FAM patut ada team sendiri !

by - Khamis, Februari 21, 2013

 

Serius .. Meluat aku baca 3 artikal sukan bolasepak yang melibatkan FAM .. Perghhh .. Apa la nak jadi ngan sukan bolasepak negara kita ni ?

Kalau orang kata kita tak leh gi mana mana dengan bolasepak , tapi peliknya pasukan negara yang bawah 18 tahun dari dulu hingga sekarang cemerlang dalam dan luar negara . Tapi bila dah ‘besar’ , hancur lebur ! Lebur weh ! Kenapa ? Hanya FAM ada jawapannya ..

Kemudian , kes kes terkini yang melibatkan FAM dan keputusan yang diambil mereka , sangatlah menepukan dahi aku sendiri ! Tak masuk dek akal dan mengarut gila ! Macam budak sekolah takbir persatuan. Rasanya budak sekolah lagi bagus ..

Bila rakyat kembali memberi kepercayaan pada sukan bolasepak negara , inilah pulak ragamnya .. Haihh .. Macam macam laaa .. Kang tak sokong , kata tak bagi moral support laaa ..

Apakah aku juga akan disaman atau didenda FAM kerana kritikan terbuka? Dilarang memasuki stadium seumur hidup ?? Atau tak leh tengok mana mana pertandingan melibatkan pasukan negara ? Atau nak saman aku berpuluh ribu ? Ekekeke ..  Lawak la . Bikin malu persatuan !

Oh ya, seumur hidup aku masuk stadium .. sekali jer .. Hehehe …  Pastu selebihnya tgk tv dan baca paper .. Dan join gossip gossip liar di kedai nasi ayam kukus ..

Apa kata FAM tubuh pasukan sendiri , guna duit sendiri .. cari penaja ke .. Tak kisah la .. Asal bukan duit rakyat … Pastu .. Sukahati la nak buat apa pun … Duit anda , anda uruskan sendiri .. Dan namakan FAM ( M ) SDN BHD …

FAM … sebelum stadium kembali kosong , lebih baik bubar pentadbiran dan buat lantikan baru .. Terutama coach yang asik asik dok test power tapi pasukan negara lain dah jauh meninggalkan kita.. Tunggu nak bagus , jawabnya rambut aku sama color dengan coach tu laaa .. Tapi hensem apa.. Cam Richard Gere la pulak aku nanti..

You May Also Like

5 comments

  1. Richard gere memang hensem! #eh haha

    BalasPadam
  2. memang nampak sangat FAM yang menjahamankan bola sepak kat Malaysia ni...

    BalasPadam
  3. FAM memang persatuan untuk kroni-kroni sajer.

    BalasPadam
  4. bola kat negara kita ni masih takuk lama

    http://www.araublogger.com/

    BalasPadam
  5. FAM mmg mcm budak2. langsung dah xprofesional..mmg elok bt pelantikan br demi bola sepak Negara..

    BalasPadam