Kali pertama aku dengar nama dia sewaktu aku bekerja di Kementerian Pelancongan satu tika dulu , aku cuak .. Bakal boss aku ni berbangsa cina .. Cuak dah aku .. Tak leh la nak ngelat ! Tak leh la nak curik tulang .. Jawabnya , aku melekat je la kat kerusi aku tuuu ..
Satu hari tu , dia masuk lapor diri .. Tengok muka dia .. Adoii .. Garang giler walaupun belum berpunya .. hehe .. Masih CIK .. Cun tapi garang ! Hahahah ..
Aku terus lemah semangat nak datang keje hari berikutnya .. Padahal , aku belum pon kenal hati budi dia ! Terus dah anggap negatif !
Hari pertama dia mula bekerja .. Pintu biliknya tak ditutup .. Dia kata , sapa sapa ada masalah .. Jangan segan segan masuk jumpa dia ! Wowww ! Dulu aku di satu kementerian lain tu , pintu boss senantiasa tutup. Tapi dia tak ! Terus aku bagi tabik hormat kat dia ..
Hari demi hari .. Aku semakin hormat dia .. Tak lokek ilmu.. Tak kedekut pengalaman . Malah bila bermesyuarat dengan menteri atau Timbalan di Parlimen , mesti dia bawak aku punya .. Malah ada sekali tu dengan TPM dan PM .. Dengan PM , aku tak masuk la.. Hanya sampai depan pejabat utama dia jer .. hehehe.. Tu semua orang orang besar kementerian je masuk .. hehe ..
Hari demi hari , masuk hingga bertahun tahun .. Aku kekal di situ dengan status kontrak .. Walaupun ada offer temuduga untuk ke jawatan lain , aku tolak .. Aku amat selesa dengan boss aku tu ..
Satu hari tu , bila dia bagitau yang dia nk sambung belajar ke luar negara .. aku jadi sedih sangat .. Tak tau kenapa tapi terus hilang mood nak bekerja ..
Tak lama selepas dia sambung belajar , aku pun tak sambung kontrak dah .. Malas sbb takde orang nak perjuangkan nasib pekerja bawahan seperti mana dia perjuangkan nasib kawan kawan aku terutama bila bos bos besar dok tuding jari pada kakitangan kontrak bila berlaku apa apa kesilapan .. Dia yang akan tampil ke depan dan menanggung risiko bagi pihak orang bawahannya !
Tq Miss LAI SHEVREN ! Jasamu akan ku kenang sampai bila bila !