Mak aihhh .. Terkejut jap aku melihatnya .. 214 ? Gambar ni aku amik dari instagram rakan .. Isunya menarik perhatian aku cuma tak sangka la ianya ‘hot’ begini .. Ini bermakna isu tambang tiket bas ekspress naik ni bukanlah perkara yang kecil . Ramai yang terasa punya la ! Naik tu pulak bukan seringgit dua .. Hurmm .. Bayangkan kalau pelajar yang kerap balik kampung tu ? Elok elok rajin ziarah orang tua , dah tak pasal pasal ada alasan untuk tidak pulang menjengok mereka ..
Ada yang suka membandingkan dengan negara luar .. Kalau nak bandingkan , bandingkanlah dari semua aspek ! Jangan tengok tang satu tu jer .. Mana adil , kan ?
Walaupun aku tak naik bas ekspress tapi aku simpati dengan mereka yang menggunakan perkhidmatan ini .. Yelah ,waktu wife pantang di Kelantan dulu pun seminggu sekali aku naik ke sana .. Gi balik dah berapa kan ?
Aku malas nak tuding jari .. Nanti ada yang kaitkan dengan politik .. Padahal ? Ok , senang citer gini je la .. Bayangkan nanti korang ada anak .. Bukan sorang dua .. Tapi 3-4 orang dan berada negeri lain. Korang nak belikan sorang satu kereta ? Kalau mereka tak balik ziarah orang tuanya dengan gunakan alasan tiket bas mahal , camana ?
Harapnya dengan kenaikkan harga tiket ni , mutu perkhidmatan semakin bagus dan pemandu pon silalah memandu dengan cermat .. Jangan ingat dalam bas tu takde nyawa .. Dan di jalanraya tu , takde orang dalam kereta …