Merajuk , terus tido ..

by - Jumaat, Disember 27, 2013

 

Hurmm.. sian dia tapi dia kena belajar riak dan nada suara bapak dia ni .. Mana satu bergurau , mana satu marah .. dan mana satu mengajar ..

Sayang budak sorang ni.. Tapi kena didik dia betul betul. Aku tak  nak dia jadi cam aku dulu dan lebih baik dari aku , sekarang ni .. InshaAllah ..

Selepas ‘marah’ dia , aku akan pujuk dia dengan peluk .. cium ubun ubun dia dan nasihatkan dia .. Dia akan tepuk belakang aku berkali kali dan sebut .. “ Ba.. “.

Aku tau dia faham.. Camana dia faham ? Aku test dia berkali kali cam suruh dia pas barang kat mak dia di dapur dan buang sampah ke dalam tong sampah. Alhamdulillah .. Aku rasa dia belajar dari apa yang dia lihat..

Contoh satu lagi.. air kotak .. Hahahaha .. Sebijik dia ikut aku ! Dia tarik keluar straw yang ada dalam plastik , kemudian gigit untuk koyakkan plastik tu ! Hahahahah ..

Mata dia , pantas.. Apa yang aku buat , dia akan tengok.. Dan seperkara lagi .. Apa saja barang yang dia nak , aku amik dan sorok kat mana mana .. dia tau .. dia akan amik balik ketika aku leka ! Hahaha ..

Petang tadi , dia kena marah .. dia kopek slot sim tab dan hilangkan sementara stylus pen .. Saja buat gitu supaya tau yang aku marah dia buat gitu ! Marah pun bukan la sampai naik tangan. Buat gaya dan keraskan suara.. Terpaksa .. kalau tak , dia tau yang aku sayang dan manjakan dia sangat .. Hurmm.. Tamo jadi cam Sazali .. Terlewat.. Ini semua salah ayah !

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

1 comments

  1. Dlm mengajar anak mmg perlukan kesabaran. Solehah kagum dgn cara abg ben didik Qhaliff

    BalasPadam