Kalut punya pasal ! Nak approve tapi tertekan remove .. Haihh.. Abis 100 komen berkualiti begitu saja .. Nak undo tak leh dah .. Telan air liur je laaaa .. Grrr ..
Maaf yer .. Aku bukan sengaja tapi segalanya kerana kecuaian sendiri .. huhu ..
Kalut punya pasal ! Nak approve tapi tertekan remove .. Haihh.. Abis 100 komen berkualiti begitu saja .. Nak undo tak leh dah .. Telan air liur je laaaa .. Grrr ..
Maaf yer .. Aku bukan sengaja tapi segalanya kerana kecuaian sendiri .. huhu ..
Dah 10 kg .. Sakit hari tu tambah dok cirit birit kesan dari alergik .. hurmm .. Ilang skit pipi dia tp comel tetap ada cam daddy , kan .. kannnnnn ...heeee..
Alergik apa ? Aku rasa dah tau apa punca ..Nasib baik cepat bertindak dgn bwk g check doktor ..
Tolong jgn biar melarat , baru nak gi klinik yer anak kita tu .. Sian diorg ..lebih lagi yg belum reti cakap ..
Awal pagi td ,Qhaliff di tidur atas lantai..Bila check , rupanya dia berak ..hurmm pandai pulak dia buat gitu .. kalau tak mmg abis tilam .. Lantai mmg ada kesan .. Waktu tu wife kt dapur dok siapkan makan dia .. aku tidur sblh Qhaliff .. tak sedar .. huhu ..
Alergik dah makin surut .. Aktif mmg seperti biasa.. Yang ada penambahan ialah bila berjalan terkedek kedek tu , nak usung barang !!!
Part ni mmg kena follow .. risau gak tersembam .. Setakat ni ok la .. Dan yg tak tahan , air botol minuman yg berat tu pon nk gak usung ke hulu ke hilir ..
Heee.. kalau dia tak main kat tv tu kan ...sampai ke sudah aku tak tau kat tv ada butang kecil utk off dan juga tukar cenel !!!
Heeee..betullah ,budak ni suka explore tp mcm saintis gak laa .. setiap explore tu pasti mengorbankan sesuatu .. heeee..
Jangan lingkup tv udah la ..
Pukul 7 pagi ..
“ Bang , lapar … Gi beli nasi .. “. Wife aku kejut aku..
Aku terjaga .. Menguap.. 3 minggu lepas kan , waktu waktu gini kan , aku dah sampai gym kat KBS tu .. Haaa.. Tidur 3-4 jam dah cukup .. Tapi sekarang ?
Ini bukan kali pertama berlaku pada aku. Sewaktu wife mengandungkan Qhaliff , aku mmg jadi sangat mengantuk tak pasal pasal ! Pelik tapi benar !
Semalam , aku tidur awal .. Bangun pun masih mengantuk ! Kalau wife tak mengandung , aku senang giler bangun tidur.. Tidur lewat gak ..
Pelik ? Pembawakan budak kata orang . Ke alasan aku malas nak gi beli makanan ? Ehhhh .. Tak baekk tauu .. Aku bangun dan gi beli gak wooo ..
Hurm .. dia tau dia tak sihat .. tapi skit pun dia tak buat karenah .. Dia wat biasa jer .. Kalau kentut ,confirm tercirit .. Pastu wat muka kesian .. hurmm ..
Anak ini penyeri hidup kita. Cuma kita perlu lebih berhati hati agar tidak leka kerana anak .
-iklan-
Mulakan business anda sendiri dari rumah.
Modal permulaan serendah RM2000. Konsep franchais.
Tak perlu kedai. Berniaga online, at least 2 jam sehari.
Free training & coaching.
Produk Garam Buluh. Mempunyai pelbagai khasiat.Sesuai untuk seisi keluarga. Membantu memulihkan penyakit yang biasa dihidapi rakyat Malaysia
Free business preview.
Limited 10 pax per session.
Book your spot.
Contact Waney Zainuddin 013-6613197
Alhamdulillah .. pergi Klinik Maria td .. er , ke Klinik Annur ? Kat Presint Diplomatik.. Rasanya dah tukar milik kan ? Sbb ada carta organisasi dlm klinik tu.. Maaf la kalau salah .. hee ..
Doktor tu check dan tanya mcm mcm sambil check .. Katanya mmg alergik cuma tak tau puncanya ..
Dia kasi ubat gatal dan sapu .. Dan selepas mandi tadi , sapu dan kasi ubat .. Alhamdulillah .. mmg surut .. Dia kata lg kalau byk keluar tu , biasa la .. nanti turun dan hilang la tu ..
Tgk malam kang camana ..
Plan nak gi jumpa Doktor Maria jap lagi .. Semalam , naik balik merah merah. . Aku rasa mmg alergik .. Sabun pakaian dia tak pernah berubah .. Sabun pakaian mak ayah dia yang tukar. . Ada kaitan mungkin ?
Sian lak tgk dia smlm.. Haaa..cirit birit satu hal lagi. .hurmm.. Kalau teruk kata doktor , mintak refer terus hospital.
Doktor kat klinik swasta kata hama yg mungkin berpunca dari cadar , bantal , karpet yg mana Qhaliff buat tidur atau guling guling dan mula merebak ..
Kesan awalnya , di badan bhgn depan .. Dan selepas sapu ubat dan losyen Seba Med ,depan ilang , tp kat tangan dan kaki lak naiknya..hurmm ..
Tadi gi jumpa doktor klinik kerajaan lak .. Dia kata mungkin alergik tapi Qhaliff tak tunjuk tanda tanda yg dia alergik seperti demam , sukar bernafas dan sebagainya ..
Kedua dua doktor kasi ubat sapu .. Cadar mmg kerap tukar tp aku syak dari toto .. hurmm .. Dan ada kurang ..
Baru-baru ni aku dan sorang lagi kawan blogger gi ke Dewan Filharmonik yang terletak di KLCC untuk menikmati satu kelainan bagi diri aku dan kawan aku tu .. heeee .. Lain tapi tidak asing bagi diri aku kerana aku mmg lama dah minat dengan irama orchestra ni .. Cuma bagi aku ketika tu , irama ni hanya mampu dilayan oleh mereka yang berada ni ..
Tapi malam itu , segalanya berubah ! Wow !! Harga tiket , sememangnya mampu dibeli jika kita benar benar inginkan sesuatu yang berlainan dan relaks .. Cam aku ni , mmg stress sangat la terutama bila fikirkan pasal blog ni .. Haaa ..
Bila aku masuk ke dalam dewan tu , 'wow' terkeluar dari mulut aku ! Sungguh mengagumkan senibinanya .. Sangat cool okeh !
Heee.. Aku datang pada mulanya dengan berkasut sukan .. Maklumlah , kasut kerja warna hitam aku tu , dah hampir 2 tahun tak pakai.. Bersawang dah .. Malas nak kiwi . Tapi , ditegur awal lagi di kaunter tiket agar menukar kasut aku tu .. hehe.. Aku okeh jer .. Memang dalam kepala nak gi beli kat situ jer selepas amik tiket .. Semata mata nak layan orchestra yang akan dipimpin oleh Zhang Yi dan nak layan bunyian piano sentuhan Beatrice Rana ! Haaa.. Rugi lepaskan segala peluang ni .. Jadi , kalau korang nak gi , sila berpakaian kemas yer .. hehehe .. Tak susah pon kan ?
Tepat 8.30 malam .. maka bermulalah segalanya dan tamat 10.30 malam .. 2 jam yang sangat sangat sangat mengubah persepsi aku pada irama orchestra ni !
Sangat menakjubkan !! Penonton yang hadir sangatlah memberikan sokongan hingga mereka memberikan tepukan tanpa berbelah bagi .. berminit lamanya okeh , mereka bertepuk !! Perghhh .. Dasat !
Dan , aku keluar dgn satu perasaan yang lain sangat .. WOW ! Rasa macam nak gi lagi !! Terbaik !!! Kalau nak tgk jadual untuk persembahan akan datang , gi ke fb.mpo.com.my ..
Masukkan bayaran makanan dan minuman dalam bekas tuu..
Kalaulah semua manusia jujur terutama ahli politik yang akan bertanding nanti .. tak kira la parti apa sekali pun , bila berceramah biarlah jujur , ikhlas dan paling penting .. kerana ALLAH..
Sayangnya ..
Last masa timbang , beratnya dah lebih 11 kg ..Dan hari Selasa hari tu , turun jadi 10++ kg ..Apakah yg berlaku ? Dia sihat dan comel .
"Jangan terpedaya dengan kecomelannya itu .. " . Tetiba teringat kartun kat Astro.. hee ..
Haaa..sambung .. Ada kata sbb dia dah mula berjalan ... Dah mula aktif .. Aku rasa pon mmg gitu la.. takde apa yg membimbangkan .. hee..
In sha Allah.. pasni bermula episod baru .. Qhaliff dan Qhalisya ? Qhalish ??
Dah boleh layan diri dah skang ! Jangan ganggu dia bermain .. Kalau ganggu , siap la dia amuk ! Dikejarnya kita okeh !!
Tak percaya eh ? Haaa.. Sat aku kasi video baek punya ..
Samaaa jee skang ni .. Dia kejar balik untuk dapatkan semula mainan yang bukan mainan tu ! Iaitu hp bapak dia dia haaa.. Kalau bukan hp , mesti nak amik cermin mata , atau benda benda yang seangkatan dengannya yang mana pastinya bukan mainan dia !
Ni tak kenal lagi kedai mainan .. Kalau kenal ? Aku kena standby topeng ultraman la gamaknya !
Terpaksa cari kereta baru yang lebih besar memandangkan skang ni kereta kecik .. Dah survey dengan rakan rakan utk dapatkan pendapat rakan rakan terutama di FB mengenai kereta yang aku nakvamik ..
Plan nak amik Exora .. Dan rakan rakan bagi pendapat mereka .. Pusing pi pusing mai dengan mengambil kira penggunaan kereta tersebut , kensel amik Exora .. Terpaksa rancang amik kereta lain ..
Dan tadi , gi la ke showroom kereta di Presint Diplomatik selepas gi klinik .. Saja saja je la nak tanya memandangkan aku ada mintak tolong beberapa orang rakan untuk menanyakan kereta yang aku nak tu ..
Dan di situ barulah aku dapat tau seperkara .. Harga kereta kita yg mereka nak tu sebenarnya bergantung pada individu yang menawarnya. Jika mereka amik rendah , mereka mampu menjualnya dengan harga tinggi skit.. Untung pada mereka .. kan ?
Jadi , di showroom tu mereka tawar harga yang lebih tinggi dari apa yang aku ditawarkan sebelum ni .. Kemudian aku tanya lagi apa yang mampu mereka berikan jika aku beli kereta dengan mereka .. Hurmm..
Setelah berpuashati , aku booking terus. Dan aku call kawan aku bagitau yang aku dah amik kereta tu. Kawan aku ok je.. Tak lama kemudian , kawan aku tu call semula.. Dia kata , ada salesman nak amik jauh lagi tinggi dari apa yang ditawarkan oleh salesman showroom tu .. ! Pulak .. Sebelum tu dia kata boleh ambik dengan harga sekian sekian je.. ADehh ..
Rajin rajin la survey sebelum buat keputusan. Segalanya di hujung jari anda.. In Sha Allah .. ada rezeki , anak anak dapat la selesa skit nanti .. Aku kesian kat anak anak je.. Barang diorang jer dah penuh. Ni nak keluar sorang lagi ni .. haaaa ..
Anak anak ? Baru nak masuk 2 .. tu pon tak tau berapa bulan dah.. hahaha .. Doakan je segalanya selamat ..