Prihatinkah kita ?

by - Selasa, Disember 17, 2013

 

Qhaliff cirit birit .. Setiap 2-3 jam pasti akan berak. Punca tak tau lagi .. Aku roger wife suruh pulang terus selepas kerja. Ikutkan dia , dia nak singgah pasar malam untuk beli sedikit barang untuk dimasak , awal esok pagi. Tak berani sangat dah nak makan kat luar sekarang ni .. macam macam penyakit ada dah ..

Selepas Maghrib , terus keluar ke Alamanda. Destinasi , ke Klinik Maria. Alhamdulillah , tak ramai orang kat situ. Jadi , tak perlu tunggu lama utk giliran berjumpa doktor.

Nama Qhaliff dipanggil. Masuk dan dirawat doktor. Alahai , baiknya doktor ! Sangat lembut dengan Qhaliff.. Setiap perbuatan dia , dia mintak maaf pada Qhaliff andai terkasar .. Huhu..

Doktor kata Qhaliff takde apa apa.. Mungkin virus sbb dia suka masukkan jari atau kutip menda lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.. Tu je.. Perut tak kembung , demam pun tiada .. Alhamdulillah.

Keluar dari klinik , terus ke Aeon . Nak beli barang sedikit dan air minuman untuk Qhaliff.. Mesti dahaga mamat ni .. Huhu .. Sian dia.. Tak bermaya. Penat berak …

Selepas beli barang , wife teringin nak makan aiskim McD. Ok je aku.. Gi la tapau. Aku dukung Qhaliff yang semakin mengantuk dan mula mamai. Berat badannya , 2 kali ganda bila dia mengantuk. Dia lepaskan badannya..

Ramainya orang beratur. Wife beratur panjang .. Hurmm.. Mengandung .. Senyum je aku. Takkan takde orang perasan kot ? Tak pe la.. Mungkin tak kot .. Berbaju gelap .. Jubah. Ok la..

Tiba-tiba aku perasan Qhaliff semacam je .. Aku check lampin dia. Dia berak dah .. Siann dia.. Aku call wife untuk batalkan niat membeli burger dan aiskrim.

Wife datang kat aku. Aku ajak gi basuh. Qhaliff takkan selesa begitu apatah lagi kalau dia dah nak tertidur. Wife kata dia terlupa nak bawak lampin sbb tak plan nak lama kat luar. Aku suruh dia gi beli kat Aeon memandangkan Aeon tak jauh dari situ. Aku dukung Qhaliff.. Wife tak boleh dukung dia sbb ari tu doktor dah larang dia dukung .. Uri rendah.. hurmm..

Aku dukung.. Terasa sakit dibelakang badan aku. Aku kena bergerak untuk hilangkan rasa sakit tu .. Aku tengok wife. Dia sedang beratur.. Semakin sakit belakang aku. Macam nak jerit je.. Urat belikat okeh !! Sakit wooo ..

Tak lama kemudian , wife datang .. Aku tanya dia … Takde orang kasi dia potong line ke ? Jawabnya hanyalah budak budak Arab tu je yang suruh dia beratur di depan mereka .. Yang lain , tak perasan kot.. Huhu..

Kemudian , terus ke tandas untuk cuci.. Dan di tandas , Qhaliff tersedar dan segar semula .. Lega sungguh aku ! Tak perlu dukung dan letak dalam troli..

Hurmm… terdetik dalam hati aku , rakyat Malaysia semakin pentingkan dirikah ? Disebabkan keadaan sekarang ini , menyebabkan masing masing berhati hati ? Hurmm…

Aku tak nafikan , masih ada yang prihatin .. Tapi jumlahnya amatlah kecik .. Dan mereka yang prihatin ini biasanya mesti punya ada pengalaman seperti aku ..

Aku up status di TimeLine FB aku untuk bertanya hal ini .. Banyak komen yang aku terima .. Menarik ! Aku kongsikan bersama korang eh ?

  • hakikatnyer ramai tak sedar perkara ni..ni pasaraya..kalau diklinik lg geram tgk..apak2 yg mengandungkan cacing tu yg duduk..kesian i yg ngandung kembar dlu..terpaksa sandar kt dinding..tak semua tapi masih ada spesis ni hahahaha...
  • Bukan kat pasaraya je..dlm bas,lrt..slalu yg prihatin ni yg bkn melayu je..kaum sendiri bila nampak terus buat2 tido (pengalaman sendiri..penah turun bas sekerat jalan then cari tmpat duduk jap sebelum naik bas lain)
  • Hahaha susah nye nk jmpa org2 yg prihatin skrg.. sy dlu masa tgh ngandung, tgh shopping brg baby sorg2, selamba badak je sorg apek ni langgar sy smbil buat2 sibuk carik brg yg sama.. sakit x hati?? Xde yg pernah prihatin pd sy spnjg sy mengandung dulu..
  • dh beratur pjg biat la ikut turn..klu nak suruh dia dlu alamat nya smpai ke esok la x berbayar brg tu haha.. dh la brg dia bnyk
  • Bgi dia dulu... pernah mengandung jd tahu bertapa beratnya dia nk bwk perot n brg
  • Kalau ibu mengandung takpe. Tapi kalau laki dia yg ganti dia beratur... sorry, me the young lady first. Tapi if dah terdetik niat dan terbagi laluan... biarkan je la dia bayar. Hari kita nanti x tau mcmana. My experience, Alhamdulillah.... Allah permudahkan jalan sometimes in small things. Sometimes kita rasa kita buat baik pun, kita tetap tak dpt mcm kita harapkan. Tapi, Allah akan beri ganjaran dlm bentuk lain. Spread the +ve vibe, it will sure make your day. Kalau tak, akan rs bersalah beberapa hari.
  • Hihihi itu lah perasaan sy ibu yg tgh sarat preggy....lenguh tau kalau nunggu lama.....kalau boleh x nak gi pasaraya tp kekadang tpaksa
  • bila pregnant ni kena tunjuk perut tu tayang besar2 baru mereka bg. hahahaa. pengalaman kat pasaraya ok lg. ce naik lrt. semua masuk lrt duduk n tido pura2 tak nampak pompuan peknen. kita sebagai org mengandung nampak keadaan begitu offer kat ppuan yg mengandung tu juga. sebab masih mampu brdiri lg. hihihi.
  • Pengalaman klinik ibu dan anak..checkup mengandung..ada ygpregnant terpaksa berdiri sbb sesetengah suami yg meneman isteri checkup duduk..konon nak teman isteri seblah yg duduj seblah...padahal patut pahamla mcmana perempuan yg pregnant..

Selagi tak kena kat batang hidung … selagi itulah ada yang tak sedar diri .. kan ?

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

4 comments

  1. Budak klau tido memg rasa makin berat didukung
    bab lampin sy nk pegi psar mlm pun ttp stanby jugak klau emergency apatah lg nk keluar pegi mkn yg ambil masa lama skit.1 bagpack anak tu sy bawak.siap semua.susu pampers air masak panas baju salinan.takut emergency.tp beg tu stanby dlm keta jer la.sy suka fikir klau jadi apa2 senang.
    Bab bg laluan kt ibu mengandung,memg realiti rakyat m'sia agak krg prihatin.org biasa ngandung ni tau la rasa bawak perut macam mana.

    BalasPadam
  2. rakyat malaysia makin takut.. makin berhati-hati.. makin bangang.. sorry to say :3

    BalasPadam
  3. zaman sekarang ni ramai orang yang pentingkan diri sendiri, CN dulu masa preggy 7 bulan shoping kat sogo, relax jer sorang akak melayu tu langgar ! selamat tak jatuh, then terus pegi mcm tu tak minta maaf, makcik cina pulak yang tanya CN ok ke tak..manusia..

    BalasPadam
  4. Huhu..betullah..semakin hr manusia kurang sensitif ngn keliling..n kurang prihatin..sbb knp is question to ponder..sbb kurang didikankah sehingga nilai2 moral dah xder lg dlm diri..yg pnting muhasabah diri..perbaiki diri..tunjuk contoh yg baik..biar org lain buat tp kita xmcmtu..

    BalasPadam