Keratan dari Sinar Harian bertarikh 30.12.2017
Ke New Zealand , beberapa bulan lepas.. selepas jam 12 malam , memang mati ! Bandar Auckland masih hidup tapi hanya untuk mereka yang kaki bersosial tengah malam. Pelancong yang macam aku ni , memang keras la kat sana , selepas jam 8 malam ! Kena duduk je la kat dalam bilik. Huhu.. Nak amik angin malam ? Hurmm.. Ke Perth pon gitu gak.. sama.
Tapi Korea dan Jepun , malam malam.. heaven ! Hahahaha... Hidup wooo ! Meriah ! Tapi di bandar utama je la. Bandar bandar kecil aku tak ingat lak... Tapi yang pastinya , bagi rakyat yang macam aku ni.. siangnya kerja malamya teringin nak release tension , pastinya akan tercari tempat minum seperti Starbuck , atau paling tidak pun restoran segera. Kalau takda semua ni , memang bosan !
Bila di luar negara , malam takda aktiviti terus rindukan Malaysia ! Paling tidak pun , nak la ke kedai makan dan pekena sepinggan dua mee goreng atau keow teow goreng ! Hahaha.. Tak bagus untuk kesihatan ? Dah tu.... stress di sebelah pagi dan malam abiskan masa dengan tidur , best eh ? Dari Isnin sampai Jumaat, hanya kerja.. kerja.. kerja ! Adusss.. stressnya !
Kalau nak buat... aku cadangkan tutup kelab malam dan pub tu ! Tu penyumbang pada masalah sebenarnya ! Ada tak dengar cerita lelaki kekenyangan makan nasi kandar langgar pejalan kaki ? Takda kan ??? Lelaki mabuk langgar orang , ada tak ? Haaaa...
Kalau kerajaan nak fokus pada kesihatan... tuuuu , rokok , makanan segera tuuu.. bersepahhhh ada tuu.. kasi tahan je la ! Jangan bawak masuk ! Alang alang nak kasi rakyat sihat kan ? Paling tidak pun , benarkan je operasi sehingga 2 pagi.
Masalah jenayah selesai ke kalau 'offline' tepat jam 12 malam ? Tu yang duit Felda hilang beratus juta tu punca dari restoran 24 jam ke ? Huhhh...