Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Bila aku ditawarkan menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze Challenge ni , aku teruja. Bukan sebab hadiahnya tetapi cabaran misteri yang menanti ! Hehehe .. Ok , tipu la tak teruja dengan hadiahnya kan ? Heheh.. Tapi hadiah tu , no 2 .. Penyertaan dan kesempatan berjumpa dengan rakan rakan blogger yang lain , tidak patut dilepaskan ! Satu peluang yang jarang diterima.
Ok .. Bertempat di Piazza , The Curve segalanya bermula.. Aku datang awal untuk mencari mood agar dapat bertanding dgn penuh semangat .. Huhu.. Semangat nak menang nehh ! Takde la.. Aku sekadar mencari pengalaman jer .. hehe..
Jam 9.30. Segalanya bermula. Aku disatukan dengan kenalan blogger yang dah lama aku kenal , Isaac Tan .. Dan dua blogger lagi , Vee dan Hilda. Cun dua dua ni .. Hahahha ..
Tidak lama kemudian , penerangan diberikan. Apa yang patut dilakukan .. Dan , semua peserta / blogger teruja .. Tak sabar nak buktikan mereka adalah blogger yang penuh bersemangat dan aktif ! Bukan sekadar semangat depan pc jer ! Huhuh..
Preetttt ! Task pertama .. Perghh.. Kena kuat mental dan pantas untuk yang pertama ni .. Tapi , untuk cabaran MAXIS 4G BLOGGERS CHALLANGE 2013 ni bukanlah untuk mencari sapa terpantas sebaliknya , menghabiskan kesemua cabaran dengan sempurna .. Haaa .. jangan tersilap !
Setiap kumpulan dikehendaki gunakan Samsung Galaxy S3 yang dibekalkan untuk mendapatkan kod QR pada belon yang berhampiran bagi memperolehi kunci kereta serta klue seterusnya.
Kumpulan aku yang diketuai Isaac Tan , berjaya dapat klue. Kedudukan ketika ini , kami di tempat ke 4 rasanya.. Lokasi , ke Mad Monkeyz ! Aku tak tau apa tempat ni .. heheh .
Wow ! Rock Climbing ! Suka benar aku sbb aku tak pernah cuba tetapi bagi aku , aku takde masalah sbb aku mmg gemar memanjat sejak kecil dulu .
Selesai task kedua , kami dapat klue untuk task seterusnya iaitu ke Sunway Lagoon. Kat sana , cabarannya agak mudah. Go Kart ! Mampu dilalui dengan tenang .. Hehehhe .. Selesai ! Dapat dihabiskan dengan jayanya .
Dapat task seterusnya .. Kembali ke tempat permulaan iaitu , The Curve.. Dan kumpulan aku adalah kumpulan pertama yg sampai !
Cabaran ni yang kumpulan aku silap. Maklumlah , takde pengalaman .. Kena makan tembikai ! Tu jer ! Jadi , kumpulan aku makan la dengan sopan santun walhal ada antara mereka gunakan pengalaman mereka , ‘makan’ dengan gelojohnya ! Huhuh ! Bijakkk ..
Dan , mereka itulah yang menjuarai Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013 ni ! Pasukan aku , tarak menang pon .. Huhuhuh.. Kiciwa gue ! Hahahha .. Takde la.. tak kisah pon .. Aku datang pon sbb ni mmg keje aku .. Menang kalah tu , adat pertandingan .. Cool l kan ? Heee …
Tujuan utama pertandingan ni adalah untuk membuktikan bahawa MAXIS 4G LTE sudah meliputi diseluruh kawasan Lembah Klang dan beroperasi dengan cemerlang !
Aku yang gunakan Waze sbg GPS mencari lokasi yang diberikan di setiap check point , mmg pantas jer. Takde sangkut sangkut ! Search pon laju ..
Akhir kata .. walaupun kumpulan aku tewas pertandingan ni , kami tetap bangga dapat lalui kesemua cabaran dengan cemerlang dan berpasukan ! Dan paling penting , kami dah merasai bagaimana MAXIS 4G LTE berfungsi dengan baiknya di setiap laluan kami !
Tahun depan nak masuk lagi ? Huhu.. Kalau dijemput , apa salahnya .. kan ?
Dulu , bunyi skit tv pon dah terjaga .. Skang ni , tidur dgn bunyian sistem home teater di depan mata , tetap lenaaaa .. Paksa la tidur ngan mak dia .. Tamo.. Bila aku letak depan tv , dengan botol susu .. 5 minit je , lenaaa ..
Pastu angkat masuk bilik .. Hurm.. bila tengok dia , rasa kasihan pulak. Rasanya aku ada plan untuk dia nanti .. Harapnya menjadi .. InshaAllah .. Masa untuk belajar ..
Aku paling tak suka , ke Damansara , Petaling Jaya mahupun Shah Alam ! Kenapa ? Sebab aku tak mahir langsung jalan jalan ke sana ! Gi la berkali kali .. tetap tak ingat punya !
Jumaat lepas , aku kena gi ke 1 FIRST AVENUE utk satu event. Aku kena ada kat sana selepas waktu solat Jumaat. Jalan pasti sesak punya time tu.. Aku pulak tak tau kat mana bangunan ni ..
Maka gunalah GPS .. Tak sempat nak google lokasi bangunan ni.. Dan , ikutlah aku.. Pusing kiri , kanan .. terus .. Masuk taman ni .. keluar taman ni .. Rupa rupanya ???? Sebelah Media Prima je ponnnn ! Huk alohhhhhh … Geram giler akuuu .. Arghhhh ..
Dan hari ni , aku kena gi Piazza , The Curve.. Alahai .. Suka benar la diorang buat event kat Damansara ni .. Aku tak suka okeh ! Aku duduk Sepang nii.. Jauh woooo .. Tapi kerana aku kerja dan punca rezeki buat masa ini adalah dari situ maka .. ikut jer laa.. Jangan banyak songeh !
Tapi kali ni , aku tidak akan tertipu ! Aku tau kat mana The Curve ni ! Haaaa .. Pastinya dekat juga dengan 1 First Avenue yang aku gi tempoh hari !
Event kata kul 8 pagi kena ada dah kat lokasi. Aku keluar rumah jam 7.15. Aku set pada GPS. Wowww !! Aku akan tiba jam 8.15 gitu ! Perghhh.. lambatttt !
Terus bergerak ke lokasi.. Zasss .. zasss .. Aku tamo ikut GPS ! Aku tau dah jalan ! Pandu ikut naluri .. Dan , tadaaaaa .. aku sampai 8.09 pagi ! Tu diaaaa .. Teror tuuuh !
Dan event , belum mula lagi.. 9.20 baru mula ! Huwaaaaaa .. Kalau ada perangkap laju , mau mau 4-5 gak la aku kutip ! Semangat nak menang punya pasal ! Huhhu …
Selesai 'kerja' hari ni .. lepas la nak byr hutang bulan depan .. Berderu balik rumah . Rindu kat si anak .. heee..
Sampai je rumah , terus disambut dek Qhaliff .. ajak meronda jap .. Haaha.. ok je laaa.. Anak punya pasal ..
-iklan-
Zaman sekarang nih semua orang nak beli sesuatu yang berkualiti dengan harga berpatutan kan?
Kalau jalan jalan kat shopping complex tu... sebagai perempuan memang tak sah kalau tak jengah dan belek belek harga pakaian..beg..kasut..akesesori..
Kadang kadang ada yang kita nih berkenan sangat tapi bila tengok harga.....Alahai... Letak balik. Over bajet.
Tak boleh nak salahkan peniaga sebab mereka nak bayar sewa kedai..gaji pekerja..bil elektrik , kan ? Sebab tu shopping online jadi pilihan ramai kaum wanita akhir akhir nih.
Selain sebab harga yang jauh lebih murah.. Ianya juga sangat menyenangkan..Mudah..hanya dengan pilih.. Tanya soalan pada penjual online.. Buat bayaran.. Tunggu je barang sampai..
Mudah..dan jimat masa,jimat kos petrol,jimat kos parking,jimat kos makan luar..kan?
Hihi.. Bulan lepas ada satu online shop baru.. Skirt labuh yang ada kat sana cantik cantik sangat...! Dah la sekarang tengah ada diskaun.. 3 helai skirt cuma rm100 je..! Lagi murah daripada beli kat luar..! Ada banyak pilihan....sampai rambang mata dibuatnya.. Dapat beli 3 helai..lepas tu mix and match dengan blouse..! Best kan..?
Ada tak yang korang berkenan..? Jom kita pilih sama sama..erk..
Jom..! Klik je kat SINI ye..
Tadaa… Siap dahhh !! Ari tu masa dapat , aku pening gak kepala camana nak pasang sistem home teater ni yang berjenama PIONEER ni !
Sebelum tu , aku cerita skit noo .. Aku kenal PIONEER ni sejak aku berusia 18 tahun .. Tu pon sbb abang aku beli set dan letak di rumah. Dia mmg giler layan movie guna sistem ni .. Dan aku terpengaruh dengan dia .. huhu ..
Dan sekarang , aku ada dah satu set ! Terima kasih PIONEER kerana menjadikan impian aku , satu kenyataan .. Huhuh.. Ok , sambung cerita .. Rupa rupanya tak sukar mana pon selagi kita ikut arahannya .
Segala masalah aku selesai bila aku beli 2 lagi kabel HDMI dan satukan pemain Blu Ray dan juga Astro ke receiver ! Dan hasilnya , terbaik !!!!! Sangat best ! Aku pasang kuat kuat pon , bunyinya tak pecah ! Memang best giler laaa..
Aku test memula dengan citer AVATAR .. PErghhhhh … memang sangat buat aku tak nak keluar rumah wooo ! Qhaliff yang takut dengan bunyi kuat pon berani lepak layan movie dengan aku ! Huhu ..
Ok , itu yang guna Blu Ray. Aku try guna Astro HD punya lak .. Layan Maharaja Lawak .. Dan rasa macam tengok live depan mata je sbb bunyi yang keluar tu , jelas dan terang berbanding sebelum ni ..
Mahal ke ? Aku rasa tak mahal mana pon .. Mampu milik je kalau benar benar korang kaki movie .. Sewaktu aku beli HDMI kabel ni kat satu kedai popular tu , mmg diorang pon syor PIONEER ..
Ok , aku nak sambung layan movie .. hahahaha … Terima kasih PIONEER ! Terbaekkk .. huhu ..
Siap tgk movie guna home teater.. skit pon dia tak terganggu !! Lena jer dia tidur .. huhu .. Tapi tetap kena angkat tidur dalam bilik gak sbb tak nak ajar dia tidur dpn tv ..
Ni pon sbb dia memberontak nak duduk dgn aku walhal dia dah ngantuk sangat .. hurmm ..
Dah lama aku tak tengok berita .. Lebih tepat lagi , tonton tv sbb aku tinggal kat umah mak aku , tv dikawal oleh .. hurmmm .. Sendiri mau ingat la kaannn .. Hehehe.. Tak kisah la.. Aku pun sibuk dengan keje aku gak … Tak sempat nak belek tv ..
Bila balik umah sendiri , dan dah pasang home teater yang cool giler ( nanti citer lain ) , baru nak layan tv balik . Dan malam ni , nak tahu perkembangan banjir di Pantai Timur..
Aku bukak la rangkaian yang dah cukup lama di Malaysia ni untuk tonton berita.. Tapi sayangnya , hampir 12 minit aku menunggu .. air setitik pun tak nampak ! Dok cerita pasal perhimpunan tu saja ! Lorrr ..
Aku terfikir , mana satu yang penting ni ? Di FB , ramai dok bercerita mengenai nasib nasib mangsa di sana.. Takde sapa nak cerita pasal perhimpunan tu pon !
Apa dah jadi ni ??? Kalau berlaku di luar negara , mungkin la kot tunggu segmen luar negara tapi ni dalam negara ! Apa yang berlaku , adalah lebih teruk dari yang dirasakan ..
Aku terfikir lagi .. negara kita ni antara negara yang banyak duit ! Bangunan baru .. Koridor sana sini .. tapi kenapa bab ni , masih perlu sumbangan rakyat ???
RM500 untuk mangsa banjir ? Hurmm.. Bersyukurlah ? Hurmm … Tak tau nak kata apa ! Aku bukan pro pembangkang atau cari silap kerajaan tapi kalau aku jadi mereka , aku batalkan saja perhimpunan atau tangguh ke lain masa dan beri tumpu sepenuhnya pada isu musibah yang melanda rakyat Malaysia ni ! Rakyat Malaysia yang memegang Mykad !
Dah layan ? Belum ? Hehehe .. Aku layan dah ! Ada orang kata , yang Lawak Ke Der 1 lagi best ! Tapi ada yang kata 2 lagi best ! Ok , bagi aku .. semua best ! Tapi yang ke 3 ni , ada dua muka baru iaitu Douglas Lim dan Jambu ! Ok , aku tengok dah ! Memang pecah perut la layan lawak diorang ni !!
Aku tonton baru baru ni Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama rakan rakan blogger yang lain . Rugi laaa tak gi layan ! Ramai blogger kata mmg best yang ni terutama Douglas Lim. Tak caya ? Gi la tengok sendiri ! Hehehhe ..
Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 secara langsung di depan mata ! Takde edit edit punya .. Live okeh !
Khabarnya Lawak Ke Der 3 mendapat sambutan hangat ! Benarkah ? Hehehe.. Kalau aku sendiri terpaksa cari parking sewaktu datang ke Istana Budaya tempoh hari , pastinya ianya bukan sekadar khabar angin ! Ianya benar la tuuu .. kan ? Hee..
Ok ok .. cerita banyak tamooo .. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE . Terlebih dahulu , apa itu ESCAPE ? Buat pelanggan CELCOM pasti tau kan ? Hee.. ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi korang yang boleh korang bawa ke mana sahaja , di hujung jari korang je .. Dengan ESCAPE korang boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi … Paham dah ? Ke tak paham lagi ? Tak paham lagi , layari www.ESCnow.com sekarang .. cepat !
Ok .. apakah berita baik itu ? Kini korang boleh tonton Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31/12/2013 , selama 6 bulan. okeh !! Confirm puashati punya laaa .. kan kan ?
Selain dari menonton Lawak Ke Der , korang berpeluang juga memenangi hadiah yang ditawarkan oleh CELCOM menerusi Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang mana hadiahnya ialah wang tunai sebanyak RM5 ribu , setiap hari !!
Cara untuk menyertainya ???
Mudah je pon.. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari bagi menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Kemudian Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
Paham ke tak ni ???? Macam takkk je.. Macam tak jerrr .. Hehehe .. Kalau tak faham , tak peeee .. Sila layari laman web ESCAPE sekarang jugak !! Hee… Jangan mara aa… Guwau jugaa .. Cepat la klik ..
ESCAPE ..Best ke tak ??
Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta) . Korang boleh pilih dan tonton mana mana sekali pun ..
Korang hanya membayar dan menonton filem kegemaran korang itu dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Haaa !! Berbaloi bukan ??
Kelebihan ESCAPE ialah • Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua .Masudnya ialah korang boleh menonton filem filem yang dipilih menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows).
Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.Korang juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
Sekali lagi… untuk maklumat lanjut layari www.ESCnow.com ,bila bila masa sahaja .. Takde paksaan punya .. Heee.. Guwau je yer .. Teringin nak jadi pelawak gak ni ! Hahah..
Selamat menonton !
Woww .. Dah keluar dahhh .. Hheheh.. Takut gak aku sebenarnya .. Yelah , setiap pergerakkan dirakam. Dah ala ala AF gitu. Aku nak kentot pon risau jer .. Hahaa ..
Ok ok .. rasanya korang dah tengok pon trailer dia kan ? Amacam ? Menarik kan ? Aku dah siap download dan simpan buat kenangan .. Mana la tauu kannn .. Heheheh ..
Jadi .. apakah yang menarik sangat Episod 1 , The Influencer tu ? Hehehe.. Task pertama yang aku tak tau langsung cara permainannya yakni , setiap peserta akan dinilai setiap masa ! Kemudian juri akan berbincang mengenai segalanya. Pastu keputusan dibuat ! Hehehe ..
Pengalaman aku .. Terus terang laaa , aku takde la simpan hajat untuk pergi jauh dalam THE INFLUENCER tapi aku tetap bagi komitmen aku yang terbaik ! Bersaing dengan mereka yang punya kekuatan tersendiri membuatkan aku lebih yakin berdepan dengan orang di luar dunia maya ..
Pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aku kena menari dan menyanyi pada masa yang sama ! Perghhh.. aku rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je bila ingat semula ! Tak sangka aku mampu lakukannya.
Rakan kumpulan aku dalam tu , sangatlah sporting dan amat membantu antara satu sama lain ! RESPEK ! Namun begitu , episod 1 ni mmg aku ngeri sangat nak tengok ! Hahahahha ..
Ok , bagi yang belum tengok .. Sila tonton .. Jangan kutuk yer .. hehehe ..
Siann.. main sorang sorang je diaaaa .. huhu .. Kalau kat umah tok dia , masa ni berpeluh abisss.. dok main lagi ..
Daddy ajak balik malam ni sbb .. nak settlekan home teater Pioneer tu haaa .. heeheh.. Dan akhirnya , berdentum jugakk ..
-iklan berbayar-
Memperkenalkan fenomena baru masa kini, Biskut lidah kucing pelangi atau bahasa cantiknya Rainbow Cookies.
Sebulan dua ni biskut lidah kucing atau rainbow cookies ni diperkenalkan dan telah menarik perhatian banyak pihak dari segi namanya lidah kucing atau mungkin dari segi rupanya yang sangat menarik, tapi semestinya dari segi rasa yang memang memberansangkan.
Fenomena ini dibantu oleh setiap bakers popular di Malaysia telah meperkenalkanya dengan cara yang amat kretif contohnya post lidah kucing pelangi kak azlita. Caranya yang sempoi dan gambarnya yang sangat cantik membuatkan ianya menjadi kegilaan buat masa kini.
Amsyarbaker juga memperkenalkan Biskut lidah kucing pelangi ini dengan cara yang sempoi, post kami di page facebook kami, amsyarbaker-cupcake dan kek kota bharu telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Boleh rujuk disini post pertama kami berkenaan rainbow cookies ni.
Permintaan biskut ini sungguh tinggi, fenomena rainbow cookies ini sepertimana fenomena durian crepe amsyarbaker baru beberapa bulan dipasaran kami telah memiliki agen yang ramai di seluruh negara, Jika anda ingin mendapatkan biskut lidah kucing ini bolehlah menghubungi agen kami seperti berikut :-
Jika kawasan ada masih tiada agen maka bolehlah terus order dengan kami atau anda dijemput untuk menjadi agen biskut lidah kucing pelangi amsyarbaker. Antara kelebihan menjadi agen kami, anda akan di iklankan di facebook page kami yang ada 28ribu liker dan semakin bertambah. bagaimana nak jadi agen kami? klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut ..
Tetapi jika anda hanya ingin menikmati biskut rainbow ni, anda bolehlah menghubungi agen kami atau kami di talian Whatsapp 0179072758 untuk menempah, dan kami meletakan sedikit syarat untuk tempahan pos laju ni. anda dikehendaki memesan sekurang kurangnya 3 pek dan kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda. RM2 untuk setiap pek ..
Terima kasih …
Yang ku idamkan , bertahun tahun lamanya .. Andai aku punya rumah sendiri , ruang tamu yang luas .. Maka , aku akan hiasi dengan set home teater !! Berdentum ko nanti rumah aku .. hahaha ..
Satu hari tu , aku dihubungi oleh wakil PIONEER .. Bincang punya bincang , maka .. Tadaaaaa .. Lihatlah di bawah ini !! Betapa gembiranya aku bila impian menjadi kenyataannnnnn . Tak tau la nak cakap camana .. hati punya gembira wooo !
Aku dihubungi melalui email untuk mengambil set home teater PIONEER ini di ibu pejabat PIONEER , Kuala Lumpur. Sepantas kilat aku ajak abang aku yang kebetulan ada di rumah memandangkan aku tiada kenderaan untuk pergi ke sana .. Hehehe.. Rezeki jangan ditolak..
Tepat jam 12.30 tengahari , aku tiba di situ dan naik ke tingkat 16 untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan pemberian unit ini kepada aku iaitu En. Ryan..
Penuh satu Mpv .. Ada 5 unit untuk aku iaitu VSX 923 , S-ER2L4 , S-ESR2CR , S-MS3SW dan BDP-160. Apakah semua ini ? Heheheh . Tu kena tunggu laa cerita yang berikutnyaaa …
Tadaa .. Akhirnya sampai ke rumah aku. Tak sabar nak bukak dan pasang ! Hehehe .. Aku whatsapp jiran aku .. Ajak dia sama sama pasang .. Yelah , nak pasang sorang sorang kang , ada pulak salah pasang. Sekurangnya bila 2 orang pasang .. leh gak berbincang andai ada yang tak kena kan ?
Operasi memasang bermula .. Apakah kesudahannya ? Hehehe .. Tunggu aku cerita di lain masa .. Maklumlah , nak pasang ni kena bagi komitmen sepenuhnya .. Hehehe .. Bukan senang mau dapat wooo .. Dah dapat , kena jaga betul betulll .. huhu..
Sedang enak aku tidur .. tetiba aku bangkit dari lena ku yang panjang itu .. Wife terkejut .. Dia bertanya kepada aku ..
“ Kenapa kekanda ? “ ..
Perghh .. bertuah laa kalau dia panggil aku gitu .. hahaha .. Takde maknanya yer ? Hehehe .. Bukan berdarah bangsawan aku ini .. huhu ..
Aku tanya dia , kat mana baju aku ? Pastu dia start membebel ..
“ Tu laa.. Dah tau nak tidur , pakai la baju .. Kan sekarang musim hujan. Sejuk .. “.
Aku jawab balik kat dia .. “ Ala .. segan la tak pakai baju. Diorang amik gambar tak pakai baju , pastu tweet ! Malu laa .. “ . Dan aku kembali baring lalu sambung tidur !
“ Ya Allahhhh !! Mengigau rupanyaaa … “. Wife aku mengucap panjang pastu ..
Hahahahah .. Kalau menang Academy Award aku .. tak tau la camana punya ngingau !