Sejujurnya kalau orang tanya aku laa... kalau nak mencari kelainan di Jepun , mana tempat yang sesuai ? Maka aku syorkan beberapa tempat dan pastinya Ise-Shima. Tempat ni sememangnya ramai rakyat Malaysia tak pergi kerana tiada pendedahan mengenainya sangat. Di Ise Shima , maka silalah ke National Park iaitu Kashikojima.Mesti korang akan tertanya kenapa , kan ? Jawapan aku ada di bawah ni... teruskan membaca !
Untuk ke Kashikojima , ada 2 cara yang boleh digunakan dengan kos yang berpatutan. Gunakan bas limosin atau Kintetsu Railways. Naik dari Uehomacchi Station. Jika korang memilih menggunakan Kintetsu Railways , pastikan korang dah buat tempahan tiket untuk naiki keretapi ekspress. Gini yer.. untuk masuk ke laluan Kintetsu Railways, korang kena ada pass. Aku cadangkan amik pass untuk jangkamasa yang panjang yakni sepanjang korang berada di Osaka. Macam ari tu ,aku dan team #Kbba9 amik untuk 5 hari terus. Maka boleh la keluar masuk station tanpa bayar lagi dah. Unlimited. Tapi untuk menaiki keretapi ekspress , korang kena bayar tiket lain lak. Haaaa... Caranya , buat je tempahan sebelum ke Jepun di laman web Kintetsu Railways . Pastu print tiket station nanti.
Kalau malas nak pening kepala.. naik bas limosin terus ke Kashikojima. Hee.. senang !
Berbaloi di Kashikojima ! Hotel pilihan kitorang semestinya yang paling meriah di sana ! Shima Kanko Hotel yang terletak atas bukit. Menikmati permandangan matahari terbenam di depan mata, melalui tingkap berhadapan dengan Ago Bay , teluk yang sangat cantik.
Atau makanan Jepun yang dihiasi dengaan suasana Autmn , boleh ke restoran Jepun ' Hamayu' yang terletak di
Stesen terakhir , Kashikojima.
Bersama Limited Express yang kitorang naiki.
SHIMA KANKO HOTEL
Salah sebuah hotel dalam rangkaian Miyako Hotel & Resorts yang gah. Nak menempahnya, boleh pelbagai cara atau nak paling mudah , terus ke tempah di laman web Shima Kanko Hotel. Ok jom tengok bilik aku yang bikin aku tak nak balik Malaysia. Hahahaha..
Ada jemputan khas gitu..
Bilik yang cukup luas ,sempurna. Ada wi-fi , tv , sejadah , petunjuk arah kiblat , tandas yang wow , seterika dan board , baju tidur dan pastinya view yang menawan !
Pilihan bilik memang banyak. Bergantung pada bajet korang. Dan terus terang , bukan murah di sini. Kalau nak berbulan madu atau memang duit tengah banyak , nah... memang best ! Ada Superior Suite Twin dan King , Futon Suite , Corner Suite, Spa Suite dan Royal Suite.
Shima Kanko Hotel terletak di Ago Bay ni adalah tuan rumah persidangan G7 pada 2016 yang lepas. Seramai 7 orang ketua negara kuasa besar berhimpun dan mengadakan mesyuarat di sini. Pastinya itu adalah sejarah buat hotel ini. Bukan mudah sesebuah hotel untuk terpilih bagi menempatkan pemimpin pemimpin kuasa besar ni. Pelbagai faktor perlu diteliti kerana ianya mengambarkan negara tuan rumah itu sendiri.
Di siang hari , setiap jam 9 selepas sarapan pagi akan ada satu aktiviti khas. 'Hotel Tour' yang mana akan menceritakan sejarah yang pernah berlaku di hotel tersebut. Menarik !
Restoran
Ada dua pilihan restoran Halal di sini. Satu , makanan ala Barat dan satu lagi , pastinya Jepun. Untuk sarapan pagi , akan disediakan Bento yang khusus untuk mereka inginkan makanan Halal. Hidangan utama , semestinya makanan laut yang segar. Yer, Kashikojima adalah kawasan nelayan. Maka untuk dapatkan makanan laut yang murah , di sinilah tempatnya.
Makan malam... Bagi yang gemarkan makanan ala barat yang menghidangkan makanan laut , nah.. boleh cuba di restoran 'La Mer'.
Atau makanan Jepun yang dihiasi dengaan suasana Autmn , boleh ke restoran Jepun ' Hamayu' yang terletak di
Aktiviti Pelancongan
Aku dan rakan rakan sempat merasa pergi dua tempat jer. Huhuh... Sememangnya perlukan lebih masa bila berada di Ise Shima ni. Best giler ! Tenang , damai dan mengasyikan.
Cuba teka di mana ? Hehehee.. Amacam ? Best kan ? Haaaa.... Anak anak mesti enjoy bila di sini ! Aku syorkan korang , lain kali ke Jepun pastikan Ise Shima dalam jadual atau korang akan terlepas keindahan Jepun yang sebenar..
Keterangan lanjut di :
Instagram : https://www.instagram.com/shimakankohotel/
Baca juga Pengalaman Menginap di Sheraton Miyako Osaka !