Hurmmmmmmmmmmmmmmmmm… Korang tau tak yang dia sedang ajuk mak dia muntah ??? Dia boleh bantai gelak berdekah dekah pastu dia buat buat muntah !! Dia tiru okehhhh ..
Adoiyaiiiii ..
Dia tahu bila aku marah .. Bila aku marah , dia akan buat muka seposen . Pastu cuba buat lawak ngan aku ! Atau akan cuba buat aku berborak dengan dia ! Hahahaha ..
Bila aku marah ? Aku marah bila dia kutip benda dan masukkan ke dalam mulut dia .. Aku marah tu bukanlah aku gi berleter atau belasah dia .. Aku cakap ngan dia , amik benda tu dan bagitau dia yang ni tak leh makan .. Pastu dukung utk pujuk dia balik ..
Susah benar nak marah dengan dia ni .. Cepat sejuk tengok kelakuan dia dan teringat kembali saat saat dia dalam pangkuan aku ..
Aku tahu , dia buat gitu sbb rasa tercabar .. Dia seolah tahu dia akan punya adik .. Hurmm… Kalau aku jadi pon akan buat gitu .. hehehe ..
Sapa tak sayang anak kan ?
Nak kata apa lagi ?? Tiap kali aku tertinggal remote ni , dpt kat dia .. dia hempaskan ke lantai dgn kuat utk pastikan penutup remote Astro ni tertanggal dan baterinya tercabut !!
Pastu dia nak amik bateri tu !! Apa dia nak buat dgn bateri tu , tu aku tak tau sbb dia lom berjaya pegang bateri tu utk dlm masa 2 saat !
Geram ?? Cer bgtauuuu..
Comelll je dia bila gini kan ? Perghh … rasa nak gi cium gigit jee dia ..
Bila dia dah mula aktif , tersangat aktif .. aku kena ikut dia ke mana saja ! Yang buat aku jadi geram sangat dia suka sangat mengutip dan masukkan ke dalam mulut !
Hurm… nak jaga budak ni kena cukup rehat .. Mental dan fizikal mmg kena kuat .. Kalau tak bersedia dari sudut ni , mmg cukup merbahaya ! Maklumlah , tindakan luar kawalan mmg sesuatu yang tak dijangkakan !
Cam Qhalfif sekarang ni .. Kalau dia dah jaga , mmg macam macam dia akan selongkar .. Sekarang ni gemar melempar barang .. Tab dan hp nokia lumia aku berkali dah kena campak ! Nasib baik la takde apa apa .. Kalau pecah skrin ?? Adoiyaii ..
Umur dia dah setahun 5 bulan .. Hurmmm … cepat masa berlalu. Baru terasa seperti semalam aku dukung dia di hari pertama kelahirannya ..
Lama tak terima komen begini .. Ke ini satu kritikan atau satu ugutan mahupun satu kejian ? Gulp ..
Bukan tak pernah ada offer untuk buat satu blog khas untuk aku .. Kasi cun lagi .. Tapi aku tak berminat walaupun nak sangat ubah .. Kenapa aku tak nak terima dan biar saja begini ?
Jawapan aku ialah satu .. Mereka masuk blog aku adalah kerana apa yang aku tulis ! Walaupun blog yang cantik satu kelebihan tapi aku tolak kelebihan begitu. Maklumlah , manusia cepat kagum pada kecantikan dan tertutup abis apa yang nak disampaikan pada disebalik kecantikan itu. Cam perempuan cantik tak tutup dengan perempuan cantik yang menutup ketika mengajar di dalam kelas orang dewasa .. Heee ..
Satu lagi , bila ada blogger baru naik dan baru nak buat blog , bila lihat blog aku gini , pasti mereka berkata ..
“ Blog gini aku pun boleh buat ! Bukan susah ponnn !! “ . Dan dia pun buat .. Secara tidak langsung , lahir lagi blogger yang inshaAllah berkualiti penulisannya setelah terdorong untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari blog aku ni ..
Aku tak perlu perkatakan mengenai tuan punya blog yang bagi komen diatas utk mengeji mahupun mengutuknya . Aku ada masuk ke blognya dan tersenyum. Masing masing punya cara tapi jangan kita pertikaikan orang lain hanya kerana kita berBMW dan orang tu berPROTON SAGA je .. Mana tau orang yang berPROTON SAGA tu habiskan masa lapangny dengan membawa anak yatim ke sekolah berbanding yang berBMW yang mana habiskan masa lapangnya di padang golf .. Biar Allah saja nilai niat kita.
Akhir kata dari aku yang ‘kosong’ ini , cermin cermin diri kita dan pandang juga kiri kanan ..
Abis tunggang langgang rumah hari ni dibuatnya .. Aku dah nak letak jawatan dah ! Dah mandi , dia kencing pulak atas lantai ! Dah pulak nak kena mop.. Pastu bila makan , dia sepahkan atas lantai..
Bagusnya dia … bila aku pandang marah , dia berenti ! Dan datang pujuk aku dgn cium pp aku !!
Satu perubahan yang sangat mengagumkan ! Dan tak sangka sungguh ianya dari mereka.Maha Agung Allah .. Sekejap saja manusia boleh berubah dan sebaiknya berubah ke jalan Allah ..
Aku bila lagi ? Huhuh..
Kalau dah suka , berkenan .. Terus la menikah kan ? Buat apa tunggu lama lama .. Berkepit sana sini kesudahannya ,masuk angin keluar asap !
Buat mereka , semoga Allah berkati perkahwinan mereka dan juga perubahan mereka ini.
Syahdu tengok diorang . Dah jumpa jalan ke syurga.. InshaAllah ..
Malas dah nak main badminton ni. Last main , masa zaman persekolahan . Selepas gagal menempatkan diri dalam pasukan negara bagi kempen Piala Thomas setelah gagal tipis pada Rashid Sidek ketika tu , aku terus gantung raket aku !
Hurm.. nampaknya ianya kembali menghantui aku setelah aku turun ke gelanggan baru baru ni di Komplek Sukan Nilai .. Best woo situ ! Gelanggang gile banyak . Pastu guna getah hijau tu. Teringat kembali saat saat aku bergelar juara flat bawah 7 tahun. Perghh.. Tak sangka juara ! Tu pun sbb lawan aku tarik diri .. Dia sunat malam sebelum tu !
Hurm.. semakin bergiat aktif rakan rakan blogger aku ni .. Hari ni badminton , pasni paintball lak .. Perghhh ..
Selain main dengan kengkawan blogger ni , aku layan gak ngan jiran jiran taman perumahan aku ..
Terasa muda balik .. heee ..
Wowww…. Pantas betul Mitsubishi keluarkan peti sejuk yang bermutu tinggi .. Hari tu , diorang keluarkan L4 Grande yang sangat digerami oleh wife aku .. Kali ni mereka keluarkan 2 jenis sekali gus iaitu FOLIO MR JX64W / FOLIO MR BX52W .
Pelancaran Peti Sejuk Siri Folio JX dan BX ini telah dijayakan baru baru ini di ALOFT Hotel , Kuala Lumpur .
Menarik sungguh kan ? Perghhh .. Bayangkan ianya berada di bahagian dapur rumah kita… Perghhh .. Confirm dapur jadi tempat lepak punya laa .. Tak sangup nak tinggalkan peti ais yang sangat menawan ini ..
Apakah yang menarik sangat peti ni ????
Menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih, peti sejuk ini direka secara erganomik dan memaparkan ruang simpanan berguna, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk dan laci pelbagai gunaan dengan pembahagi untuk meyimpan sayur-sayuran.
Antara ciri ciri utama yang ada pada peti ais ini ialah Vitamin Factory , pembuat ais automatik ,pembekuan lembut . penyah bau anti-bakteria , rak auto . penyejuk bukan CFC , smart cube dan struktur penebat kepanasan nipis baru .
Peti ais ini mempunyai ruang penyimpanan yang cukup besar dilengkapi dengan penggunaan teknologi Folio LED yang membuatkan penggunaan tenaga elektrik lebih efisien , meningkatkan kualiti pembekuan , lebih mesra alam serta mengekalkan kesegaran makanan di tahap optimum.
Tak cukup hebat lagi kah ? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke http://www.mitsubishielectricmalaysia.com/
Dengarnya RON95 akan naik lagi eh ? Tapi ada yang kata tak naik cumalah subsidi dikurangkan .. Heee.. Kalau subsidi dikurangkan , apa jadi ???
Aku pelik gak la kan .. Masa PRU ari tu , janji manis ditaburkan untuk memikat pengundi pengundi .. Tapi dah lepas PRU , lain pulak ceritanya ..
Tapi apa nak buat kan ? Bising camana pun , kita tetap gak guna. Tiada kesepakatan antara kita menyebabkan kita ditindas .. Ops , ditindas tang mana ??? Bersyukurlaahhh !!
Memanglah .. kita yg berkemampuan makan nasi lemak , teh tarik setiap pagi ni ok la.. Camana lak dengan orang yg nak beli roti 50 sen untuk anaknya gi sekolah untuk cover makan pagi dan tengahari lak tu ? Mungkin dia tak guna kereta atau motor .. Dia mungkin berbasikal setiap hari tapi apakah barang keperluan tidak akan naik selepas harga petrol naik ??
Cakap banyak pon tak guna kan ? Kita mampu bising gini jer selagi ada pihak dok kata BERSYUKURLAH . Alhamdulillah ..
Tak tau nak kata apa dah ..
Tak sebaya tapi pantang jumpa ! Menariknya , bila si Aniq ( sepupu yang besar tu ) suruh sayang kat pipi dia .. Qhaliff cium laa diaaa ! Tapi bila bapak dia suruh ? Jangan harap lerrrr …
Hahahaa .. Boleh pulak Qhaiff panjang kerusi ni ala ala style upin ipin tu pastu layan kartun sama sama .. Aku panggil pun dia wat dek ! Haihhh … Siap la pasni aku ..
Baca dah Metro ? Rasanya tak yah baca pon dah tau apa ceritanya kan ? Tengok videonya dah ? Sapa sapa yang ada internet , confirm tengok dah video isteri Mat Yo mengamuk atas padang kat airport Subang tu kan ?
Apa pendapat anda ? Hehehe .. Mungkin ada yang kata kita tak tau cerita sebenar tapi bila baca kat Hmetro atau tonton penjelasan pengawal keselamatan tu , mungkin boleh tangkap sapa sebenarnya yang dayus.. Hehehehe .. Apakah pengawal keselamatan atau Mat Yo yang biarkan isterinya terpekik terlolong tu ?
Amboi.. Jangan la sombong sangat .. Baru sedikit tu je Allah bagi rezeki , dah nak perlekeh orang .. Haihhh .. Apa salahnya dengar je kata..
Aku pernah gak lalui menda gini tapi kena la faham .. Kita ada undang undang dan mereka buat undang undang tu pon bukan suka suka .. Ikut je la. Tu pon susah ? Bila dah jadi gini , sapa yang malu ?
Mat Yo kah yang malu ? Aku tak rasa pon.. Pakcik tu kah ? Satu malaysia sokong pakcik tu .. heeee ..
SET KESUBURAN SHAKLEE. |
Bila diperhatikan betul-betul, aku jadi konfius sikit sebab ada pelbagai kombinasi berbeza Set Kesuburan Shaklee yang dicadangkan oleh blog-blog ini.
Lain ahli pengedar Shaklee, lain dia punya kombinasi Set Kesuburan Shaklee.
Baru-baru ni, aku terjumpa lagi satu blog. Blog ni dah lama duk sharing pasal kesuburan di internet, sejak 2009 lagi. Yang aku perasan, diaorang ni pun ada tulis buku jugak tentang kesuburan.
Yang buat aku bertambah hairan, blog ini juga ada buat satu entri tentang Set Kesuburan Shaklee, tapi kombinasi yang bloggers ni cadangkan adalah yang paling kontroversi setakat ni.
Kenapa aku berkata begitu? Beliau mencadangkan pengambilan CoQHealth Plus Shaklee sebagai sebahagian daripada Set Kesuburan Shaklee. Tak pernah dibuat orang.
Kebanyakan ahli pengedar shaklee lain mencadangkan CoQHealth Plus Shaklee ini untuk tenaga dan kesihatan jantung. Tapi kali ni, first time aku dengar dakwaan bahawa CoQ10 atau CoQHealth Plus Shaklee ini juga baik untuk kesuburan.
Menurut entri blog tersebut, CoQHealth Plus Shaklee megandungi CoQ10 yang berfungsi membekalkan tenaga dalam bentuk ATP kepada sel, termasuklah kepada sel sperma dan ovum bagi menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk diambil oleh mereka yang lanjut usia, pesakit PCOS, Cyst, Telur tak matang, lelaki azoospermia, motiliti dan bilangan sperma rendah.
Set Kesuburan Shaklee untuk suami yang ada masalah sperma |
Dan aku dapati ada juga beberapa blogger lain, yang mungkin kawan kepada penulis buku tadi tu, turut sama mencadangkan CoQHealth Plus Shaklee sebagai sebahagian Set Kesuburan Shaklee. Cuma ia mungkin jadi kontroversi bagi kita sebab jarang orang dedahkan tentang benda ni.
Lagipun, penemuan tentang CoQ10 untuk kesuburan ni hanya dijumpai pada tahun 2009. Masih sangat baru lagi. Sebab tu ramai yang tak tahu. So, memang aku respek dengan beberapa ahli pengedar shaklee ini yang berani mendedahkan penemuan yang penting ini. Aku rasa, mereka ni bukan jual Set Kesuburan Shaklee main hentam je, tapi diaorang kaji dulu sebelum jual.
Bagi anda yang sedang berikhtiar untuk hamil, bolehlah cuba CoQHealth Plus Shaklee ni ya. Tapi nak dapatkan daripada siapa? Anda boleh dapatkan dari mana-mana Ahli Pengedar Shaklee yang berdekatan, tapi masalahnya, diaorang tahu ke cara macam mana nak consume CoQHealth Plus Shaklee untuk kesuburan ni? Harga CoQHealth Plus Shaklee ni pun boleh tahan jugak, iaitu RM124(harga yang dicadangkan oleh Shaklee sendiri).
So, kalau anda consume ikut suka je, rugi jugak sebab CoQHealth Plus Shaklee ni bukan murah. Kalau tak berkesan, bukankah membazir tu? So, hati-hati. Jangan ambil ikut suka je.
Oleh itu, aku cadangkan korang order Set Kesuburan Shaklee yang lengkap dengan CoQ Health Plus Shaklee dari pengedar-pengedar berikut yang memang buat penulisan khusus tentang CoQ Health Plus Shaklee untuk kesuburan ini dalam blog-blog diaorang.
Diaorang mungkin akan berikan kaedah pemakanan berkesan CoQHealth Shaklee untuk kesuburan supaya apa yang anda usahakan berhasil.
Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :
Dapat Set Kesuburan Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar berilmu.