Hurmmmmmm .... gelak ehhhh .. tak peee .. tak peeeee... Aku ingatttt .. ingatttt nehhhh.. Huhhh...
Tak nak post dah gambar Qhaliff .. Tak kiraaaa !!
AVENT.. Sapa laaa yang tak kenal syarikat yang dah cukup popular ni .. kan ? Terkenal serata dunia dah dengan produk barangan bayinya tu..
Tahun ni AVENT akan menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 30 tahun dan akan menganjurkan satu pertandingan khas untuk semua ibu bapa dan pastinya pertandingan ini menawarkan hadiah yang dari Philips Malaysia yang bernilai RM699 untuk dimenangi !
Apa yang perlu dibuat ? Sapa yang layak join pertandingan ini ? Bilakah ianya bermula dan berapa ramai yang boleh memenangi pertandingan ini ?
Hadiah
Ok.. aku mulakan dengan hadiahnya .. Sebab kalau menarik , pasti ramai teruja nak join kan ? Ke nak tau sapa je yang layak join ? Hahahah .. Ok ok.. Aku kasi tau hadiahnya terlebih dahulu ..
Philips Malaysia dengan sudinya memberi hadiah kepada para pemenang yang terdiri dari dua kategori :
•4 x grand prizes: produk Philips AVENT bernilai sehingga RM 699
•Top ten (10) voters akan menerima Philips AVENT Toddler Meal Time Set setiap seorang .
Para pemenang akan diberitahu melalui email oleh Philips AVENT Malaysia berdasarkan permohonan lengkap yang anda isikan sewaktu nak join masuk pertandingan ni.. Jadi , tolong isikan dengan lengkap dan tepat ! Kalau tak tepat , camana nak bagitau anda menang ?? Haaa.. Kan dah rugi !
Dan pemenang yang tinggal area Lembah Klang bolehlah amik hadiah tu sendiri di showroom yang akan diberitahu pada anda kelak. Senang gituuuu.. Tak yah tunggu tunggu .. kan ??
Syarat Pertandingan
Amacam ? Menarik ? Aku tau dahhhh .. menarik punya ! Bukan susah pon nak join pertandingan ni.. Haaa.. Sekarang aku bagitau sapa yang layak join ..
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk dengan kelayakan yang diiktiraf mahupun mereka yang ada passport .. Heheheh..
Yang kedua … Pastikan anda jadi fan di Philips AVENT Facebook Page (http://www.facebook.com/PhilipsAvent.my dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.
Setiap peserta cuma layak menang satu hadiah saja yang ditawarkan .. Adil la kan ? Kasi orang lain gak laaa kannn .. haaa ..
Tarikh Pertandingan
Pertandingan Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ini akan bermula pada 24hb Februari 2014 dan berakhir pada 30hb Mac 2014. Mana mana penyertaan dan undian selepas tarikh akhir , tidak akan diamik kira yer .. Harap maklum. Jadi kena cepat cepat cepatttt hantar sebelum tutup. Aku pun nak hantar gak ni !
Cara Penyertaan
Ok .. untuk menyertai pertandingan ni , mudah jer .. Sila ke Philips AVENT Facebook Page dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.
Kemudian lengkapkan segala maklumat anda dan juga anak anda di form yang disediakan di situ. Pastikan lengkap dan tepat yer.. Kang menang , alamat tak betul .. rugi dah !
Ok.. dah ? Sila upload gambar anak anda tidak melebih 5MegaBytes dan sila pilih kategori yang di dalam senarai yang disediakan seperti di bawah ini .
Jangan lupa sertakan ucapan yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih tidak melebih 500 patah perkataan dan pastikan ada hastag #PhilipsMumsWish ini.
Siap ? Ok, bahagian paling mudah.. Kongsikan penyertaan anda di Facebook Twitter and Instagram dan mintak rakan rakan anda undi anda di kesemua media sosial yang aku bagitau tuu.. Haaa..
Ok .. Setiap kategori ada pemenangnya. Ini bermakna ada ramai pemenang. Diulangi , setiap peserta hanya layak menang satu hadiah saja ..
Pemenang akan dipilih melalui penyertaan yang kreatif berdasarkan gambar dan juga ucapan yang dihantarnya. Setiap peserta boleh hantar sehingga 5 penyertaan.
Jangan risau .. kalau tak menang bahagian yg dinyatakan tu , boleh cuba utk bahagian TOP TEN VOTERS tuuu.. Haaaa ..
Apa lagi ? Jom la join.. Aku pon nak gak join ni.. Nak cari gambar Qhaliff paling comel ! Heeee …
Air mula dicatu di kawasan perumahan aku .. Hurmm.. Sebelum ni , kualiti udara sangat tidak bersih ! Kenapa ? Ada je hutan belukar terbakar dan udara tidak begitu nyaman terutama di sebelah pagi.. Kalau dulu boleh je tarik nafas dalam dalam.. Sekarang , kalau tarik nafas je .. check lubang hidung , berkerak dah ! huuhu..
Ada sekali tu .. nak gi kerja.. Tengok tengok atas kereta dan laman rumah .. Tu diaaa .. debu dari tapak kebakaran yang terbakar di kala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur ! Bomba gak berjaga padamkan kebakaran.. huhu ..
Bayangkan.. secanggih mana kita , anda dua nikmat Allah ini ditarik semula , bayangkan apa jadi pada kita nanti .. Hurmm..
EPHYRA , satu produk kesihatan yang tak perlu lagi nak diceritakan mengenai kelebihan mahupun kebaikannya kerana ramai telah menggunakan produk ini dan tidak menafikan perubahan yang telah dialami mereka .. kan kan ?
Ok .. buat yang tak tau , EPHYRA telah melantik secara rasmi Norman Hakim dan isterinya , Memey Suhaiza sebagai duta produk mereka.. Tahniah buat mereka berdua ! Hee… Sesuai sangat mereka berdua ni..
Memey mula menggunakan EPHYRA sebagai salah satu minuman kesihatan pada awal Julai tahun lepas .Menurutnya sejak menggunakan EPHYRA ,kulit lebih lembab dan tidak kusam lagi .
Sebelum ni kulit kering dan kusam mahupun tak sekata pun adalah salah satu masalah kulit yang dialami oleh Memey . Selepas menggunakan EPHYRA secara sukarela , dia postkan gambar di Instagram akaun miliknya utk berkongsi dengan mereka yang lain akan kesan dan kebaikannya ..
Setelah beberapa bulan gunakannya , ramai mula perasan perubahan ketara yang dialaminya termasuklah suamnya , Norman Hakim dan juga peminat peminatnya di Instagram. Menariknya ketika tu Memey juga sedang menyusukan anak , baby Awish.. Maknanya EPHYRA juga sesuai untuk ibu yg sedang menyusukan anak.
Puan Amiza , pengasas EPHYRA yang memerhati Memey sejak menggunakan EPHYRA ni mula mendekatinya dan terhasillah satu kerjasama diantara mereka.
Norman yang terasa perubahan pada isterinya tu , turut berminat untuk mencuba produk kesihatan yang mula dikenali ramai ketika tu.. Katanya sejak mengambil EPHYRA , badan lebih cergas , bertenaga dan rasa lebih sihat .. Kulit ? Tentu sekali lebih lembab dari sebelumya. Dan paling penting ialah produk ini terbukti halal oleh Jakim dan punya sijil dari KKM..
Dan secara rasminya , pasangan ini dilantik menjadi Duta EPHYRA !
Buat pengetahuan korang , ramai dah guna produk ni termasuklah beberapa orang blogger terpilih dan ada aku tanyakan pada mereka kesan dari produk ni dan alhamdulillah , mereka berpuashati termasuk aku ! Hee..
Apa salahnya cuba sesuatu yang baik kan ? Bagi yang berminat nak mencuba , sekarang ni EPHYRA ada keluarkan dua jenis size utk jualan :
1 ) PREMIUM PACK ( 30 sachets )
RM197 (Semenanjung Malaysia)
RM207 (Sabah Sarawak)
2 ) TRIAL PACK (10 sachets)
RM68 (Semenanjung Malaysia)
RM78 (Sabah Sarawak)
Bagi yang berminat , boleh layari www.oceanlife2u.com utk maklumat mengenai dealer / kedai / farmasi berdekatan anda.
Tunggu apa lagi ??
Alhamdulillah.. Setelah seharian diletakkan di dalam beras yang mana Nokia Lumia 1520 ni berendam dalam air hampir semalaman akibat salah sendiri.. Jangan pandang aku yer ! Tapi tak leh salahkan wife gak… Hahaha ..Tak kisah laa.. Apa pon , rezeki gunakan handphone ni seperti ada je laagi ! Heheheh ..
Memula pasang.. takde apa apa.. Aku dah putus asa. Nak hantar je ke ‘hospital’ esok.. Berapa kerosakkan pon , bayar je laaa .. Huhuhu..
Waahh.. menyalaaa ..berkali kali berkelipan ! Legaaa rasanya.. Bila aku update je entri ni , dah tak nyala !
Ok.. esok gi spital ! Arghhhh…
Hurmm… dia dah terasa tercabar ke ? Bukan apa .. sejak baik dari demam ni , perangai dia berbeza dari dulu. Makan , dah kurang.. Tapi kalau mak aku suap , nak je dia makan..
Kalau merajuk ? Dia punya guling serupa ada lagu Kabhi Kushi Kabhi Gam dalam kepala dia .. Selagi ada ruang , selagi tu dia guling ! Ruang abis , dia pon stop guling dan teruskan menangis tak berair mata !
Lagi ? Berkepit ngan aku jer .. Mood tak boleh dijangka dah skang ni.. Aku tak tau la kalau jerebu skang ni mempengaruhi perangai dia .. Huhuh..
Yang pasti , mmg boleh buat aku tukar jadi Hulk kekadang .. Huhuh..
Bawak ke ke Taman Cabaran. Kasi dia berpeluh sedikit setelah berhari tak berpeluh.. Hurmm..
Masih lagi kelihatan lemah. Tak pulih lagi tenaga dia setelah berhari tak de selera nak makan.. Hurmm.. Sian dia ..
Serius , time gini mmg mencabar kesabaran ketika melayan karenah dia .. huhu ..
Sejak demam hari tu , Qhaliff tak dapat tidur dengan lena .. Sian dia .. Bila dia tak lena , semua orang tak lena ..
Tapi bila dia dah lena , orang lain tak leh nak lena gak sbb masa ni la baru leh buat kerja .. Huhuhuh…
Ginilah hidup berkeluarga. Berbeza masa bujang dulu.Tanggungjawab besar dan terasa terisi setiap saat .. Tiada lagi istilah rehat.. Segalanya perbuatan perlu difikikan baik buruknya. Tak leh main belasah jer..
Sepanjang perjalanan nak ke taman permainan , dia punya bebel .. perghhhh .. sepatah haram aku tak paham .. Tapi aku layankan jer ! Hehehehe …
Seperkara lagi.. Makin garang la dia skang ni. Mentang mentang nak jadi along ! Amboiiii …
Sampai kat taman , dia belasah je nak main apa saja.. Semua dia serbu. Tapi kat mana ada orang main , dia tak gi kacau . Dia biar je .. huhu ..
Kecualiii !!!
Dia nampak abang abang ni main bola, bersungguh dia keja dan nak join sama ! Huhuhu.. Kesian pulak aku tengok dia.. Siap menangis lagi.. Terpaksa aku pujuk ajak balik ..
“ Esok kita gi gym yer.. Layan gym best skit.. Takde rasuah sangat.. “ .
Alhamdulillah … Paksa dia keluar hari ni.. Berjalan di Alamanda pastu di taman .. Dan makan aiskrim vanilla.. Petua kawan kawan .. hahahaa..
Dan hasilnya ?
Esok ibu leh gi work , daddy leh gi gym.. Harapnyaaaa …