Kawan FB aku , Ain telah sudi berkongsikan info ini dengan aku . Info ini yang diambilnya dari fan page Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel rasanya sesuai untuk rakan rakan yang bakal bersalin tidak lama lagi .. InshaAllah ..
Terima kasih Ain ..
Amalan Semasa Berpantang
-Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
-Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
-Berbedak/berparam juga dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasuki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
-Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
-Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
-Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
-Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
-Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini
berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
-Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
-Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.
-Selain daripada sayur2an sejuk, buah2an seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.