Baru-baru ini Bank Rakyat telah melancarkan aplikasi yang menarik dikenali dengan “TouchStyle“. Ia direka khas untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan yang betul terutamanya dalam kalangan golongan muda seperti aku.. hehee..
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS dan Android secara percuma.
Aplikasi yang pertama di Malaysia ini adalah yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah yang juga amat mesra pengguna. Jadi , tunggu apa lagi , kan ? Aku dah pun download..
Kalau nak tahu update terkini daripada Bank Rakyat, boleh pergi ke website bank di www.bankrakyat.com.my, FB dan Twitter Bank Rakyat @mybankrakyat. Dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian Bank Rakyat di 1300 80 5454
Semoga aplikasi ini dapat membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih cemerlang !
Sila pastikan letak tempered glass walaupun dah guna gorilla glass ! Heheheh.. Kalau retak , mahal woo nak ganti ! Baik beli baru jer.. Hehehee…
Aku punya Sony dan OppO , dua dua dah ternoda ! Tapi aku cool jer.. Bukan kali pertama berlaku.. Banyak kali dah.. Aku tau tempered glass akan menghalang dari skrin asal rosak… InshaAllah..
Seperkara lagi.. Kalau nak beli , kena gi kedai aksesori.. jangan beli kat kedai handphone.. mahal wooo ! Markup tak hengat punya ! Kena rajin survey skit.. kalau tak rugi berpuluh ringgit..
Jangan sayangkan harta dunia.. Kalau sayangkan sangat , nanti diuji.. haaa.. Masa tu teriak tak hengat punya !
Teringat kat Korea ari tu.. Lepas seharian pusing bandar Seoul ditambah lagi tak rehat selepas tiba dari Kuala Lumpur , aku dah jangkakan yang malam aku pasti akan payah nak tidur gara gara kelenguhan kaki. Nak suruh orang urut , takde .. hehehe ..
Nasib baik laa aku dah standby awal awal ! Aku dah letak dalam beg. Aku tahu sangat aku akan memerlukannya nanti terutama di malam hari. Kalau sapu kat kaki pastu baring.. confirm sedar sedar dah siang hari ! Huhuhuh..
Sebelum aku pergi Korea , aku dah bagi 2 botol pada rakan blogger aku. Saja kasi dia try. Aku bukan jual pon..Heheheh. Dan hasilnya ?? Produk yang bagus , kena la war war kan , kan ? Heheheh.. Takkan biar je gitu…
Nak cuba ? Sila rujuk SINI ..
Qhaliff pakai jaket tu dan berkata..
“ Daddyy… “.
Maksud dia , cam daddy ! Dia meniru gaya aku ! Manakala Zahra , aku bagi roti canai.. dia gigit dan buat macam tu ! Hurm.. Ni perangai sapa la pulak dia ikut ?
Budak budak ni macam span.. serap segalanya ! Tak kira baik atau buruk.. diorang akan ikut jer ! Bayangkan jika diorang yang rapat dengan aku ni , aku kaki merokok ! Terus terang , bapak aku kaki merokok dan aku beberapa kali masa kecik pernah cuba nak menghisap rokok tanpa pengetahuan dia ! Perasaan teringin tu terlalu kuat..
“ Mesti best hisap rokok kan ? “.
Sian kat anak anak kita..
Hurm.. semalam ke Melaka. Sebelum bertolak , perasan pipi Zahra ada bintik bintik. Wife kata kat peha dia pon ada.. Bintik bintik halus.. Kemudian sapu dengan losyen jenama apa tah.. Katanya untuk hilangkan kemerahan kesan dari alergik..
Di Melaka.. muka dia makin merah ditambah dengan panas terik. Ramai tanya kenapa dengan Zahra. Hurmm.. Hari sebelum tu , ada aku bagi dia makan telur. Aku rasa sebab tu kot ? Sebelum ni ada gak naik kat dahi dia.. hurmm…
Yang merisaukan aku ialah suntkan MMR. Aku risau nak bagi kat dia. Dia lom amik lagi sebab sebelum ni dia asyik tak sihat. Kena tunggu sihat betul baru boleh amik..
Hurm.. kena tanya pakar pasni..
Kali pertama naik Korean Air. Tak tau camana keadaan di dalamnya dan krew serta apakah mereka akan sediakan skrin untuk tonton movie memandangkan perjalanan memakan masa 6 jam lebih untuk sampai ke Seoul , Korea. Apakah sama macam Emirates ? Hurmm.. Kapal terbang yang digunakan ialah Boeing 777-300
Bertolak hampir tengah malam dan sampai subuh hari di sana. Perbezaan masa cuma sejam di depan waktu Malaysia.
Ok… Dan dipanggil masuk ! Dan.. segala pertanyaan terjawab..
Ah , legaaaa ! 6 jam takkan membosankan ! Aku dah ready 2 movie terbaru dalam handphone aku tapi disebabkan dah ada movie termasuk yang terkini , maka.. aku leh simpan handhphone aku. Port usb untuk charge handphone pon ada.. Terbaik !
Camana pulak dengan makanannya ? Masa booking tiket tu ada rasanya pertanyaan part makanan ni.. Hehehe.. Tiket aku ni diuruskan oleh Samsung sendiri.. Maka tak tau sangat tapi yang pasti , makanan halal disediakan !
Aku dah naik Emirates dan Korean Air.. Katakan aku cuma ada dua pilihan untuk ke Korea , mana satu akan aku pilih ? Maka aku akan pilih Korean Air..
Tak tau mana nak pergi hujung minggu ni ? Aku ada cadangan.. Sila ke Tasik Perdana , Kuala Lumpur ! Pasti akan mengujakan anda.. Kalau nak pergi , pergi awal pagi dan bawak payung.. hehe.. takut panas terik lak.. sian anak anak.. atau kekasih hati.. heee.
Aku dah gi ngan Qhaliff kelmarin dengan Porche gituuu.. hehehe .. Dan siap belikan buah tangan untuk ayah aku.. tongkat kayu apa tahhh.. Diorang tengah buat jualan murah tu.. kasi abis stok !
Kat sana nanti ada pertandingan pokok bonsai dan pameran orkid.. Jangan lupa bawak kodak banyak banyak yer ! Seronok bergambar kat sini !
Oh lupa lak.. Apa program kat sana ? Ada Orchid Garden Talk , Bonsai Garden Talk , Batik Drawing Competition dan sebelah malam ada konsert dan macam macam lagi ..
Hehehe.. aku yang ni.. Ramai ingat ni pokok besar walhal bonsai jer..
Banyak lagi tempat aku tak gi sebab Qhaliff dah penat.. Terpaksa balik ikut jadual.. Porche aku tunggu dah ! Hehehehe..
Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut , sila ke www.klorchidbonsaishow.com .
Aku tonton video ni dan kongsikan di Facebook aku. Aku yakin , ramai ada buat kecuaian begini termasuk aku ! Kekadang kelekaan sesaat boleh membuatkan kita menyesal seumur hidup !
Kelekaan.. Tak terfikir ? Hurm… Bahaya betul ! Terlalu percaya pada anak kecil atau yakin dengan diri sendiri yang anak takkan ‘cedera’ ? Hurmm..
Dalam video tu , aku terus terang kekadang pon terlepas pandang terutama bila gunakan stroller ! Hurmm.. Nasib baik teringat di saat akhir..
“ Apa giler aku biar anak aku lintas dulu lak ? Iskhh..”
Spontan timbul di benak aku.. dan cepat cepat tarik kebelakang stroller di saat nak melintas jalan..
Dan perlu peringatkan orang tua kita bila bawa anak kita bersiar siar.. Jangan sesekali percayakan si kecik tu ! Hurmmm..
“ Daddy , nak nasi.. “
Aku suapkan dia nasi lemak.. Dan dia mula makan dan mengungah. Lega sungguh hati aku. Kemudian dia mintak lagi dan lagi !
Alhamdulillah.
Akhirnya setelah seminggu tak nak makan sangat gara gara sakit tonsil dia. Dan demam dia pun dah kebah. Takde dah mengigil menjelang subuh. Kalau tak , memang kena bangun dalam kul 4 pagi untuk mandikan serta bagi ubat kat Qhalifff..
Hampir habis gak la dia makan.. Kalau tak diselang selikan dengan bermain. abis sebungkus ni.. Hurmm… Ok la kan dari tak makan langsung..
Dan nasi lemak untuk aku.. hehehe ..
Nasi lemak sotong kauuuu ! Adehhhh.. Bila laaa nak start g gym balik ni ! Hurmm…