa dia dah seolah .. hurmmm .. Bijak .. Kang aku puji , korang kata aku puji melambung pulak . Tapi sebagai bapak dia yang dok dengan dia sejak lahir dan jaga dia hingga kini , segala perubahan dia aku nampak tapi aku tetap anggap dia cam bayi 1 bulan !

Dia merangkan ke tv konsol ni .. Dia main main kat ruang kosong tu hingga dia pastikan aku biarkan dia ! Kemudian dengan pantas dia ketuk ketuk decoder Astro tu , dengan sekuat hati dia ! Hahahaha .. Geram aku aihhh ..

Ni port dia yang perlu aku beri perhatian. Dia cukup geram dengan kabel tv dan astro ni .. Merbahya ! Langsung tak leh tinggalkan dia sendirian ..

Dan terbaru yang memeranjatkan aku dan wife , dia dah boleh panjat sofa dan bergerak dari satu sofa ke sofa yang lain .. Kira merangkak atas sofa tu laa !

Ada video dia yang aku amik ketika usaha dia nak memanjat ni .. Memang berkali kali dia usaha.. Hahahahha.. Siann.. Sampai mengeluh jugak laa .. Tapi dasyatnya , dia usaha lagi hingga berjaya naik dan terpampang wajah bangga dia ketika itu ! Hahahaha.. Adoiii.. abis aku nanti ! Jenis ni , kalau nak .. dia usaha sampai dapat .. hurmm ..

Aku terpaksa akui … dia dah besar .. Skang dah nak belajar berjalan dengan aku pimpin sebelah tangan .. Cuma lom ada gigi tapi dah mula koyak roti sendiri dah ..

Cepat masa berlalu .. Kita semakin tua ..

You May Also Like

16 comments

  1. cepatnya qhaliff belajar...alhamdulillah...jadi budak baik ye qhaliff...nanti pindah KL nak jumpa qhaliff selalu...

    BalasPadam
  2. comel, ben kena buat video lah pulak, nak tengok gak telatah dia,
    letak gambar je tok rok~~

    BalasPadam
  3. Follow saya yaaa :)
    www.ohakupendek.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Gigih Qhaliff ni...
    Tak mudah putus asa..... =D

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, cergas dan cerdas Qhaliff..badan pun montel ja tengok..

    BalasPadam
  6. mmg kita akan impress dgn kebijaksanaan dan kebolehan ank kita sbb sebelum ni kita tak pernah pun tahu sejauh mana tahap perkembangan budak dan sejauh mana kepantasan otak diorang ni... gua sendiri terkejut dgn ank gua sbb mcm bro jugak laa.. rs mcm diorang terlalu bijak dan cpt sgt blajar...

    BalasPadam
  7. Daddy dah macam paparazi sebab amik gambar dr belakang heheheh....
    Seronok kan tengok anak membesar depan mata...

    BalasPadam
  8. hehehe..first kiss yg bermakna =)

    BalasPadam
  9. ibu bapa adalah role model anak2..anak2 pula sepaerti alatan pengimbas..jadi ibu bapa perlu telus dan tulus..comel acuannya maka cun la jadinya..Qhaliff semakin bijak.. :)

    BalasPadam
  10. dah nak masuk setahun.. cpt betul masa.. tak sabar nak dapat feel tu bro..

    BalasPadam
  11. tak sabar nak rasa pengalaman macam ni jugak . tapi lambat lagi huhu

    BalasPadam
  12. Bila anak cium pipi kita, mmg lain sungguh feeling dia. Rasa mcm nk lagi n lagi pulaak. Hehhee.

    BalasPadam