Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013

by - Isnin, Disember 09, 2013

 

Bila aku ditawarkan menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze Challenge ni , aku teruja. Bukan sebab hadiahnya tetapi cabaran misteri yang menanti ! Hehehe .. Ok , tipu la tak teruja dengan hadiahnya kan ? Heheh.. Tapi hadiah tu , no 2 .. Penyertaan dan kesempatan berjumpa dengan rakan rakan blogger yang lain , tidak patut dilepaskan ! Satu peluang yang jarang diterima.

Photo

Ok .. Bertempat di Piazza , The Curve segalanya bermula.. Aku datang awal untuk mencari mood agar dapat bertanding dgn penuh semangat .. Huhu.. Semangat nak menang nehh ! Takde la.. Aku sekadar mencari pengalaman jer .. hehe..

Jam 9.30. Segalanya bermula. Aku disatukan dengan kenalan blogger yang dah lama aku kenal , Isaac Tan .. Dan dua blogger lagi , Vee dan Hilda. Cun dua dua ni .. Hahahha ..

Tidak lama kemudian , penerangan diberikan. Apa yang patut dilakukan .. Dan , semua peserta / blogger teruja .. Tak sabar nak buktikan mereka adalah blogger yang penuh bersemangat dan aktif ! Bukan sekadar semangat depan pc jer ! Huhuh..

Preetttt ! Task pertama .. Perghh.. Kena kuat mental dan pantas untuk yang pertama ni .. Tapi , untuk cabaran MAXIS 4G BLOGGERS CHALLANGE 2013 ni bukanlah untuk mencari sapa terpantas sebaliknya , menghabiskan kesemua cabaran dengan sempurna .. Haaa .. jangan tersilap !

Setiap kumpulan dikehendaki gunakan Samsung Galaxy S3 yang dibekalkan untuk mendapatkan kod QR pada belon yang berhampiran bagi memperolehi kunci kereta serta klue seterusnya.

Kumpulan aku yang diketuai Isaac Tan , berjaya dapat klue. Kedudukan ketika ini , kami di tempat ke 4 rasanya.. Lokasi , ke Mad Monkeyz ! Aku tak tau apa tempat ni .. heheh .

Wow ! Rock Climbing ! Suka benar aku sbb aku tak pernah cuba tetapi bagi aku , aku takde masalah sbb aku mmg gemar memanjat sejak kecil dulu .

Selesai task kedua , kami dapat klue untuk task seterusnya iaitu ke Sunway Lagoon. Kat sana , cabarannya agak mudah. Go Kart ! Mampu dilalui dengan tenang .. Hehehhe .. Selesai ! Dapat dihabiskan dengan jayanya .

Dapat task seterusnya .. Kembali ke tempat permulaan iaitu , The Curve.. Dan kumpulan aku adalah kumpulan pertama yg sampai !

Cabaran ni yang kumpulan aku silap. Maklumlah , takde pengalaman .. Kena makan tembikai ! Tu jer ! Jadi , kumpulan aku makan la dengan sopan santun walhal ada antara mereka gunakan pengalaman mereka , ‘makan’ dengan gelojohnya ! Huhuh ! Bijakkk ..

Dan , mereka itulah yang menjuarai Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013 ni ! Pasukan aku , tarak menang pon .. Huhuhuh.. Kiciwa gue ! Hahahha .. Takde la.. tak kisah pon .. Aku datang pon sbb ni mmg keje aku .. Menang kalah tu , adat pertandingan .. Cool l kan ? Heee …

Tujuan utama pertandingan ni adalah untuk membuktikan bahawa MAXIS 4G LTE sudah meliputi diseluruh kawasan Lembah Klang dan beroperasi dengan cemerlang !

Aku yang gunakan Waze sbg GPS mencari lokasi yang diberikan di setiap check point , mmg pantas  jer. Takde sangkut sangkut ! Search pon laju ..

Akhir kata .. walaupun kumpulan aku tewas pertandingan ni , kami tetap bangga dapat lalui kesemua cabaran dengan cemerlang dan berpasukan ! Dan paling penting , kami dah merasai bagaimana MAXIS 4G LTE berfungsi dengan baiknya di setiap laluan kami !

Tahun depan nak masuk lagi ? Huhu.. Kalau dijemput , apa salahnya .. kan ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

1 comments