PERTANDINGAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

by - Jumaat, Februari 22, 2013

 

PERTANDINGAN BINTANG (NYANYIAN) SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013.

Adakah anda berumur 18 tahun ke atas  dan wargenegara Malaysia? Datanglah ke Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay untuk Ujibakat Pertandingan Bintang (Nyanyian).  Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat seni yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sambil memeriahkan sambutan ke-11 Hari Kraf Kebangsaan.

Anda tiada masa? Jangan risau… Waktu uji bakat boleh pilih antara 1, 2 atau 3 Mac 2013 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Hadiah lumayan menanti anda.

Tempat Pertama  : RM3,000.00
Tempat Kedua     : RM2,000.00
Tempat Ketiga     : RM1,000.00
Sagu Hati            : RM500.00 X 5 pemenang

Yuran penyertaan? PERCUMA! Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.

Jom datang untuk tunjukkan bakat nyanyian anda!

Borang Penyertaan Karaoke

You May Also Like

5 comments

  1. Salam abg Ben. Kenapa blog Lyssa tak boleh buka?

    BalasPadam
  2. terbaik la abg ben cover aku nye jabatan hehe

    aku dah pass borang kat boni x tau dia join ke x katanya busy bebenor

    BalasPadam