Dulu... aku tak tau ! Orang tua aku pun takda pernah la cerita bab bab gini dan aku pun tak pernah galakkan diorang aktif di sekolah rendah mahupun menengah aku dulu. Kesian tengok diorang dah sibuk dengan tugasan masing masing. Mencari rezeki gitu.
Bila Qhaliff dah masuk tahun 1 ni , aku pun pada awalnya malas nak 'masuk campur' aktiviti di sekolahnya. Ramai dah parents yang bagus bagus di sekolahnya tu. Aku menyokong dari belakang je. Nak mintak apa apa bayaran , aku bagi jer tanpa persoalkan walapun teringin nak persoal. Hahaha.. Dulu la... Tapi selepas aku duduk semeja dengan Yang Dipertua PIBG sekolah Qhaliff , barulah aku faham
" Sekolah kekurangan dana. PIBG kena bantu pihak sekolah dalam apa jua aktiviti melibatkan murid murid. ". Itulah kesimpulannya. Dan aku pun hurm... Apa yer yang boleh aku bantu berdasarkan pengalaman dan network yang aku ada ?? Hurm...
Bila melihat pada pencapaian sekolahnya terutama dalam bidang sukan atau aktiviti luarnya , boleh tahan bagus sekolah Qhaliff ni. Kiranya bertuah la dia di sini. Oh ya... sekolah dia bukanlah sekolah orang kaya. Aku sendiri pun bukan orang kaya. Kalau kaya, aku antar dah sekolah agama swasta. Tak mampu aku aih !
Ok.. sambung. Bila tengok pada pencapaian di sekolahnya yang masih muda tu , aku rasa sekolah ni mampu melahirkan jaguh jaguh dalam bidang sukan terutamanya dan juga berkemahiran tinggi. Cuma kena dana lebih skit la.. hurm. Mana nak dapat eh ? Kerajaan ? Huhuhu.. Mampu berhuhu je la aku..
Dan minggu depan , sekolah Qhaliff akan mengadakan sukan sekolah. Semua sekolah wajib buat sukan sekolah. PIBG sibuk mencari penaja penaja bagi memastikan sukan sekolah kali ni terbaik dan berjalan dengan lancar. Nasib baik AJK PIBG sekolah Qhaliff ni bagus. Rajin woo.. Aku ? Aku tengok dari jauh dah la... Huhuh.. Tak mampu serajin diorang. Hahahaha..
Bila tengok sekolah Qhaliff ni aktif terutamanya dalam bidang sukan , rasanya aku kena siapkan Qhaliff gak. Apa sukan dia leh masuk eh ??? Hahaha... Dengan gaya Qhaliff ni , aku tak nampak sukan utama dia mampu pergi seperti bapak dia dulu.. huhu. Tapi tak pe.. aku cuba satu satu. Dan dia sangat berminat cuma kena asah betul betul..
Bab akademik.. aku serah pada mak dia. Mak dia lebih cemerlang berbanding aku. Hahahaa.. Aku cemerlang bab sukan di masa sekolah dulu. Akademik , memang ke laut tapi bukanlah aku tergolong dalam budak budak gagal cuma impian aku ketika tu nak menyarung jersi negara.. Hahahha.. terbantut dek kerana orang tua aku takda kabel. Hahahaha.. Malaysia. Paham paham je la.