L4 GRANDE patut kita miliknya !

by - Isnin, April 08, 2013

 

Baru-baru ni aku ada terima satu email .. Pelawaan untuk hadiri satu majlis di Melco Sales M’sia (Mitsubishi Electric) yang terletak di Petaling Jaya .

Menurut email tu lagi , ada satu jenis peti ais yang baru berada di pasaran Malaysia . Pastinya peti ais tu sangat menarik kerana aku diberitahu ianya mengunakan teknologi terkini dan pastinya aku tak tau langsung akan kewujudannya dan kelebihannya .. Heheh.. Aku nak pergi !!!!

Aku ada menceritanya pada jiran aku mengenai peti ais ni .. Katanya dia baru je beli sebulan dua yang lepas. Aku terkejut gak sbb cepat sangat dia tau mengenainya .. Tapi tak hairan gak sbb status dia pun leh tahan .. hehe.. Pantas dengan teknologi ni .. Namun aku tak berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat.

Dan hari yang ditunggu tiba … Dengan gunakan GPS , aku redah ke sana .. Alhamdulillah .. sampai jugak aku walaupun berpeluh mencari tempat tu .. hehehe ..

Disambut oleh staff Melco Sales yang sangat peramah , aku rasa cam artis lak.. hehehe .. Bila masuk ruang legar showroom tu , aku terpikat dengan satu peti ais ni .. Tinggiiiii.. Besarrrr.. Warnanya pun sangat memikat hati aku !!! Aku terbayangkan jika dia berada di ruang dapur rumah aku .. Perghhhhhh… mmg best !! Semakin berseri dapur aku tuuu … huhu .. Maklumlah , warna hitam.. warna feveret aku nehh ..

Nama peti ais ni ialah L4 GRANDE , first french door refrigerator ..

Bila masuk ke bilik taklimat , ramai bloggers dah sedia menunggu .. hehehe .. Dan tidak lama kemudian …

Yearghhhhh .. Taklimat bermula .. Dan aku mendengarnya kusyuk sambil amik gambar .. hehehee..

Apakah yang menariknya tentang peti ais yg dinamakan L4 GRANDE ni ? Ahaaa .. Yang pertama ialah .. Sizenya ..

image

Lebih tinggi dan besar dari aku ! Aku mmg teruja tengok peti ais ni .. hehehe .. Macam macam aku boleh isi di dalamnya ! Warnaya pon mmg menarik .. Ada dua warna .. Diamond Black dan Stainless Steel

Kedua ialah kelebihan teknologinya ..

  • Anti Bacteria Food Liner
  • Deodorizer
  • Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )
  • Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )
  • LED Light
  • Door Auto Closed
  • Egg Case

Taklimat diteruskan lagi dengan penerangan secara praktikal melalui satu permainan .. hehehe .. Semua blogger terlibat sama kena turut serta sama .. hehehe .. Permainannya mudah jer .. Masukkan semua makanan , minuman ke dalam peti ais mengikut susuan yang tepat ..

Ahaa.. Sewaktu ni lah baru semua peserta faham bahawa setiap pocket peti ais tu ada fungsi tersendiri ! Yang mana khas untuk sayuran , air tin patut diletakkan di ruang mana , susu , yougurt … Tujuannya adalah untuk kesegaran berterusan dan juga penjimatan ruang ..

Kata dah kan ? Menarik wooooo .. Malam selepas event tu , ada aku jumpa En. Sani .. Aku tanya jiran aku tu  mengenai peti ais yang dia miliki tu.. Apa komennya ?

Yer … Benar .. Penjimatan elektrik antara elemen yang penting .. Penting woooooo terutama buat mereka yg dah berkawin cam aku ni .. Jimat duit tapi berbaloi !!

Banyak sebenarnya lagi kelebihan peti ais ni kalau berada di ruang dapur rumah kita dan pastinya … tak menyesal memiliknya .. Confirm dapur tu jadi port anak anak dok cari makanan sbb fresh gitu !! Hehehe ..

You May Also Like

4 comments

  1. Memang best gila peti ais L4 GRANDE tu. Cantik, tegap, kukuh dan banyak ruangan menyimpan barang.

    BalasPadam
  2. Dalam duk silau2 nak cari peti ais baru utk rumah baru kak! Berkenanlah pulak :)

    BalasPadam
  3. Kalau mak I tengok, mesti melelah air luir dia. Tapi mak dah pergi... :~(


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Happy fish

    [U] Illegal parking

    [U] Tax services

    BalasPadam