Berbunga hati daddy bila nampak anaknya berlari ke arah daddy dia dengan penuh senyuman !
Olollolllooo……
Tapi segalanya berubah.. riak muka daddy pon berubah !
Qhaliff menjerit ..
“ Nak tuuu .. nak tuuuuu ! “
Huhhhhh !
Berbunga hati daddy bila nampak anaknya berlari ke arah daddy dia dengan penuh senyuman !
Olollolllooo……
Tapi segalanya berubah.. riak muka daddy pon berubah !
Qhaliff menjerit ..
“ Nak tuuu .. nak tuuuuu ! “
Huhhhhh !
Tiba di Seoul Incheon International Airport , pada jam 6.30 pagi , (waktu Malaysia). Staff SAMSUNG dah sedia menanti untuk memulakan pengembaraan menerokai hutan batu di Seoul ni ! Yessszaahhh ! Tak sabar aku !
Bersama sama rombongan dari Malaysia , ada beberapa lagi influencer, Abang Nara dari BeautifulNara dan CityGal dari KampungBoy CityGal dan wartawan dari beberapa akhbar.
Kenderaan untuk membawa kami ke hotel dah sedia.. Jom !! Gerakkk ! Cepaatt !!
Masuk je perkarangan hotel kami menginap , aku kagum dengan persekitaran situ.. Bersih , nyaman walaupun cuaca dikatakan panas tapi bagi kitorang yang datang dari negara panas, ianya biasa jer.. ! Panas mereka , masih lagi berangin.. huhuh..
HOTEL SHILLA SEOUL
Memandangkan kami hanya boleh check in jam 3 petang , maka kami diberi keistimewaan.. boleh gunakan spa hotel untuk membersihkan diri dan menukar pakaian ! Yup , hotel yang sangat bersih ! Kawasan persekitaran , nak jumpa sampah pon susah woo !!
Selepas mandi , bersiap dan.. rombongan influencer dari negara lain sekitar Asia Tenggara juga turut tiba. Indonesia , Thailand, Singapura Vietnam dan Filipina.
Ada rakan di Facebook bertanyakan mengenai kawalan keselamatan memandangkan baru-baru ni Korea antara negara yang diserang wabak penyakit MERS. Kerajaan Korea telah mengisytiharkan negara mereka telah bebas dari penyakit tersebut namun mereka tetap membuat persediaan dan kawalan keselamatan yang ketat.
Kamera Thermal Graphics ni diletakkan di setiap pintu masuk lapangan terbang dan juga hotel.
Siap daftar.Kami diberi satu ID iaitu badge Samsung untuk memisahkan mereka yang hanya amik HALAL dan tidak ketika makan tengahari dan makan malam nanti.
Ok… Jom ke destinasi pertama !
BISTRO SEOUL yang bakal kitorang tujui. Terletak di Samseong-Dong Oakwood , bistro yang dikatakan menyediakan makanan Korea yang sedap dan menarik ini pastinya tak sabar untuk aku rasai ! Hehehe.. Lapar pon satu hal..
Jom makan ! Mereka asingkan yang HALAL dan NON HALAL.
Sedap ! Nampak skit tapi cukup mengenyangkan ! Huhuhuh..
Selesai makan.. Semua bergerak ke destinasi yang ditunggu tunggu !
SAMSUNG INNOVATION MUSEUM ( SIM )
Di sini , pengunjung dilarang amik gambar kawasan persekitaran ! Haaa… Atas faktor keselamatan gituuu… Maka , sila jangan gatal gatal amik gambar yer .. Tapi dalam muzium , tak pe !
Bagi mereka yang gemarkan barangan elektronik dan gadget pasti akan teruja sungguh ! Aku sendiri pon teruja tapi tak sempat nak luang masa lama sangat sebab kena ikut jadual ! Maka , mana yang sempat buat , buat cepat cepat ! Hahahaha .. Sila bergambar dan amik gambar !
Sejarah SAMSUNG dan segala inovasi mereka diletakkan dalam muzium ini ..
Gambar atas ni , obor yang digunakan untuk menyalakan api di sukan Olimpik !
Gambar bawah ni.. Mesin basuh pertama di dunia ! Bayangkan berapa banyak info boleh dapat dalam muzium ni ! Hahahaha .. Ada television , vacuum , telefon bimbit pertama di dunia .. dan banyak lagi !
Kalau tak silap aku ada 3 tingkat kesemuanya untuk diterokai. Seronok dan menarik sekali !
Kemudian ke GAROSU-GIL untuk menerokai syurga membeli barangan kosmetik ! Huhuhuh.. Haa , disini sapa yang mampu berbahasa Korea ..pasti akan ada kelebihan ! Dalam group aku , AbangNara fasih berbahasa Korea kerana dulu dia belajar kat sini.. 7 tahun !
Selesai cuci mata ! Jom makan malam lak !! Nak beli ,tak tau nak beli apa ! Hahahaha… Semua best je nampakkkk ..
ITAEOWN – WOL HYANG
Cantik kan gambar ? Ni guna Samsung Galaxy S6. Hehehehe..
Ok.. Perut dah kenyang , kan ? Hehehe.. Tiba masa untuk bershopping di Dongdaemun !
DONGDAEMUN MARKET TOUR
Fuhhhhh.. Shopping kat sini tak perlu risau kena marah atau kena jegil bijik mata ! Hahaha.. Tanya la apa pon , mereka jawab dan takkan marah..
Dan aku berjaya abiskan RM400 di sini saja ! Huhuhuh… Terus terang aku katakan.. sangatlah bersih walaupun kawasan ni dipenuhi orang ramai dan menariknya , mereka berniaga 24 jam tanpa henti !!
Abis shopping.. terus balik hotel dengan teksi. Teksi guna meter dan takkan kena tipu punya. Pesan AbangNara, jangan amik teksi warna hitam. Tu ekslusif punya.. hehee..
Di bilik.. lepas mandi.. tak sampai seminit letak kepala atas katil ,terus lenaaaaa !
Sakit perut ! Aku tak tau laaa kenapa boleh sakit sangat perut semalam.. Tak sabar nak masuk bilik hotel. Huhuh.. Tapi bila dah dapat masuk , dapat duduk.. dan lepaskan hajat.. timbul satu masalah !
Puaslaaah aku menekan segala butang kat situ ! Macam tekan papan kekunci komputerlak ! Tapi tak tanda tanda air nak bergerak ! Takkan rosak kot ? Nak call ‘bantuan’ kat bawah ? Aiseyman.. Gilo koo apoooo .. Kang tengok bahan hampas perut dok terapung menari nari , malu den ni haaaa.. mana nak sorok muka ! Hahahahha ..
Aku cuba dan cuba dan cuba ! Gagalll sama sekali ! Yang berjaya ialah part mencuci.. Hahaha.. Siap ada angin lagi kooooo.. Sejuk dan panas tetiba rasanya ! Hahaha.. Adehhh … Aku nak flush laaa ! Camana haa ???
Aku keluar dari bilik air dan berfikir camana nak selesaikan masalah aku..
Aku terpandang bekas sampah yang diperbuat dari plastik yang sangat kukuh. Aku tersenyum.. Ah , lega.. selesai masalah aku ! Tapi , kalau curah air dalam tu.. kot kot air tak clear camana ? Malah takut melimpah keluar lak.. Haaaa ! Camana tuuu ?
Aku try curah dan .. fuhhhhh ! Legaaa kooooooo !! Dan tadi , aku sakit perut lagi.. Try gak la guna tandas ! Akhirnyaaa.. akhirnya , aku berjaya ! Berjaya ! Pastu aku cuba sekali lagi… kali ni tak berjaya ! Aku guna cara manual sekali lagi jer laa ! Hahahaha.. Adeh..
Dan akhirnya.. bila nak balik , baru pandai guna .. Huhhhh!
“ Qhaalifff.. Turun… Jangan panjat aircond tu ! “.
Abang Nara , teman sebilik aku di Seoul , Korea menceritakan kembali detik detik cemas aku mengingau malam tadi ! Hahahahha.. Rindu kat Qhaliff la tuuuu ..
Apakah aku saja merindui kedua dua buah hati aku tu ? Hurmm.. Mereka ?? Nasib baik mak diorang ada tapi sekejap je la.. Bila gi kerja , haaaa… camana ?
Best part , pagi tadi.. Bila wife nak keluar gi kerja.. Kedua dua dah standby depan pintu ! Qhaliff dah siap pegang kaki nak ikut.. Tak pernah pernah sampai tahap gitu ! Huhuhuh..
Nakk tak nak.. kena cekalkan hati dan keringkan hati.. sekering keringnya ! Mak diorang gi gak kerja.. Hurmm.. tak pe la.. esok cuti sehari ! Huhuh.. Malam daddy balik !
Untuk redakan ketegangan… wife yang berat hati gi kerja tu pon berjanji nak bawak diorang keluar petang nanti.. lepas abis kerja ! Tapi bila sampai rumah..
Lena dua dua. Hurm.. tak pe la.. Khamis nanti , kita bertiga duduk rumah ehhh.. Aircond kat rumah dah ok dah ! Huhuhuh…
Antara negara yang aku ingin sangat melawat ialah Korea dan Jepun. Nampaknya , ke Korea dah jadi kenyataan ! Dan lagi menarik , pemergiaan aku ditaja sepenuhnya oleh SAMSUNG MALAYSIA.. Amacam ? Sapa sangka kan ? Hanya dengan berblog je , aku dah sampai Paris , Toulouse dan Seoul ! Dan ke ibu pejabat syarikat gergasi dunia tuuu ! Haaa…
Menantikan hari yang bakal mencipta sejarah tersendiri pada diri aku..
Dan… akhirnya !
Dan.. tepat jam 6.30 pagi.. mendaratlah Korean Air yang aku naik tu.. Seronok ? Huhuh.. lega sebenarnya.. hehehe..
Dan menginaplah kami di sini….
Fuh.. hari ni punya agenda memang pack sangat ! Ni baru boleh masuk bilik… Jam10.30 malam ! Haaaa.. Penat woooo.. Nanti aku cerita lagi eh .. nak pengsan jap ! Tak larat tahan mata.. Huhuhu..