Kisah sebenar sebuah kemalangan ..
Hurmm.. akhirnya , aku ‘jumpa’ jugak mangsa kemalangan yang pernah aku ceritakan di dalam blog aku , awal tahun ni.. Lebih tepat lagi pada 26hb Februari 2013 .. Tajuk Kalau Langgar Lampu Merah..
Mangsa yang juga dah jadi rakan aku di FB , kembali menceritakan detik detik kemalangan tersebut melalui perbualan singkat di ruangan message.
Dalam entri tu , aku bercerita apa yg aku nampak .. Maksudnya , sekilas pandang dan juga pendapat .. Tak semestinya tepat ! Sebab tu aku harap mangsa kemalangan tampil untuk bercerita semula agar dapat dijadikan pengajaran buat aku dan juga rakan rakan pembaca sekalian. Dan Alhamdulillah , akhirnya aku dapat cerita sebenar ..
Menurut mangsa yang memandu mpv tersebut , motor yang tiba-tiba masuk ke laluan dia walhal dia memandu sekitar kelajuan 60-70 kmj , tidak perasan kehadiran motor yang tiba-tiba berada di laluan dia .. Dalam entri lepas , aku tulis ‘aku rasa kereta tu dipandu laju.’ .‘Rasa’ aku tu tak rupanya tak tepat dan aku dah mohon maaf padanya.
Maksudnya.. dia di jalan lurus.. Motor tu , patut tunggu lampu hijau baru masuk simpang .. tapi tak .. dia langgar lampu merah utk teruskan perjalanan !
Laporan polis dah dibuat dan penunggang motor tu menafikan dia langgar lampu merah . Tapi aku tahu la lampu tu lampu merah sbb aku kat situ. Kereta lain pon dok menunggu utk meneruskan perjalanan.
Menurutnya lagi , dia yang sedang mengandung 3 bulan anak perempuannya mengalami beberapa kecederaan. Nasib baik ada air bag ..
Dan Alhamdulillah , ada orang Indonesia sudi hantarkannya ke hospital Putrajaya . Masa tu jam 8 lebih ..Pagi .. Manakala penunggang motorsikal yang patah kaki tu sampai hospital yang sama , jam 10 lebih. Tunggu ambulan..
Mangsa , taknak panjangkan cerita setelah penunggang motorsikal enggan mengaku salah langgar lampu merah. Tak pe la.. Yang penting , semua selamat ..
Dan yang paling penting , ialahhh .. tak kira apa jua lampu sekali pun .. tak kira sapa sapa pun , sila berhati hati ! Termasuk aku juga !
Panjang dia cerita .. tapi cukuplah kot untuk pengajaran kita semua .. Hati hati di jalan raya .. Dan jangan lupa pakai seat belt tuuu ! Aku cukup tak suka pakai.. huhu .. Pasni pakai laa..
Kat sini mmg selalu ada kemalangan . Takde pulak kamera AES ? Hee.. Tak menguntungkan kot ?
2 comments
rugi kot.. baik letak dekat bandar atau pekan.. ade untung sikit.. haha
BalasPadamBerhati-hati adalah kunci nya.. Juga jangan laju-laju..
BalasPadam