Aku sokong kata saudari Zeeda ni .. Sebelum ni tersebar gambar perempuan mengandung di dalam komuter terpaksa duduk di lantai kerana tiada yang prihatin. Sayangnya , mereka yang komen tu kaitkan dengan bangsa ! Aparaaaa !! Komen guna akal skit !
Tak kira bangsa la menda ni , di Malaysia ! Nak salahkan sapa ? Kita tengok la apa dah jadi dengan negara kita ni .. Segalanya mula pentingkan diri sendiri. Kerana apa ? Kerana terpaksa !! Kalau lembut hati , kita dipijak .. Sapa yang ajar semua ni ? Haaa.. Jangan pandang aku .. Kita selak balik diari kehidupan kita.
Hurm.. saban hari , kita tengok di internet.. Apa yang kita baca ? Macam macam cerita dan karenah. Kalau ‘New Feed’ aku penuh dengan ayat ayat cinta budak sekolah , mmg aku hide laa.. Mual baca. Mak ayah bertungkus lumus cari duit .. antar anak gi sekolah.. anak ? Kononnya dah besar laa eh ?
Dunia kita semakin mementingkan perut sendiri . Tak caya ? Masih ada yang kata ‘ asal dia senang.. dapat makan .. ada keje .. keluarga dia ok , dah laa ‘ berbanding yang prihatin terhadap jiran tetangganya samada dia dah makan ke .. sihat ke.. Takde kan ?
Kita tak perlu menuding jari.. Keadaan memaksa kita begini. Cuma kita bernasib baik masih selamat kerana kita punya AGAMA ..