Baru-baru ini di Bandar Hilir , Melaka telah berlangsung majlis sambutan Aidilfitri dan juga pelancaran satu lagi pusat tarikan pelancongan yang bakal mendapat sambutan , The Pirate Adventure.
Majlis diserikan dengan kehadiran serta ucapan aluan dari Yang Berbahagia , Mohd Nizar B Mohd Najib, Advisor to Nuevo Attraction & Destination dan Y.Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.
Selepas ucapan dan perasmian , tetamu jemputan khas dan media dijemput ke dalam ‘kapal’ bagi mengalami sendiri keunikan dan cabaran The Pirate Adventure.
Keunikan dan ‘kegerunan’ ketika dalam kapal The Pirate Adventure ni memang best ! Segalanya menarik untuk diceritakan. Tapi , sila berhati hati dan bersedia untuk hadapi setiap kejutan.. Hehehe..
Tiket masuk , untuk kanak kanak .. RM20 dan dewas RM25. Sila rujuk www.melakaalive.com.my untuk sebarang pertanyaan.
Selepas pusing ‘kapal’ , para tetamu dijemput makan.. Hehehe.. Masa untuk ketupat rendang ! Dan menariknya , open house ini turut dihadiri oleh pelancong asing ! Tahniah !!
Juadah yang menyelerakan ! Hidangan yang membuka mata para tetamu. Aku sendiri tambah 2 kali ! Walhal tak cadang pon nak makan ! Hehehe.. Sedap !
Majlis berakhir jam 1 petang. Tahniah buat Melaka Alive dan orang Melaka kerana punya satu lagi tarikan pelancong.
Official Website: http://www.melakaalive.com.my/index.php
Official Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Official-Melaka-Alive/745782112168059