Tak ! Seriusss .. Tak penting pon ! Seriusss.. sehinggalah baru baru ni , aku pulang ke Kelantan melalui LPT2 dan singgah di RNR yang baru siap. Kereta tak banyak pon ketika tu. Terpaksa berenti sebab nak tunaikan hajat kecil.. hehehe.. dan mengantuk sangat !
Lalu aku check handphone.. Tiada signal ! Uik… dan aku check satu lagi handphone aku.. Ada !! Waaahhh ! Dan sejak tu , aku idamkan Sony Xperia Z5 Dual.. Heheheh..
Dan aku pun guna selepas ianya dilancarkan baru baru ni . Namun begitu , aku masih tak guna dua sim dalam satu phone. Aku masih guna dua phone tetapi terasa beban nak usung dua phone !
Sehingga tadi.. signal 4G dari Celcom hilang !
Aku yang baru nak update blog , terus mengelabah ! Aduhh.. bikin spoil ! Teringat DIGI yang sudah ada 4G LTE ! Tapi dah berminggu tak reload.. Rugi rugi ! Terpaksa tunggu ada signal Celcom 4G semula.
Hurmm.. sim skang ni macro. Nak kena g kerat kasi jadi nano baru boleh guna !
Nampaknya nak tak nak , aku kena letak jugak dua sim dalam satu phone ! Nasib baik aku ada Sony Xperia Z5. Puashati aku guna Sony Xperia Z5 ni.. Huhuh..