Aku tak sokong ..

by - Jumaat, Disember 20, 2013

 

Photo: Sbb tu negara kita makin kucar kacir.. adanya org gini ( ramai lg ) yg diberi kuasa .. Salah siapa ?

Hakikatnya , benar cuma ayatnya tidak mencerminkan dia seorang yg berpendidikan tinggi ..

Aku tak tau kenapa bolasepak negara makin teruk walaupun ada peningkatan sedikit dari ranking FIFA dan letih dan nak amik tahu.. Harapnya pengurusan sedar la pasni ..

Nak kata pemain kita takde kualiti , ada .. Bagus main. Kawalan .. Cuma size badan tu perlu berisi skit.. Baru boleh bersaing dengan pemain luar terutama pemain Eropah. Kalau tengok pemain Asia sendiri pun , mereka berisi..Takat skill je , susah la .. Mental orang kita masih lemah walaupun nampak kuat ..

Bila aku kata gini , ada yang kata aku tak patriotik ! Tak de semangat kesukanan ! Ni aku nak tanya.. Yg dok main bola atas padang tu , main percuma ke ?? Diorang ke sana sini .. berlatih kat luar negara tu.. percuma ke ?? Rakyat melabur.. Bila tengok mereka main , pasang tv , gi kedai mamak .. gi stadium , semua tu kena keluar duit. Melabur ! Tapi kalau asyik takde keuntungan .. letih la ! Paling jauh boleh pergi , Asia Tenggara yg ada beberapa negara jer ..

Belajarlah dari sukan hoki .. Sukan hoki negara kita ni dicari bakat sejak dari kecik lagi. Bolasepak pon gitu gak tapi sayangnya , sejak kecik lagi dah ada campur tangan politik ! Sebab tu tak ke mana !

Mungkin ada yang kata aku ni main cakap jer.. Yer , mungkin.. Aku pernah ada pengalaman berkali kali.. Sewaktu pemilihan untuk masuk ke sekolah sukan .. Aku lihat mak ayah datang jumpa jurulatih. Bersalaman , ketawa .. pastu tunjuk anak dia .. Selamat ! Aku pulang dengan menitis air mata walaupun aku datang dari pasukan sekolah yang menjuarai  seluruh Wilayah Persekutuan. Aku menghampakan orang tua aku..

Politik kotor menghancurkan negara kita .. Tak kira ekonomi, sukan mahupun kebajikan rakyat ! Apa nak jadi ??  Salah rakyat jugak ..

You May Also Like

4 comments

  1. Akak pernah berbual panjang dengan seorang coach pasukan negeri yang resign sebab menyampah bila ada campurtangan politik. Paksa masukkan anak orang sekian sekian dalam pasukan walaupun kaki bangku. And yes, itu realiti walau di mana sahaja.

    BalasPadam
  2. bila da campur tangan politik dalam sukan , begitulah jadinya.. kasihan sungguk kepada mereka yang memang berbakat dalam bidang tu, tapi, tak dapat dipilih..
    secara jujurnya, memang saya bangga dengan pasukan hoki negara kita yang unggul di mata antarabangsa.. tetapi sukan hoki masih tidak diberi publisiti seperti bolasepak di negara kita...

    BalasPadam
  3. memang itu ler realitinya...campur tangan orang yang berpengaruh ini memang retis sangat....

    BalasPadam
  4. ambil sikap pejam mata butakan hati tulah yang buat prestasi bolasepak negara kita tak ke mana.. :(

    BalasPadam