Tamo dah kat org lain tapi kalau nak dukung gak , caranya kasi dia senyumdulu.. baru leh main ngan dia..Kalau tak , confirm teriak..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tamo dah kat org lain tapi kalau nak dukung gak , caranya kasi dia senyumdulu.. baru leh main ngan dia..Kalau tak , confirm teriak..
Untuk raih keuntungan , maka ‘kita’ dijadikan er .. jadi apa yer ? Yelah , ngan Chelsea pon dah kena belasah .. Ni kan pula Barcelona yang mmg dah cukup mantap ..
Dengarnya kutipan tiket tak memberansangkan tapi ada pula kata menguntungkan ! Wahahaha .. tak kisah laaa .. Janji malam ni perlu ada live ! Apa ? Takde ? Tungggu siaran tertunggak ? Ke tertunda ? Hehehe.. Bil air je tertunggak ! Weee ..
Tengok streaming je la eh ? Tak sanggup laa buang bandwith aku tinggal ciput tu.. Tunggu je kengkawan update di FB .. hehehe ..
Oh ya.. tersenyum aku baca kenyataan mengenai perlawanan tu di Mstar ..
“ Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal meminta pemainnya tidak gentar berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, “.
Gentar tu tak la.. tapi memasing dah pakat nak pilih sapa nak tukar jersi nanti ! Kalah dah tentu .. menang tu pelik ! Serius , pelik aihhhh .. hahahahah …
Kalau menang , 10 tahun jadi bualan .. Perghhh … Maaf la , aku cuba jadi positif orangnya tapi bila bab bola yang melibatkan Rajagobal kebelakangan ni , ianya hampeh sama sekali !
Sebelum guna ..
Selepas guna ..
Memang dah standby dua jenis ubat sapu bila gi mana mana .. Yang pertama , mopiko .. Nyamuk cukup suka pada budak berhati bersih ni .. hehehhe .. Yang kedua ubat sapu aloevera ..
Alhamdulillah , mmg ada perubahan bila guna .. Cam benjol Qhaliff tu hilang dalam masa 2-3 hari jer .. dengan izin Allah !
Bukan apa , aku tak nak la Qhaliff kata aku tak jaga dia .. bila dia besar nanti ! Biarkan dia berparut sana sini .. huhuhu … Jadi , amanah Allah ni kena jaga selain dari jaga akhlaknya dan juga ilmunya.. Heheh.. Ingat ada baby ni syok nak main dengan dia je kee ??? Huhuh…
Terkejut memula aku tengok video kanak kanak beronani di cyber cafe berbaju melayu ni ! Aku rasa diaorang ni mesti bawah umur 12 taun lagi .
Adoiyaiii .. Sedih tengok .. Apa dah jadi ni ? Dapat duit raya , pastu gi cc buat menda gini ? Haihhh …
Jangan pelik sebenarnya .. Menda menda gini tak leh nak tuding pada satu pihak je.. Ada yang nak kata anak anak kecil tu yang salah .. Ada yang nak salahkan mak ayah yang tak reti jaga anak .. Ada yang nak kata kerajaan yang tak kawal .. Macam macam laaa lemparan dibuat sbbnya tak kena pada muka sendiri !
Dah tu nak salahkan sapa ? Tak perlu nak cari salah sapa tapi bagaimana nak bendung aktiviti begini sejak dari dulu lagi ! Zaman aku , bersepah majalah lucah ! Zaman ni , lain pulak gayanya .. Setiap zaman ada je karenahnya .. Nak tuding menuding , tak de penyelesaiannya ..
Ada yang suruh terapkan didikan agama .. Benar tapi sekadar terapkan tanpa ada ilmu pun masalah gak .. Kanak kanak macam ni , makin membesar .. mereka lihat dan belajar .. Tanggungjawab sapa ni ? Masyarakat ! Apa yang patut masyarakat buat ? Bendung ! Camana nak bendung ? Dari sinilah kita kembali ke agamaaaaa … Ada yang tau bab agama tapi tak praktikan .. Ada yang tau bab agama tapi sekadar hafal untuk lulus ujian .. Jadi , orang yang punya didikan agama dan juga ilmu , perlulah memainkan peranan ..
Didikan agama dan juga ilmu ? Camana tu ? Contohnya seorang abang yang senantiasa berbual dengan adiknya .. Dia mengajar adiknya bab agama dan pada masanya berbual mengenai dunia lelaki .. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh . Untuk berbual hal gitu , si abang perlu ada ilmu , kan kan ? Tu contoh je la.. Kalau korang ada idea lain , kongsi kongsi la .. mana tau berguna untuk anak anak kita nanti ..
Jangan pelik .. menda menda gini mmg wujud dari dulu ! Jangan salahkan IT …
Hurmm … Hari Raya Aidilfitri .. ADeh .. ada ke patut tayang filem-filem yang .. hurmm.. entah laa .. aku nak kritik lelebih , kata tak support bangsa sendiri ! Tapi … haaa .. kang aku kata lelebih , kata aku anti … haaa.. susah nak kata lelebih ni .. Kena jaga jari jemari.. Kang dituduh hina menghina ! Susah gue gak nanti.. huhu ..
Malam ni , aku layan beberapa cerita / filem / drama / rancangan … asyik lompat ke sana sini untuk dapatkan cerita yang best … Sayangnya , hampa ! Cuma Lawak Ke Der saja mampu buat aku ketawa dan tersenyum .. Selebihnya , buat aku geleng kepala terutamanya Hantu dalam botol kicap dgn citer Aku ada kau ada ! Huk alohhhhh ….
Frust ! Iklan raya seperti Maxis , Petronas , dan beberapa lagi , jauh lagi bagus dari filem dan drama yang ditayangkan ! Sampai bila mereka nak longgokan menda menda gini utk ditayangkan pada anak anak ? Tak yah tgk eh ? Rasanya kalau diorg tak tengok , diorang wat apa ? Gi beraya ? Yeke ? Anda pasti ? Jangan sampai ada keluar satu lagi video kanak kanak beronani dalam Cybercafe dah laaa.. Dah merebak dalam FB niii .. haaaa…
Bila tiba perayaan gini , adalah penting untuk mak ayah pantau ahli keluarga mereka .. Antara cara yang boleh dikatakan ok , duduk dan layan tv ramai ramai terutama cerita yang best dan memberikan pengajaran .. Malangnya …
Ke ada ? Aku je yang terlepas pandang ?
Mula mula aku nampak dia terbang depan aku pastu singgah ke dahi wife aku ..
" Pangggggg " ..
" Adoiiiiiii .."
Satu tamparan lelaki dari aku .Dia jerit .. Tapi dia tak berani nak balas sbb sebelah dia , ayah dia.Kalau kat umah sendiri , sahih aku dah terima pembalasannya.. Hahaha.. gelak besar aku .. Nyamuk terlepas , dahi jadi mangsa.. Bukan sengaja..automatik .. Aku mmggggg geram kat nyamuk !!
Tak lama kemudian , anak aku jadi mangsa dan ianya membuatkan aku membalas dendam besar besaran !! Bukan satu .. bukan dua ..tapi empaaaaat sekali gussss !!!! Grrrrrrr..
Huhh !!!
Tapi gigitan nyamuk tu membuktikan bahawa aku bukanlah saja saja gi tampar dahi wife aku ! Hahahaha .. Ianya benar .. tiada benar selain benar belaka !
Benjol di dahi dah hilang tapi timbul pulak ‘benjol’ di pipi !
Selepas solat Jumaat tadi , perancangan nak ke rumah adik beradik mak mertua aku sebelum ke kubur . Tiba-tiba hati aku tergerak untuk call blogger Que Achmad .. Nak gi beraya la umah dia. Dah la kenduri kawin dia ari tu pon tak gi .. Huhu.. Dah rapat cam adik beradik , kena la gi haaa..
Telefon nokia rm99 aku tu dah seharian mati sbb takde bateri. Jadi aku harap pada telefon wife je la . Aku pinjam jap dan dail no telefon Que ..
Aku serta keluarga aku dan adik beradik wife baru je sampai umah makcik diorang . Dan Que pulak .. Dia awal awal dah bagitau aku yang dia nak datang rumah melalui Whatsapp. Dia call , tak dapat .. Memang la.. telefon aku mati dah ..
Tergerak hati tuuuu … Nasib baik aku call dia ! Dan dia kebetulan otw ke rumah wife aku .. Perghhh .. Dan terus aku mintak dia datang ke rumah makcik wife aku .. dia pon sedang buat rumah terbuka jadi elok sangat la join sekali .. hehee.. Dia pon dah bagi kebenaran ..
Gambar atas ni , gambar lama … Gambar masa gi buat photoshoot IN TREND untuk bulan depan ..
Sambung .. Que dan wifenya sampai akhirnyaa.. Dan kali pertama kami beraya .. Sapa sangka kan ? Dari dalam dunia maya , bertemu ke dunia realiti dan seterusnya jadi akrab .. Kuasa Allah ..
Tapi kebengangan aku pada Celcom belum abis lagi ! Nasib baik aku ada broadband Maxis ! Dapat la gak update sebaris dua kata untuk logkan di blog .. Haihh …
Kuasa Allah .. dia gerakkan hati aku untuk call Que yang sedang dalam perjalanan ke rumah wife untuk beraya ! Kalau tak call tadi , mmg takde la rezeki nak jumpa .. dan rezeki Qhaliff dapat duit raya yang lumayan dari Que Achmad ..
Tq bea ..
Apa dah jadi ? Bayar penuh tiap bulan ! Gebang lebih .. naik sampai 4G la konon .. tapi cer tgk tuu ..dah 2 hari gitu.. Dgrnya banyak tempat kene gak .. hurmmm...
Pelik ? Blog peribadi tapi ramai suka baca ? Apakah orang lebih suka baca kisah hidup orang lain berbanding blog blog ilmiah ? Haaa .. kan ?
Apakah blog peribadi ini tiada langsung ‘ilmiah’ ? Cuba masuk mana mana blog perbadi dan baca guna akal fikiran .. Kalau gi masuk untuk tengok gambar jer .. mmg hampa laa ..
Jangan kita ingat , ilmu ni terdapat dalam blog blog tertentu jer . Kalau rajin kita masuk ke blog blog peribadi ni , ada saja pengajaran yang mereka selitkan dalam penulisan mereka ..
Kena tau .. majoriti blogger yang panjang lebar cerita kehidupan mereka ni , bukanlah kanak kanak yang baru kenal huruf atau bercerai susu .. Kebanyakkannya akan kongsikan pengalaman hidup mereka dalam tu walaupun hanya sebaris ayat saja !
Sebagai ‘orang baru’ dalam dunia blog ni , kita jangan pantas nak mengkritik penulisan orang lain terutama bila baca satu dua entrinya saja .. Cuba kenal penulisnya terlebih dari dengan baca dari awalan entri entrinya .. Pasti akan ada sesuatu yang menarik menyebabkan blognya menjadi perhatian ..
Jangan sangka orang pandu BMW tu dah tergolong orang jutawan !
Semalaman tak tidur gara gara tertidur awal .. Mengantuk ? Biasa dah .. Aku akan jadi mengantuk sangat bila tengahari menjelang .. Maka , ok je bagi aku ..
Perancangan hari pertama raya , tak berapa nak jadi tapi menjadi bagi aku … heheheh . Kenapa ? Aku gi teman adik ipar wife aku ke hospital .. Lelah .. nasib baik tak teruk sangat..
Di hospital , ramai juga rupanya ada lelah ni .. tak kira usia wooo .. Aku bersyukur la takde lelah tapi ada darah tinggi.. hahaha.. Cuma kebelakangan ni dah kurang sangat sakit kepala gara gara darah tinggi ..
Dalam kul 12 tengahari ari baru settle dari kul 10 gitu .. Huhuh.. Tak pe la .. aku pun malas nak duduk rumah .. Ramai benar orang datang .. Penat nak senyum aku .. hahaha ..kejam tak ? Tak de laa… Berdosa wat perangai gitu tau ! Jangan buat ! Aku tak buat pon .. saja je wat lawak bodoh .. Aku malas duk rumah sbb aku akan mengantuk seterusnya akan tidur !
Dan tepat jangkaan aku .. balik je dari hospital , lepas makan dan solat zohor , aku lenaaa sampai petang .. Bangun bangun , berpeluh aku rupanya.. Panas hari ni kat Kok Lanas kecuali sebelah petang .. baru hujan lebat turunnn ..
Dan aku kembali mengantuk .. sambung tidur ! Perghhh .. terasa beza ! Kalau masa remaja dulu , sahih gi join kutip duit raya.. tapi tida lagi sekarang !! Huhuhu..
Jom tidur Qhaliff.. esok gi rayaaa …
Jangan hanya tau nak caci maki mereka saja .. Bila mereka lakukan tugas dengan cemerlang , selayaknya mereka patut menerima pujian walaupun mereka tak inginkannya namun sebagai pengguna jalanraya yang selamat pulang ke kampung halaman untuk beraya , pastinya sangat bersyukur atas kelancaran jalanraya serta kehadiran mereka di bahu jalan raya bagi memastikan segalanya menurut peraturan ..
Apa yang aku perasan ialah perbezaan bila kehadiran penguatkuasa dan penggunaan kamera perangkap laju .. Apa gunanya kamera ni ? Nak tangkap mereka yang pandu laju ? Apakah ianya berbaloi berbanding dengan meletakkan pegawai bertugas di lokasi lokasi yang boleh dianggap berpotensi berlakunya kemalangan ?
Bagi aku yang melihatnya semalam , setiap kali adanya kon dan lampu amaran pihak penguatkuasa , automatik pemandu jalanraya memandu dengan perlahan. Jika ada yang engkar , mereka terus disaman di situ ! Itu lebih baik dari 2 bulan kemudian , baru terima surat saman ! Memang menyakitkan jiwa !
Janganlah nak kata kekurangan kakitangan .. Rakyat Malaysia yang menganggur berapa ramai ? Yang menanggur ni pulak bukan calang calang ! Kecik kecik dah mampu bina bom ! Dah besar mampu buat stunt dengan motor biasa je pon ! Malah kenderaan pon mampu mereka ubahsuai ! Golongan beginilah yang patut serta penguatkuasa .. hehehhe ..
Sekali lagi , terima kasih PDRM dan JPJ serta pihak pihak berwajib yang lain terlibat dalam operasi raya ni ..
Sempat bergambar ngan Qhaliff sebelum gi Hospital Machang .. Sebelum tu , gi solat sunat Aidilfitri dulu..
Mengantuk aku ni.. gara gara tidur awal , jaga kul 2 pagi.. Dah terbiasa gini lak aku skg ni ..
Dok tunggu adik ipar wife aku keluar dr wad kecemasan.. Lelah dia sejak kelmarin .. hurmm .. Dah gi klinik semalam tp tak ok lagi..
Bila aku dukung Arissa , pandai dia jeles tapi dia tak tonjolkan sangat.. Dia wat wat cool jer dengan bermain main .. Tapi dalam tu , dia dok pandang gak kat aku yang saja saja asyik main dengan Arissa .. hehehe ..
Dan segalanya terbukti benar .. malam tadi aku suap makan kat Ammar , dia datang dan terus duduk kat aku .. Dia pon nak padahal makanan tu pedas.. dia nak jugak ! Adehhh .. Meraung kalau tak bagi.. hahaha. pandai daaahhh !
Camana la ada adik nanti nih !
Kali pertama aku dengar pasal phone ni , melalui adik ipar aku .. Dia beli satu untuk kegunaan hariannya. Telefon yang mahal dibelinya pakai tak lama pastu dah hantar ke center untuk dibaiki.. Aku tak nafikan kerana ianya berlaku pada aku jugak .. huhu ..
Selepas aku membeleknya , aku terus update di blog ! Saja nak kongsi dengan rakan rakan .. Tapi rupanya , aku ketinggalan zaman .. Ramai dah tau pasal ninetology ni ! Aku je yang tak tau !! Hahaha ..
Dan baru-baru ni , aku dijemput untuk hadiri majlis pelancaran produk yang dianjurkan oleh syarikat Ninetology ni di KL Hilton.. Satu peluang untuk aku merasai sendiri keluaran terkini telefon pintar yang murah tapi setanding dengan telefon pintar yang sedia ada di pasaran ..
Ada 3 jenis telefon pintar yang dipamerkan disini .. Ketiga-tiganya berbeza diantara satu sama lain namun punya tarikan tersendiri ! Nipis , dan solid !
Ok . aku test ketiga-tiganya siri , Z1+ , X1 dan Z1 . Apa yang menarik sekali bagi aku ialah kameranya depannya ! Kamera depannya ialah 5MP ( belakang 13P) !! Sangat berguna untuk aku yang suka sangat amik gambar dengan cara berdepan ni ..
Bayangkan , telefon bimbit yang aku guna ni berkamera depan cuma 1.5MP jer ! Kalau 5MP camana punya cun ? Pergh.. makin kerap la aku upload gambar ke FB dan Instagram .. Harga murah , kualiti pon best !
Harga sekitar diantara RM1100-1300 yang mampu dimiliki ni menggunakan processor 1.2GHz Quad Core dan 16GB ROM/ 1GB RAM memori ini memang berbaloi untuk mereka yg idamkan telefon bimbit yang rendah bajetnya .. Yelah , bukan semua orang mampu beli yang mahal mahal namun kualitinya setanding ! Antara pandai guna dan pandai jaga ! Haaa ..
Kalau aku nak beli la kan .. Aku akan amik .. er .. er.. aku rasa semua ok sgt nak guna.. Memang pening pala skit nak pilih mana yang best !
Majlis petang tu diakhiri dengan satu pertandingan menduga minda yang mana hadiahnya ialah salah satu jenis telefon bimbit yang dipromosikan di situ.. Memang mencabar dan … aku tak dapat ! Huhuhu..
Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke fan page NINETOLOGY ..
Berita baik buat para blogger .. Ninetology membuka ruang utk blogger yang beri minat saja , membuat review mengenai telefon pintar Ninetology ini ..
Program Review telefon pintar Ninetology yang dipanggil “Tech Kaiju Arena” ini menawarkan hadiah yang mmg best.. Hadiahnya ialah gadget dari Ninetology dan juga wang tunai ! Tamo ? Rugi laa ..
Anda akan diberi pinjam telefon pintar itu untuk seminggu kemudian anda akan membuat review mengenainya .. haaa .. mudah je kan ?
Camana nak join ? Sila email ke Samuel Lee : samuellee@ninetology.com dgn butiran berikut ..
Ok , jika anda terpilih .. mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat .. Syarat syarat lain , mereka akan bagitau anda nanti .. hehehe ..
Tunggu apa lagi ?
Andai kata selama saya menulis di blog ini , ada yang terasa hati dengan baris kata kata yang dilemparkan oleh saya andai secara sengaja atau tidak , 10 jari dihulur tanda maaf dipinta dari saya . InshaAllah , akan saya perbaiki di hari mendatang kelak ..
Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga hari kemenangan ini membawa sejuta rahmat buat kita semua ..
Dari kami sekeluarga …